Followers

Thursday, December 29, 2011

Stop Child Abuse

Stop Child Abuse
Banyak Cara kita boleh elakkan penderaan kanak-kanak ni..
1. Akta
- Gubal satu akta yang akan menyebabkan mereka yang melakukan hal ini akan terus berasa bersalah. Pernah melihat filem adaptasi GRACE Choice? Mengisahkan tentang seorang remaja yang bertindak drastik memilih untuk berkorban demi adik-adiknya. Adik-adiknya pula bukanlah adik beradik kandung tapi hasil hubungan ibu Grace dengan beberapa lelaki.
- Point saya disini adalah, kita MALAYSIA harus menggubal akta dan undang2 yang membolehkan setiap individu yang terlibat dengan penderaan kanak-kanak akan melalui proses pemerhatian dan memenuhi kriteria-kriteria tertentu dalam sesuatu tempoh bagi membolehkan mereka bebas.
- Sepanjang tempoh pemerhatian atau percubaan tersebut, indidvidu yang terlibat akan disekat segala keistimewaanya. Sebagai contoh boleh bekerja dalam kawasan tertentu, kawalan telefon, kawalan perhubungan dengan rakan yang lain. Pendek kata individu tersebut “dibogelkan” perlakuannya kepada umum sehingga beliau terlepas daripada tempoh pemerhatian. Ia seolah-oleh penjara dalam alam sebenar.
2. Tindakan pusat kebajikan
- Berkesinambungan/ atau alternatif bagi cara pertama, pusat kebajikan melakukan tindakan merampas hak penjagaan anak-anak mereka daripada penjaga/ ibubapa sehingga tempoh tertentu.
3. Pegawai pemerhati
- Kedengaran agak lucu bukan? Tapi maksud saya disini, MALAYSIA boleh mengupah atau mewujudkan jawatan tersebut. Tugasnya? Mereka akan ditempatkan di kawasan2 tertentu dan akan memerhatikan sebarang tindakan tidak wajar terhadap kanak-kanak.
- Kawasan yang saya maksudkan adalah seperti Pusat Jagaan, Taman-taman perumahan, Kampung-kampung, Flat-flat rumah, Ruang pendidikan seperti sekolah, dan tempat awam ( pasar raya, pasar, ruang legar umum)
4. Mereka yang terlibat akan memberikan laporan dan tindakan susulan kepada semua perlakuan yang tidak sepatutnya terhadap kanak-kanak.
Baiklah, guys, memang saya sudah bercakap terlalu panjang lebar dan teruskan membaca sehingga ayat yang terakhir k. Saya jamin anda akan dapat sesuatu daripada hasil tulisan saya ini.
Saya merupakan bakal tenaga pengajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Seharusnya kanak-kanak ni jadi permata hati setiap orang. Tapi apa yang kita lihat sekarang ni ramai kanak-kanak didera, di ekplitasikan malahan dibunuh sesuka hati. Teks ini merujuk kepada isu pembuangan bayi sekarang ni yang semakin berleluasa. Saya nak cakap macam mana dengan semua yang buat hal tu ya supaya mereka berhenti melakukan perkara tersebut…
Kalau boleh saya nak bagitau “ kalau ya sangat nak making Seks, tak tahan, sebab gaya hidup masa kini dah memang menyediakan semua nya. Ambillah protection… elakkan mengandung… jangan sampai anda membunuh. Berbalik kepada kontex agama, saya bukan bercakap membelakangkan agama, Cuma saya berfikir sekarang terlalu ramai yang rapuh dalam soal agama. Jadi buat la tapi dengan protection. Kesian dengan baby tu, tak ada salah apa-apa dibuang begitu sahaja.
Satu lagi hal yang buat saya sangat berang dengan sikap manusia sekarang adalah LALAI… Kenapa? Sebab akhbar memaparkan ramai kanak-kanak meninggal disebabkan kelalaian ibubapa/penjaga/ ahli keluarga seperti lemas dalam besen, jatuh dan sebagainya. Hal ini boleh dielakkan sebenarnya jika pasangan ibubapa memahami konsep penyediaan ruang yang sesuai bagi kanak-kanak dalam semua situasi…
Jadi kita teruskan dengan menjawab persoalan yang di utarakan Nuffnung.
1. It’s only abuse if there is physical violence involved.
2. Only bad people abuse. Good people don’t.
3. Many children do not know their abusers.
4. Abused children will definitely grow up to be abusers.
All of the above statements are in fact, false. How many did you get correct?
Senarai dia atas adalah List Down yang diberikan oleh nuffnung… namun ada benarnya juga. Saya akan huraikan satu persatu hal ini…
1. It’s only abuse if there is physical violence involved.
* bermaksud : Ia hanya akan di klasifikasikan sebagai penderaan jika terdapat/ boleh dilihat / kesan secara fizikal terhadap seseorang kanak-kanak.
These facts is totally FALSE . Kenapa? SebabPenderaan sebenarnya terbahagi kepada
Ø Penderaan Fizikal
Ø Penderaan Seksual
Ø Penderaan Emosi
Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual.. Di seluruh dunia memandang terus dua aspek ini sebagai main atau common problem yang sering kita lihat dan digembar-gemburkan.
Sebaliknya penderaan emosi pula tidak mendapat perhatian yang serupa walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi berlaku dengan tidak ketara tetapi melibatkan kesan terhadap perkembangan fizikal dan mental dalam kalangan kanak-kanak. Permasalahan ini sangat jelas membesar bersama dengan kanak-kanak sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Hal ini menyebabkan sukar bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.
Lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa dikenal pasti iaitu:
Ø Penolakan,
Ø Pengasingan,
Ø Menakutkan,
Ø Sikap tidak peduli dan
Ø Sikap merasuah fikiran.
Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecederaan ke atas fungsi psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini diterima sebagai penderaan emosi.
Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelima-lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.
2. Only bad people abuse. Good people don’t.
* Bermaksud: hanya orang jahat yenag membuli dan orang baik tidak membuli.
This one also totally FALSE.
Kenapa? Sebabnya, biarpun “Rambut sama Hitam, hati lain-lain”. Maksudnya, kalaupun seseorng tu Nampak baik, di hadapan orang lain, sesiapa pun pastinya punya tekanan dan jika salah tingkah, kadang secara sedar akan melepaskan geram kepada kanak-kanak maka jadilah penderaan.
3. Many children do not know their abusers.
* Bermaksud: kebanyakan Kanak-kanak tidak mengenali pendera mereka.FALSE
Siapa cakap kanak-kanak tak kenal Penderanya? Mungkin yang di maksudkan disini adalah, “ Kebanyakan kanak-kanak tu tak dapat sebut siapa penderanya” Kenapa? Nama pun kanak-kanak kan… umur 2 -3 tahun hingga 6 tahun… try ask them about abuse… sudah tentu mereka tak faham… apatah nak memberikan nama. Tapi cuba Tanya siapa yang pukul mereka…dengan cara tertentu… sudah tentu mereka jawab.. dan jawapannya sudah tentu orang yang dia kenali.. kalau bukan keluarganya, cikgunya, atau saudar-maranya. Hal ini pada tanggapan penulis disebabkan, dalam konteks ini, kanak-kanak bergaul bebas hanya dengan golongan ini.
Kalau kanak-kanak belasan tahun tu ( memandangkan definisi kanak-kanak merangkumi umur ke 18 tahun), tu tak bleh kita nak kata la, sebab dah terang lagi bersuluh terasa dah meningkat remaja, maka takkan tak tahu diri telah didera?
4. Abused children will definitely grow up to be abusers.
* Bermaksud: Kanak-kanak didera membesar sebagai pendera. TRUE & FALSE ( 50-50)
Kenapa saya kata begitu? Sebabnya, pelbagai teori perkembangan Manusia seperti Abraham Maslow, Eric Erickson, Jean Piaget dan banyak lagi menyatakan bahawa pengalaman semasa kecil mempengaruhi perkembangan seseorang manusia…

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91