Followers

About Me

My Photo

Panda Montel is my Blog. I am just change the name of it since i found one of my follower were using the exactly blogs name. so now its was Pandamontel. do visit and hit if u free

Thursday, December 29, 2011

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR

PENGENALAN
Menurut kamus dewan 1979, Pendidikan berasal daripada satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memeperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga merupakan proses social yang member peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran social serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta yang di institusikan dan dikenali sebagi sekolah. Pendidiakan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran social. Pendidikan mernagkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hiduo dalam maasyarakat yang seiring menghadapi kebaikan dana kejahatan, kemanisan, dan kepahitan ( Yususf al-Qardawi, 1980)
Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut telah berlaku melalui cara-cara berikut.1. Pengajaran – pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada seorang individu yang lain; 2. Latihan – membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memeperoleh kemahiran; dan 3. Indoktrinasi – menjadikan seseornag dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam masyarakat primitive dan moden.( Hassan langgulung, 1987)
Konteks Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ), guru yang berpekerti mulain adalah cirri yang ingin dibentuk. Ciri ini penting supaya guru boleh belajar mendai role model dan teladan kepada pelajar.
Para guru di Malaysia turut menjadi role model yang utama kepada pelajar kerana sebahagian besar masa mereka dihabiskan disekolah. Sehubungan dengan itu, budi pekerti dan moral yang mulia amat penting bagi seorang guru bagi membantu membentuk pelajar yang berpekerti mulia. Disamping itu, penekanan latihan dalam 3M (membaca, mengira, menulis) adalah sangat perlu sebagai kemahiran asas. Peneguhan kemahiran ini diberikan pada peringkat awal di Negara Malaysia. Aspek ini memerlukan seorang guru yang inisiatif, rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi semua pelajar yang baik pencapain supaya semua pelajar dapat menguasai 3M sepanuhnya tanpa melihat status mereka.
FPG turut menyarankan supaya guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mirip kearah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadudan merangikumi aspek JERI supaya nilai-nilai murni dapat di semai dan dipupuk dalam diri pelajar.
FALSAFAH PENDIDKAN GURU (FPG)
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan akan menentukan arah haluan, asa dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru.
“Guru yang bepekerti mulia berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisplin. “
· Cabang falsafah pendidikan
i. Metafizik
- Mengkaji sifat dan asal usul mengenai reatiliti mutlak yang memfokuskan pemikiran tentang kewujudan sesuatu.
ii. Epistomologi
- Kajian ilmu pengetahuan berlandaskan emprisisme dan rasionalisme
iii. Aksiologi
- Kajian nilai yang dihiponimkan kepada dua cabang iaitu etika dan estetika.
iv. Logic
- Pengajian terhadap aspek-aspek yang membentuk penaakulan rasional.
MATLAMAT FPG
Berdasarkan kepada falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalan tingkahlaku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengididan tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke -21.
I. Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.
II. Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan
III. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.
IV. Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
V. Proses penghasilan warga pendidik yang berkualiti dari segi profesionali, peribadi, sosial, dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan abad Ke 21.
VI.
MODEL KONSEPTUAL GURU
· Model Konseptual Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga dimensi utama iaitu akauntabiliti guru iaitu;
Ketuhanan :
Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan :
Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.
Kendiri :
Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.
Dibawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu:
Pengetahuan :
Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran dalam KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan.
Kemahiran :
Merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi komputer dan pedagogi. Pembinaan dan pengukuhan aspek “how to” dengan memberi tumpuan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelaksanaan kurikulum.
Nilai :
Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion perguruan.
IMPLIKASI PELAKSANAAN FPG
Peranan Guru Sebagai Pendidik
- Cemerlang daripada pelbagai posisi
- Kepekaan kepada aspirasi bangsa, masyarakat serta Negara
- Ketahanan diri seiring dengan cabaran pendidikan yang kompleks
- Pelengkapan diri
- Penyemaian nilai-nilai murni (PPK)
Bertimbalbalik Kepada Negara
- Keharmonian terserlah
- Maodal insane yang berwibawa
- Warna – warni dan corak dunia pendidikan
- Sanjungan warisan kebudayaan Negara
- Citra mahmudah
Peranan guru mesti Cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik, peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara menjadi seorang guru yang serba boleh.
Peranan guru mesti mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina untuk bekerja keras serta tidak mudah putus asa dan juga mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik.
PENGHAYATAN DAN PENGAMALAN NILAI-NILAI
Penghayatan
Masalah penghayatan (internalization) sesuatu perkara berlaku bukan hanya pada pendidikan agama saja tetapi pada aspek pendidikan, pendidikan pra-sekolah, pendidikan sekolah, pengajian tinggi, pendidikan latihan perguruan dan lain-lain. Sebab adalah terlalu dangkal kalau pendidikan itu hanya ditujukan untuk memperoleh ilmu (knowledge) dan ketrampilan (skill) saja tetapi yang lebih penting dari itu semua adalah penanaman sikap (attitude) yang positif pada diri pendidik terhadap hal yang menjadi tumpuan pendidikan. Pendidikan ilmu (knowledge) terutama yang berkenaan dengan fakta-fakta dan ketrampilan tidaklah terlalu rumit sebab tidak terlalu banyak melibatkan nilai-nilai. Tetapi sebaliknya pendidikan sikap di mana terlibat nilai-nilai yang biasanya berasal dari cara-cara pemasyarakatan yang diperoleh oleh kanak-kanak semasa kecil, apa lagi kalau objek pendidikan itu memang adalah nilai-nilai yang tidak dapat dinilai dengan betul atau salah tetapi dengan baik atau buruk, percaya atau tidak percaya, suka atau tidak suka dan lain-lain lagi. Dalam keadaan terakhir ini pendidikan tidak semudah dengan pendidikan fakta atau ketrampilan.
Pendidikan nilai-nilai, yang selanjutnya kalau diulang-ulang sebab diteguhkan akan berubah menjadi penghayatan nilai-nilai, mempunyai syarat-syarat yang berlainan dengan pendidikan fakta-fakta ketrampilan.
Pertama sekali nilai itu mestilah mempunyai model. Yang bererti tempat di mana nilai itu melekat supaya dapat disaksikan bagaimana nilai-nilai itu beroperasi. Ambillah suatu nilai seperti kejujuran. Nilai ini bersifat mujarrad(abstract), jadi tidak dapat diraba dengan pancaindera. Tidak dapat dilihat dengan mata, rupanya bagaimana. Tidak dapat dicium baunya, harum atau busuk dan sebagainya. Pendeknya, supaya nilai yang bernama kejujuran itu dapat disaksikan beroperasi maka ia harus melekat pada suatu model, seorang guru, seorang bapa, seorang kawan dan lain-lain. Kalau model tadi dapat mencerminkan nilai-nilai yang disebut, kejujuran itu pada dirinya, maka kejujuran itu boleh menjadi perangsang. Itu syarat pertama. Syarat yang kedua kalau kejujuran itu dapat menimbulkan peneguhan pada diri murid-murid maka ia akan dipelajari, ertinya diulang-ulang dan kemudian berubah menjadi penghayatan. Syarat kedua agak rumit sedikit, sebab selain daripada nilai kejujuran itu sendiri, juga model tempat kejujuran itu melekat diperlukan berfungsi bersama untuk menimbulkan peneguhan itu. Dengan kata-kata yang lebih sederhana, seorang guru atau ibu yang mengajarkan kejujuran kepada murid atau anaknya, haruslah ia sendiri lebih dahulu bersifat jujur, kalau tidak maka terjadi pertikaian antara perkataan dan perbuatan. Dalam keadaan terakhir ini, guru sebagai perangsang(stumulus) telah gagal sebagai model, sebab ia tidak akan memancing tingkahlaku kejujuran dan murid-muridnya.
Oleh sebab model tempat melekatnya nilai-nilai yang ingin diajarkan kepada murid-murid adalah manusia biasa, dengan pengertian dia mempunyai kekurangan-kekurangan, maka nilai-nilai yang akan diajarkan itu boleh menurun nilainya disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang ada pada model itu, malah ada kemungkinan anak didik mempelajari nilai sebaliknya. Jadi daripada jujur dia menjadi tidak jujur, jika pada model itu timbul sifat-sifat atau tingkah laku yang tidak meneguhkan kejujuran itu. Sebagai misal, ada murid-murid yang benci kepada matematik sebab ia tidak suka kepada guru yang mengajarkan matematik, kalau sikap ini dikembangkan, murid-murid boleh benci kepada semua yang berkaitan dengan matematik, seperti pelajaran sains misalnya. Oleh sebab itu dikehendaki dari guru-guru, terutama pada tingkat-tingkat sekolah dasar agar mereka melambangkan ciri kesempumaan dari segi jasmaniah dan rohaniah. Dengan kata lain syarat penghayatan nilai-nilai sangat bergantung pada peribadi model yang membawa nilai-nilai itu.
Semua guru, terlepas daripada mata pelajaran yang diajarkannya, adalah pengajar nilai-nilai tertentu. Sebab guru-guru sama ada sedar atau tidak, mempengaruhi murid-muridnya melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang digunakan yang sebahagian besarnya termasuk dalam kawasan "kurikulum informal”.Sebagaimana setiap guru, apapun yang diajarkannya, adalah seorang guru bahasa maka setiap guru juga adalah seorang pengajar nilai-nilai. Bila seorang guru memuji seorang murid, maka ia meneguhkan sesuatu tingkahlaku.Bila guru menghukum seorang murid, maka ia menghukum tingkahlaku tertentu. Malah bila guru tidak mengacuhkan seorang murid, maka murid tersebut mungkin merasa bahawa guru tidak menyukai perbuatannya.Ini semua adalah nilai-nilai. Begitu juga dengan pendidikan agama, sebahagian, kalau tidak sebahagian besar, nilai-nilai agama itu sendiri tidak diajarkan oleh guru-guru agama di sekolah, tetapi oleh guru-guru matematik,geografi, sejarah dan lain-lain. Kalau mereka mencerminkan nilai-nilai Islam dalam cara berpakaian, bersopan-santun, beribadat atau dengan kata lain kalau amal mereka mencerminkan nilai-nilai Islam. Malah sebaliknya, mungkin ada setengah-setengah guru-guru agama sendiri tidak menjadi perangsang nilai-nilai Islam itu, kalau tidak menjadi perangsang negatif yang boleh menimbulkan sifat anti-agama pada diri murid-murid, iaitu jika perangai mereka sehari-hari bertentangan dengan nilai-nilai Islam, walaupun mereka sendiri mengajarkan agama. Jadi jangankan menghayati agama, sebaliknya murid-murid semakin menjauhi kalau tidak membenci segala yang berbau agama.
Inilah sebahagian syarat-syarat yang perlu wujud untuk penghayatan nilai-nilai. Oleh sebab pendidikan agama merupakan pendidikan ke arah nilai-nilai agama, maka orientasi pendidikan agama haruslah ditinjau kembali sesuai dengan tujuan tersebut. Pendidikan agama sekadar untuk lulus ujian mata pelajaran agama sudah lewat masanya. Orientasi sekarang adalah ke arah kemasyarakatan yang bermotivasi dan berdisiplin. Ini tidaklah mengesampingkan bahawa dalam pelajaran agama itu sendiri ada perkara-perkara yang bersifat fakta-fakta dan ketrampilan-ketrampilan. Maka pada yang terakhir ini juga berlaku kaedah pengajaran fakta-fakta dan ketrampilan. Tetapi memperlakukan semua pendidikan agama sebagai pengajaran fakta-fakta dan ketrampilan-ketrampilan saja adalah suatu kesalahan besar yang perlu diperbaiki dengan segera. Sebab kalau tidak maka suatu masa nanti akan timbul dalam masyarakat Islam sendiri ahli-ahli agama yang tidak menghayati ajaran agama atau orang-orang orientalis yang berdiam di negeri-negeri Timur.
Pengamalan
Pengamalan nilai-nilai adalah kelanjutan daripada penghayatan nilai. Nilai-nilai yang sungguh-sungguh dihayati akan tercermin dalam amalan sehari-sehari. Sebab penghayatan itu pun berperingkat-peringkat, mulai dari peringkat yang paling rendah sampai kepada peringkat tinggi, seperti tergambar pada gambarajah di bawah,
Kelima : Peringkat Perwatakan
Keempat : Peringkat Organisasi
Ketiga : Peringkat Penilaian
Kedua : Peringkat Gerak balas
Pertama : Peringkat Penerimaan
Bila nilai-nilai itu dihayati sampai ke peringkat perwatakan maka ia sebati dengan sahsiah dan sukar untuk diubah dan sentiasa terpancar dalam amalan sehari-hari.
CIRI-CIRI SEORANG GURU
Ciri-ciri guru yang baik seharusnya mempunyai aura kemesraan, mempunyai penampilan diri yang daya integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. Selain itu, mempunyai imej kendiri yang baik dan mempunyai keyakinan pada diri sendiri.
Seorang guru yang baik, memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi yang akan memangkin beliau sentiasa menyempurnakan tugas dengan betul dan tepat pada masanya. Memiliki kekuatan tenaga mental yang tinggi disamping berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. Guru harus memeiliki daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang lain dalam pengertian memimpin muridnya kelak.
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
1) Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan
2) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
3) Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru
4) Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.
5) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar
BIBLIOGRAFI

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91