Followers

Thursday, December 29, 2011

Kanak-kanak Syndrom Down

1.0 PENGENALAN
kursus Penyaringan kanak-kanak istimewa (KAC 1013) merupakan kursus yang memberi pendedahan tentang kepentingan persediaan pendidikan awal yang memberi pelbagai munafaat kepada kanak-kanak berkepeluan khas berkaitan dengan ketidakupayaan dalam perkembangan diri mereka.
Dengan menggunakan Alat Penilaian Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Ujian Tingkah Lakuoleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kumpulan kami membuat pencerapan klinikal dan melakukan penilaian melalui pemerhatian berterusan selama tiga jam dengan melihat kepada potensi perkembangan diri kanak-kanak berkeperluan khas.
2.0 OBJEKTIF
Objektif kajian kami berdasarkan kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu kanak-kanak Sindrom Down melalui senarai semak yang khusus. Selain itu, objektif daripada kajian yang kami jalankan adalah untuk menganalisis ciri-ciri, punca atau simpton keperluan kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down. Di samping itu, kami perlu membuat perbincangan secara holistikuntuk membuat perakuan bagi penempatan kanak-kanak bermasalah pembelajaran iaitu kanak-kanak Sindrom Down bagi mereka meneruskan pendidikan samaada kelas pemulihan, kelas khas (KK BP) atau ke intitusiberdasarkan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak Alat Penilaian Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Ujian Tingkah Laku.
3.0 DEFINISI SINDROM DOWN
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Istilah sindrom bermaksud tanda atau ciri dan down iaitu diambil sempena dengan nama seorang doktor dari British iaitu bernama Dr. John Langdon Down yang berjaya mengumpulkan kesemua tanda dan punca pada tahun 1866. Sindrom down ialah kecelaruan genetik yang menyebabkan kecacatan akal pada kanak-kanak. Selain itu, Sindrom down juga merupakan satu penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Ianya terjadi kerana terdapat tiga salinan kromosom 21 dalam satu sel yang biasanya hanya terdapat dua salinan pada kanak-kanak normal.
Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir ( kognitif ), tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran lagi. Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah. Menurut kajian, kebangkalian seseorang bayi Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 kelahiran daripada setiap 800 kelahiran.
3.1 CIRI-CIRI
Kanak-kanak Sindrom Down dapat dikesan melalui fizikal mereka iaitu mereka mempunyai rupa paras yang hampir sama, berhidung kemek dan pesek, lidah mereka kelihatan agak tebal dan kerap terjelir. Selain itu,mereka hanya terdapat satu garis pada telapak tangan mereka manakala jari kelingking tangan pula melengkung. Kedudukan jarak ibu jari kaki dengan kedua-dua belah kaki yang agak lebar dan tidak begitu teratur susunannya. Mata kanak-kanak sindrom down berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata dan sentiasa berair serta merah. Mata mereka juga kelihatan agak sepet kerana bahagian luarnya naik ke atas dan lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
. Kebanyakan kanak-kanak sindrom down mengalami terencat akal ringan iaitu pada tahap intelek ringan ( 50–70 ) atau sederhana ( 35–50 ).
Tumbesaran mereka terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, bentuk badan mereka tidaklah begitu gempal, gemuk, atau berisi tubuh badanya serta lebih rendah daripada kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka juga mempunyai leher yang agak pendek dan besar. Selain itu, mereka tidak mampu bergerak atau berdiri dengan sempurna kerana otot-otot tubuh mereka tidak pejal dan tegap. Ia agak lembik dengan keadaan sendi yang longgar. Bentuk muka yang kecil dan bahagian kepala leper. Majoriti mereka berambut lurus dan lembut. Kanak-kanak sindrom down juga mengalami masalah kesihatan iaitu termasuk berrisiko tinggi mendapat kecacatan jantung kongenital yang akan mengehadkan pergerakan mereka, penyakit gastroesophageal reflex, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.
Selain mengalami masalah kesihatan, kanak-kanak sindrom down biasanya mengalami kesulitan dalam bertutur dan lambat mengusai kemahiran bertutur, dengan hanya menggunakan ayat yang pendek dan sulit untuk mengeluarkan perkataan. Kebolehan bertutur mereka adalah lebih lambat daripada keupayaan kognitif mereka. Dalam aspek kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran ini dapat dicapai oleh kanak-kanak Sindrom Down tetapi dalam kadar yang lambat.
3.2 PUNCA-PUNCA
Sindrom Down adalah masalah genetik yang paling kerap berlaku iaitu pada kadar satu kes dalam setiap 800 kelahiran. Secara umumnya, Sindrom Down boleh disebabkan satu daripada tiga masalah genetik iaitu non-disjunction, translokasi atau mosaic.
Masalah non-disjunction (kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul dalam proses meiosis) berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab utama Sindrom Down (95 peratus daripada kelahiran bayi sindrom Down). Risiko ini meningkat disebabkan oleh faktor peningkatan umur seseorang wanita dengan kebarangkalian berlaku adalah satu kes dalam 800 kelahiran bagi wanita yang hamil ketika berusia 30 tahun. Risiko bertambah kepada 1 kes dalam setiap 100 kelahiran apabila wanita mengandung pada usia 40 tahun dan satu kes dalam 50 setiap kelahiran berlaku jika si ibu melebihi 45 tahun. Ia juga antara penyebab utama keguguran yang berlaku dalam trismeter yang pertama. Punca utama berlakunya kejadian itu tidak dapat dipastikan tambahan pula memang diketahui umum bapa yang menyumbang kepada kromosom berlebihan dan bukan ibu.
Lebih kurang 3 peratus masalah Sindrom Down disebabkan translokasi. Masalah translokasi biasanya terjadi di antara kromosom 14 dan 21. Bagi penyebab ini, ada kebarangkalian ibu bapa bayi Sindrom Down itu adalah pembawa genetik ini. Oleh itu, risiko mendapat bayi Sindrom Down adalah tinggi untuk kelahiran selanjutnya. Sebaik-baiknya ibu bapa menjalani ujian analisis kromosom jika ingin mempunyai anak lagi apabila penyebab Sindrom Down berkenaan membabitkan masalah translokasi genetik.Selebihnya, lebih kurang 2 peratus masalah Sindrom Down disebabkan mosaicism; iaitu bayi yang dilahirkan menunjukkan ciri-ciri Sindrom Down tetapi berkemungkinan mempunyai IQ normal.
4.0 KAJIAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Pada hari Jumaat yang lalu iaitu bersamaan 4 September 2009, kumpulan kami telah memilih CADS Enhanment Centre untuk membuat kajian berkenaan kanak-kanak Sindrom Down dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta menambahkan maklumat mengenai kanak-kanak sindrom down. Pusat Perkembangan CADS ini telah beroperasi semenjak tahun 2004, selain menempatkan kanak-kanak sindrom down, CADS juga menempatkan kanak-kanak yang menghidap celebral palsy, hiperaktif (Attention Deficit Hyperactive Disorder) dan disleksia.
Misi pusat ini ialah untuk mendidik dan menyediakan kanak-kanak CADS ke arah menjadi individu yang berdikari, bertanggungjawab dan menghargai proses pendidikan sepanjang hayat. Di samping itu, ia membantu ibu bapa dan penjaga memahami dan menangani keperluan kanak-kanak istimewa dengan lebih baik melalui runding cara, kumpulan sokongan, bengkel dan seminar. Pelbagai program telah dilaksanakan dan dirancang untuk pembangunan kanak-kanak istimewa iaitu seperti perkhemahan, percutian sambil belajar memasak dan sebagainya. Selain itu, seminar dan bengkel kerja turut dianjurkan untuk ibu bapa dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mengenai keperluan kanak-kanak berkenaan. CADS juga turut menyediakan tempat yang lebih khusus kepada kanak-kanak yang tidak dapat ditempatkan di aliran sekolah biasa.
Kelebihan pusat perkembangan CADS ini ialah dalam mengendalikan sesebuah kelas, tiga orang guru akan berada sekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu seorang guru akan mengajar, manakala dua orang lagi akan membantu kanak-kanak tersebut.
4.1 PROFIL RESPONDEN
Nama penuh responden kami ialah Nur Yaqin bin Hassan. Nur Yaqin berumur 16 tahun 3 bulan semasa kajian dilakukan dan dilahirkan pada 5 Julai 1993. Yaqin merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Kesemua adik beradik Yaqin dilahirkan normal, berbeza dengan Yaqin kerana dia seorang sahaja yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri sindrom down. Responden baru sahaja sebulan memasuki CADS iaitu pada bulan Ogos. Sebelum ini, responden bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ujung Pasir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota sehingga tingkatan 4. Kedua-dua sekolah tersebut menawarkan program pendidikan khas iaitu dikenali juga sebagai sekolah aliran perdana. Sebelum ini, responden tinggal bersama-sama ibu bapanya danmenetap di Melaka. Melihat Yaqin tidak seperti kanak-kanak lain, ibu bapanya membuat keputusan untuk menyekolahkan Yaqin di Pusat Perkembangan CADS dan tinggal bersama dengan kakak sulungnya di Hulu Klang, Selangor. Selain Sindrom Down, responden tidak mempunyai kecacatan lain.
Responden merupakan seorang yang periang, seorang yang suka bersosial iaitu mudah bergaul dengan orang yang baru dikenali walaupun pada mulanya menunjukan sifat pemalu. Selain itu, Yaqin juga seorang kanak-kanak yang amat peramah walaupun mempunyai masalah di dalam komunikasi kerana perngucapannya tidak jelas. Di samping itu, Yaqin seorang kanak-kanak yang menghormati orang tua. Sifat ini dapat dilihat semasa kedatangan kami, Yaqin terus bersalaman dengan kami walaupun tidak mengenali kami. Yaqin juga merupakan kanak-kanak yang suka mengusik, suka bergambar.
4.2 ANALISIS TINGKAH LAKU
Analisi tingkah laku dengan menggunakan Alat Penilaian Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Ujian Tingkah Laku oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di dalam Alat Penilaian Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Ujian Tingkah Laku kami perlu mengisi butiran diri responden seperti nama, umur, sekolah, alamat rumah, telefon, alamat sekolah, jenis kecacatan utama, kecacatan lain, tarikh dan waktu kajian dilakukan. Di dalam alat penilaian tersebut juga,kami perlu memerhati dan menilai tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden berdasarkan empat kategori utama iaitu Perlakuan Agresif, Perlakuan Pasif, Perlakuan Negatif Sosial dan Permasalah Emosi. Setiap kategori mempunyai sepuluh item. Kami perlu menanda item-item yang menunjukkan tingkah laku responden semasa pemerhatian dijalankan. Di samping melalui pemerhatian kami, maklumat juga diperolehi oleh ibu bapa atau penjaga, guru-guru, dan rakan-rakan.
4.3 PERLAKUAN AGRESIF
Bagi perlakuan agresif, kami dapat lihat dengan jelas bahawa responden menunjukkan 2 item dari 10 item. Tingkah laku yang sangat ketara dalam kategori tersebut iaitu mengacau dan menguasai orang lain dimana dapat dilihat dengan ketara apabila responden mencium rakannya, ketika rakannya sedang menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Di samping itu, responden juga mencubit rakannya ketika sedang bermain-main dengan rakannya.
Satu lagi ciri yang sangat ketara adalah, responden merupakan seorang yang hyperaktif. Tingkah laku hyperaktif ini boleh dilihat dari sudut positif dimana responden merupakan seorang yang sangat peramah dan cepat mesra dengan orang yang baru dikenali. Tingkah laku ini dapat dilihat ketika responden sampai di sekolah dan apabila guru responden memperkenalkan kami, dia pergi ke arah kami dan bersalaman dengan kami. Responden juga menghormati kami dengan memanggil kami dengan pangilan kakak dan abang. Dia tidak malu untuk bercakap dan dengan kami.
Manakala tingkah laku hyperaktif dari sudut negatif melalui pemerhatian kami dapat dilihat responden sangat nakal. Responden sangat suka bergambar dan membuat aksi. Apabila responden terpandang kami bergambar, responden tidak akan ketinggalan. Selain itu, yaqin suka bermain dengan tangannya dan suka bertukar tempat duduk. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila guru responden menyuruh responden menyiapkan kerja diberi, dia akan bertukar tempat duduk daripada menulis di atas meja, responden menulis di atas kerusi dan akhir sekali responden menulis di lantai sambil meniarap. Responden cepat berasa bosan dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Contohnya, ketika guru responden mengajar di dalam kelas, responden hanya dapat menumpukan perhatian beberapa minit sahaja, selepas itu dia akan bosan dan menganggu rakannya yang hendak belajar.
GRAF BAR: PERLAKUAN AGRESIF
Melalui graf bar di atas, boleh dilihat dengan jelas dua tingkah laku responden dalam aspek perlakuan agresif iaitu mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif. Tingkah laku mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif masing-masing adalah sepuluh peratus. Hal ini kerana kedua-dua tingkah laku ini dapat dilihat dengan jelas dalam diri responden. Tingkah laku mengacau/menguasai orang lain sangat ketara apabila resonden mengacau dan menganggu rakannya semasa mereka belajar. Hal ini kerana responden cepat bosan dengan apa yang diajar oleh gurunya. Responden Cuma dapat menumpukan perhatian beberapa minit sahaja. Selepas itu responden akan menganggu rakannya seperti mencubit, mencium rakannya serts berbisik dan ketawa dengan rakannya. Selain itu, responden juga tertidur di dalam kelas kerana bosan dengan apa yang gurunya ajar. Semasa kami membuat kajian, responden juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang gurunya ajar. Responden lebih teruja untuk mengenali kami. Semasa sesi pengajaran, mata responden asyik tertumpu kepada kami. Bila ditegur oleh gurunya, dia Cuma fokus kepada beberapa ketika, selepas itu responden akan memerhati gelagat kami.
Di samping itu, yaqin sangat nakal. Dia suka mencium rakannya. Dia juga akan mencubit rakannya sekiranya rakannya tidak menuruti kata-katanya. Melalui apa yang kami perhatikan, responden seorang yang ceria dan suka ketawa. Responden sangat suka bercakap dan peramah. Responden juga amat suka mengusik. Ini dapat dilihat semasa sesi menyanyi, responden bermain mata dengan kami, selain itu, responden juga mengoyang-goyang punggungnya ala-ala bergelek. responden juga sangat suka bergambar. Pantang sahaja lihat kamera, responden sudah sedia membuat pelbagai gaya
.
RUMUSAN
Bagi kategori perlakuan agresif, responden berada pada tahap sederhana ringan iaitu hanya melibatkan dua item daripada sepuluh item tingkah laku yang dinyatakan iaitu tingkah laku mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif.
Bagi tingkah laku mengacau/ menguasai orang lain, responden tunjukkan dengan mencubit rakannya sekiranya rakannya tidak melayan kehendaknya. Selain itu, responden juga akan mencium rakannya secara tiba-tiba.
Melalui pemerhatian kami, tingkah laku hyperaktif dapat dilihat ketika responden beraksi semasa kami mengambil gambar. Responden sangat suka membuat pelbagai aksi ketika bergambar. Asal sahaja responden melihat kami bergambar, dia akan menuju ke arah kami. Selain itu dari sudut positif, responden mudah menunjukkan sikap peramah walaupun kali pertama kami berjumpa. Responden cepat mesra dan suka bercakap dengan kami. Responden juga menghormati kami dan memanggil kami dengan panggilan abang dan kakak. Walaupun responden mudah hilang tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran, apabila gurunya menegur, responden mula memberikan perhatian semula.
Bagi tingkah laku merosakkan harta benda sendiri/ orang lain, selalu berkelahi / bertumbuk, cepat marah/meradang, mencederakan diri sendiri, panas baran, perlakuan negatif berlaku dengan tiba-tiba, aksi provokasi dan memberontak tidak ditunjukkan oleh responden. Responden hanya mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif iaitu mempunyai sifat periang dan tidak mudah menunjukkan perasaan marah. Responden sangat suka bermain tetapi responden akan mendengar segala nasihat gurunya.
4.4 PERLAKUAN PASIF
Carta pai di atas merupakan Carta Pai Ujian Tingkah Laku bagi Perlakuan Pasif selepas pemerhatian dilakukan ke atas responden. Terdapat 10 item keterangan yang terdapat didalam senarai item bagi perlakuan pasif. Item-item tersebut terdiri daripada, memencilkan diri, sugul, terlalu pendiam, terlalu malas, mudah terganggu perhatian, terlalu malu, lembab pergerakan, terlalu takut, lambat menerima maklumat, dan terlalu merendah diri. Berdasarkan pemerhatian yang telah kami jalankan, responden kami iaitu Nur Yaqin bin Hassan, didapati telah menunjukkan 30% perlakuan pasif. Peratusan ini bersamaan dengan 3 item daripada 10 item keterangan. Sebanyak 70% daripada item keterangan tersebut tidak ditunjukkan oleh responden iaitu bersamaan dengan 7 item keterangan daripada 10 item keterangan tersebut.
Graf bar di atas pula mewakili pecahan daripada 30% perlakuan pasif yang ditunjukkan. Berdasarkan peratusan tingkah laku perlakuan pasif yang ditunjukkan oleh responden, 15% daripadanya mewakili perlakuan mudah terganggu perhatian. Perlakuan ini jelas dapat dilihat dalam diri responden sepanjang kami melakukan pemerhatian. Contohnya semasa responden sedang berlatih koir bersama dengan rakannya yang lain, responden kerap kali menoleh ke arah kami yang kebetulan memerhatikan latihan tersebut dari bahagian belakang kelas mereka. Selain itu, Nur Yaqin amat peka dengan persekitaran, responden akan menoleh secara spontan terhadap apa yang berlaku walaupun sedang mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Contoh lain dapat dilihat adalah sewaktu kami mengarahkan lensa kamera kepada responden, Nur Yaqin akan terus memandang kepada kamera dan beraksi.
Disamping itu, 10% yang lain pula mewakili item lambat menerima maklumat. Melalui pemerhatian kami, responden lambat bertindakbalas dengan tepat terhadap arahan gurunya. Situasi ini berlaku semasa guru responden mengarahkan murid-murid mengeluarkan sebuah buku untuk subjek tersebut. Nur Yaqin dilihat mengambil masa yang begitu lama untuk mencari buku tersebut dalam begnya. Beberapa lama selepas itu responden kembali duduk di kerusinya tetapi masih tidak mengeluarkan buku yang dimaksudkan. Sambil menoleh buku rakan di sebelah, Nur Yaqin cuba mencari sekali lagi di dalam begnya, namun tetap tidak menjumpai buku tersebut. Responden kemudiannya memberitahu gurunya bahawa responden terlupa untuk membawa buku yang di maksudkan.
Selebihnya iaitu 5% pula mewakili peratusan bagi item lembab pergerakan. Item ini dapat dijelaskan melalui cara responden berjalan dan bergerak yang kelihatan agak keras berbanding dengan kanak-kanak atau murid yang normal.
Sebagai kesimpulan, bagi perlakuan pasif, responden kami, adik NurYaqin bin Hassan berada pada tahap ringan kerana hanya menunjukkan 3 perlakuan pasif daripada sepuluh item keterangan perlakuan pasif yang di senaraikan.
4.5 PERLAKUAN NEGATIF SOSIAL
Carta pai menunjukan tingkah laku bagi perlakuan negatif sosial. Dalam keterangan tingkah laku perlakuan negatif sosial mempunyai 10 item iaitu mengusik, bercakap bohong, tidak menepati janji, engkar/tidak menurut perintah, berbahasa kasar, terlalu suka bercakap, selalu buang air dalam bilik darjah, suka membuat bising, mengambil tanpa izin, dan hasad dengki.
Tingkah laku perlakuan negatif sosial yang ditunjukkan oleh Responden adalah mengusik, terlalu suka bercakap, dan suka membuat bising. Responden hanya menunjukkan 3 daripada 10 item keterangan tingkah laku perlakuan negatif sosial. Oleh itu, tahap perlakuan negatif sosial Nur Yaqin adalah pada tahap sederhana ringan iaitu hanya 30%. Responden mempunyai perlakuan sosial yang suka mengusik orang dan rakan-rakannya. Misalnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan responden akan mengusik kawan yang duduk di sebelahnya.
Selain itu, responden terlalu banyak bercakap dan suka membuat bising semasa guru mengajar. Apabila aktiviti nyanyian dijalankan, responden asyik bercakap bersendirian walaupun gurunya telah tegurnya. Semasaaktiviti nyanyian dijalankan walaupun bukan gilirannya, responden akan turut menyanyi. Semasa guru mengajar di dalam bilik darjah, dia tidak dapat duduk dengan baik dan akan bercakap bersendirian atau dengan rakannya yang duduk di sebelahnya. Ketika membuat latihan, dia akan membuat latihan dan sering bertukar tempat duduk. Keadaan in dapat dilihat ketika rakan-rakannya yang lain membuat latihan bersama guru, responden akan membuatnya bersendirian dan bertukar posisi daripada membuat latihan di meja kemudian bertukar ke kerusi, dan akhir sekali menulis di lantai sambil meniarap. Walaupun gurunya suruh dia duduk di atas kerusi dia enggan buat demikian.
Manakala tingkah laku perlakuan negatif yang lain seperti bercakap bohong tidak ditunjukkan oleh adik Nur Yaqin. Hal ini kerana soalan yang ditanya kepada responden akan dijawab dengan jujur. Adik Nur Yaqin juga tidak menunjukkan tingkah laku tidak menepati janji. Nur Yaqin seorang yang mendengar nasihat guru segala arahan yang diarahkan gurunya responden akan dengar dan tidak akan berkasar dengan guru. Misalnya, gurunya menyuruh responden menolong rakannya mengangkat kerusi responden akan dengar dan terus mengambil kerusi tersebut. Responden seorang kanak-kanak yang sopan. Sifat ini dapat dilihat Semasa responden datang ke sekolah responden akan bertanya khabar kepada rakan-rakannya dan guru-gurunya.
Nur Yaqin tidak menunjukan perlakuan bercakap bohong, tidak menepati janji, engkar/tidak menurut perintah, berbahasa kasar, terlalu suka bercakap, selalu buang air dalam bilik darjah, mengambil tanpa izin, dan hasad dengki. Dengan ini, perlakuan negatif sosial yang tidak ditunjukkan adalah 70%.
Kesimpulannya, dalam keterangan tingkah laku perlakuan negatif sosial Nur Yaqin adalah pada tahap sederhana ringan. Hal ini kerana dia hanya menunjukkan 3 daripada 10 item keterangan tingakh laku negatif sosial. Item yang ditunjukkan oleh Nur Yaqin adalah mengusik, terlalu suka bercakap, dan suka membuat bising.
4.6 PERLAKUAN NEGATIF SOSIAL
Graf menunjukkan tingkah laku perlakuan negatif sosial yang ditunjukkan oleh adik Nur yakin. Tingkah laku perlakuan negatif sosial mempunyai 10 item iaitu iaitu mengusik, bercakap bohong, tidak menepati janji, engkar/tidak menurut perintah, berbahasa kasar, terlalu suka bercakap, selalu buang air dalam bilik darjah, suka membuat bising, mengambil tanpa izin, dan hasad dengki.
Tingkah laku perlakuan negatif sosial yang ditunjukkan oleh Nuryakin adalah mengusik 11%, terlalu suka bercakap 12%, dan suka membuat bising 7%. Nur Yaqin tidak menunjukan tingkah laku perlakuan negatif sosial yang bercakap bohong, tidak menepati janji, engkar/tidak menurut perintah, berbahasa kasar, terlalu suka bercakap, selalu buang air dalam bilik darjah, mengambil tanpa izin, dan hasad dengki.
Daripada 10 item keterangan tingkah laku perlakuan negatif sosial Nuryakin, hanya mempunyai 3 dari 10 item tersebut. Oleh itu, perlakuan negatif sosial Nur Yaqin adalah pada tahap sederhana ringan. Respondenmempunyai perlakuan sosial yang suka mengusik orang atau rakan-rakannya. Misalnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dia akan mengusik rakan yang duduk di sebelahnya. Selain itu, responden terlalu suka bercakap dan suka membuat bising semasa guru mengajar. Apabila aktiviti nyanyian dijalankan, responden asyik bercakap dan memandang ke arah yang lain. Semasa nyanyi walaupun bukan gilirannya, responden akan menyanyi juga. Semasa gurunya mengajar di dalam bilik darjah pula, dia tidak dapat duduk dengan baik dan akan bercakap bersendirian atau dengan rakan yang duduk di sebelahnya.
Manakala tingkah laku perlakuan negatif yang lain seperti bercakap bohong tidak ditunjukkan oleh adik Nur Yaqin. Ini kerana soalan yang ditanya kepada dia akan dijawab dengan jujur. Adik Nur Yaqin juga tidak menunjukkan tingkah laku tidak menepati janji. Nur Yaqin seorang yang mendengar nasihat guru segala arahan yang diarahkan gurunya responden akan menyempurankannya. Selain itu, responden juga gemar menceritakan kartun yang ditontonnya kepada kawannya.
Nur Yaqin tidak membuang air dalam kelas. Di samping itu, menurut guru Nur Yaqin memberitahu selama 1 bulan Nuryakin di sekolah itu dia tidak pernah buang air dalam bilik darjah. Selain itu, Nur Yaqin tidak akan mengambil barang-barang rakannya tanpa izin. Responden akan meminta izin dari rakannya sekiranya ingin meminjam barangan milik rakannya. Misalnya, responden ingin pinjam pensel rakannya, responden akan bertanya kepada rakannya dengan sopan dan baik.
Kesimpulan, Nur Yaqin dalam tingkah laku perlakuan negatif sosial adalah pada tahap sederhana ringan. Hal ini kerana dia hanya menunujukkan 3 item daripada 10 item keterangan tingkah laku negatif sosial. Tingkah laku negatif sosial yang ditunjukkan oleh Nur Yaqin adalah mengusik, terlalu suka bercakap, dan suka membuat bising.
4.6 PERMASALAHAN EMOSI
Carta pai di atas menunjukkan dapatan kajian tingkah laku permasalahan emosi. Carta pai menunjukkan responden mempunyai permasalahan emosi sebanyak 10% daripada 100% iaitu berada di tahap keseriusan ringan. Permasalahan emosi responden adalah suka mengkhayal. Buktinya, dapat dilihat pada waktu guru sedang mengajar, Yaqin kelihatan berkhayal dan bercakap sendiri. Kemungkinan sikap Yaqin begitu kerana beliau berasa bosan kerana sebelum ini beliau pernah bersekolah di KKBP Melaka. Keadaan tersebut juga berkemungkinan kerana responden sentiasa mempelajari pelajaran yang sama sepanjang waktu persekolahannya.
Melihat kepada graf bar ini, dapatan yang diperoleh menunjukkan responden menunjukkan ada satuperlakuan dalam kategori permasalahan emosi manakala selebihnya 9 item lagi tidak begitu menonjol dalam diri responden. Permasalahan emosi tersebut adalah mengkhayal.
Permasalahan emosi tersebut dapat dilihat ketika guru sedang mengajar di depan kelas, responden sukar memberikan tumpuan yang lama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Diperhatikan setelah beberapa lama gurunya memulakan pengajaran, responden mula melihat ke arah lain dan termenung. Beliau juga sentiasa bercakap sendirian. Kemudian, beliau mula mengusik rakannya dan berbual. Hal ini disebabkan, Yaqin berasa jemu dengan apa yang dipelajarinya memandangkan sebelum memasuki pusat tersebut, Yaqin terlebih dahulu bersekolah di KKBP Melaka.
Contoh yang lain adalah pada waktu pagi sebelum memulakan kelas, responden bersama temannya yang lain akan melakukan senaman pagi yang dipanggil ‘patakara’ (senaman merangsang minda), mereka diminta berkumpul di mini perpustakaan kerana ingin mengadakan latihan untuk persembahan yang dianjurkan oleh Pusat Zakat di Grand Season Hotel. Responden dan rakan – rakannya berlatih menyanyi sebuah lagu. Pada ketika itulah, selang beberapa minit, responden akan melihat ke arah kami yang duduk di belakangnya. Setiap kali ketika menyanyi responden akan menarik perhatian kami dengan melihat pada kami dan menari sambil mengoyang – goyangkan punggungnya. Jika tidak begitu, responden akan melihat ke arah lain dan mulai bercakap sendirian.
Manakala untuk 9 item lain dalam kategori permasalahan emosi, responden tidak menunjukkan perlakuan negatif. Sepanjang pemerhatian, responden bukan merupakan seorang yang gelisah, risau dan kelam kabut. Dia bersifat tenang ketika berada di dalam kelas. Hal ini kemungkinan responden pernah bersekolah dan biasa dengan keadaan di sekolah. Responden juga tidak menunjukkan perasaan malu atau mempunyai rasa yang tidak tenteram dengan orang yang baru dikenalinya. Contohnya, apabila menyedari kedatangan kami, beliau terus menuju ke arah kami dan bersalam. Responden bergaul mesra dengan kami. Responden turut tidak merasa rendah diri dengan kekurangan yang ada padanya. Beliau begitu ramah dengan kami. Melayan kami dengan baik, bercerita dan turut sudi bergambar bersama dengan gaya yang pelbagai. Perkembangan sosial responden adalah sangat menggalakkan kerana dilihat beliau bersifat periang.
Responden turut tidak dapat mengawal bahagian anggota badannya. Salah seorang daripada ahli kumpulan mengatakan responden tidak dapat mengawal gerakan anggota badannya berikutan responden yang mengoyang – goyangkan punggungnya semasa menari. Tetapi sebenarnya bukanlah begitu. Penyakit Sindrom Down yang dihadapi oleh responden adalah berada pada tahap ringan. Fungsi serebrum dalam otak responden tidak terganggu dan menyebabkan beliau tidak menghadapi masalah untuk mengawal gerakkan anggota badannya.
Responden bukanlah seseorang yang boleh dikatakan bebal. Hal ini kerana mereka sememangnya dilahirkan dengan serba kekurangan tidak mengira dalaman atau luaran. Penghidap Sindrom Down ini keseluruhannya mengalami perkembangan yang lambat dalam perkembangan motor halus dan kasar. Oleh itu, mereka agak lambat untuk memproses arahan yang diminta oleh guru dan rakan-rakannya.
Pada mulanya kami berpendapat responden mempunyai sikap menipu berikutan ketika kami bertanyakan usianya, responden memberitahu usianya 5 tahun. Tetapi selepas berbincang dengan ahli kumpulan, kami mendapati bahawa responden malu dengan usianya yang jauh lebih tua dari rakan – rakannya. Sebab itu beliau tidak berterus terang dengan usianya yang sebenar. Kami berpendapat bahawa responden menyedari kekurangan pada dirinya. Namun begitu, keadaannya itu tidak juga mengugat emosinya. Walaupun sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menumpukan perhatian dalam kelas, beliau tidak menunjukkan perasaan tidak senang hati atau memprotes gurunya dengan membuat pelbagai perkara yang remeh seperti selalu mengadu sakit atau menangis. Responden masih tetap berminat untuk belajar dan mendengar kata – kata gurunya. Keadaan ini menunjukkan responden juga bukan merupakan seorang yang terlalu sensitif.
Oleh kerana diperhatikan responden kelihatan sentiasa bermain, mengusik rakannya dan tidak menumpukan perhatian, kami bersetuju bahawa responden memerlukan perhatian yang lebih. Responden juga memerlukan perhatian yang lebih dalam menguasai pelajarannya kerana kerana perkembangan literasinya juga tidak sama dengan tahap umur. Didapati responden juga mempunyai kefahaman pembacaan dan ketepatan pembacaan yang kurang kerana keadaan bentuk bibirnya yang tebal dan memberi kesukaran padanya untuk menyebut perkataan.
Responden turut menyedari kekurangan yang ada pada dirinya. Keadaan ini dapat dilihat apabila saya bertanyakan usianya, responden tersipu – sipu untuk menjawab. Kemungkinan responden berkeadaan begitu kerana beliau merasakan dirinya sudah berusia 16 tahun tapi masih bersekolah di situ dan bergaul dengan rakan – rakan sekolah yang jauh lebih muda. Namun begitu keadaan itu langsung tidak menganggu emosinya. Mulanya, kami memikirkan responden akan tersinggung dengan pertanyaan kami itu, tapi kami tersilap kerana responden tetap mesra dengan kami dan sentiasa cuba menarik perhatian kami dengan gelagatnya.
Walaupun berusia 16 tahun dan lebih tua dari rakan – rakannya di pusat itu, responden bergaul baik dengan mereka. Emosinya tidak terganggu, tidak mempunyai rasa malu walaupun lebih berusia dari rakan – rakannya. Emosi responden juga tidak terganggu jika di marahi oleh gurunya dek sikapnya yang sentiasa berkhayal dan tidak menumpukan perhatian dengan baik. Walaupun dimarahi, responden tetap menunjukkan wajah cerianya.
5.0 PERBANDINGAN KANAK-KANAK NORMAL DAN SINDROM DOWN
Kanak-kanak Sindrom Down merupakan kanak-kanak yang sangat istimewa. Walaupun mereka mempunyai rupa fizikal dan mental yang serba kekurangan, namun kita perlulah melihat kekurangan mereka kepada sudut yang lebih positif. Terdapat banyak perbezaan antara kanak-kanak normal dan Sindrom Down berdasarkan ciri-ciri yang ada pada Nur Yaqin. Perbezaan yang terdapat pada kanak –kanak normal dengan Nur Yaqin yang dapat dilihat ialah dari segi fizikal, emosi, pergerakan, pembelajaran dan komunikasi.
5.1 FIZIKAL
Dari segi fizikal kanak – kanak normal mukanya kelihatan biasa, mata dan mulut kelihatan biasa (normal) muka, mata dan mulut kanak-kanak normal kebanyakan tidak ada masalah. Dari segi luas, lebar, dan panjang, Kanak-kanak normal ciri-ciri fizikalnya biasa. manakala kepala, muka, leher, iras muka, pangkal hidung, dan fizikal lain kebanyakannya tidak mempunyai masalah. Manakala responden pula mempunyai beberapa perbezaan dari segi rupa fizikal iaitu muka mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik.sifat pada kepala, muka dan leher.Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol.Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit disudut dalam dan raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit keatas. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir.
5.2 EMOSI
Kanak-kanak normal tidak malu menyatakan umur yang sebenar, kebanyakkan kanak-kanak normal bila ditanya pasal umur mereka, mereka akan memberitahu umur mereka yang sebenar.contoh kanak-kanak normal berumur 5 tahun, apabila kita bertanya berapa umurnya sekarang, pasti dia akan menjawab 5 tahun juga. Disini kita dapat lihat kanak-kanak normal tidak ada masalah untuk memberitahu umur mereka yang sebenar. Berbeza dengan responden kami iaitu Nur Yaqin, responden malu hendak menyatakan umur dia yang sebenar. Apabila kami bertanya umur responden yang sebenar, responden menjawab 5 tahun sedangkan umur sebenar responden ialah 16 tahun. Disini kami dapat lihat Nur Yaqin malu untuk menyatakan umurnya yang sebenar kerana responden malu dengan kami. Selain itu kita dapat lihat emosi Nur Yaqin mempunyai masalah sedikit dalam menyatakan umur yang sebenar.
5.3 PERGERAKAN
Perbezaan yang dapat dilihat dari segi pergerakan, bagi kanak-kanak normal kebanyakan pergerakan mereka tidak mempunyai masalah. Kanak-kanak normal kebanyakkan mereka dapat bergerak dan berjalan dengan baik tanpa ada bantuan. Kanak-kanak normal berjalan seperti biasa iaitu lurus, stabil dan baik. Hal ini kerana kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah pada bahagian kaki, sendi dan tulang kaki. Manakala melalui pemerhatian kami, responden kami mempunyai masalah dalam pergerakan. Nur Yaqin mempunyai masalah sukar untuk bergerak dengan baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Apabila Nur Yaqin berjalan kami mendapati responden berjalan terhuyung-hayang dan senget ke kanan. Nur Yaqin berjalan tidak betul iaitu tidak lurus kehadapan. Apabila dia berjalan kepalanya senget ke kanan. Di sini jelas menunjukkan Nur Yaqin mempunyai perbezaan pergerakan dengan kanak-kanak biasa.
5.4 PEMBELAJARAN
Dari segi pembelajaran kanak-kanak normal mempunyai perkembangan dalam pembelajaran yang baik. Secara keseluruhanya kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran kerana otak mereka stabil dan berada dalam keadaan baik. Perkembangan sosial mereka amat menggalakkan. Manakala bagi kanak-kanak Sindrom Down pula mereka mengalami kelewatan perkembangan motor kasar disebabkan otot-otot yang lembik tetapi Nur Yaqin akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar berbanding dengan kanak-kanak normal mereka suka bergaul dengan orang lain, rakan-rakan, dan dengan orang yang mereka tidak kenali. Selain itu ,dari segi struktur penulisan Nur Yaqin adalah lemah dan lembap untuk menulis sesuatu ayat, nama dan sebagainya.selain itu, perkembangan pembelajaran Nur Yaqin tidak selaras dengan umurnya. Ini boleh dilihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, responden tahu nama haiwan dalam gambar-gambar tersebut tetapi responden tidak pandai mengeja apabila di suruh. .Nur Yaqin berperangai seperti kanak-kanak berumur 4, atau 5 tahun walaupun dia sudah berumur belasan tahun. Ini menunjukkan
Nur Yaqin tidak mempunyai perkembangan yang selaras dalam pembelajaran manakala bagi kanak-kanak normal, mereka mempunyai perkembangan yang teratur selaras dengan tahap umur mereka. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran walaupun masih berumur 5 – 6 tahun, kanak-kanak normal sudah dapat mengeja, membaca dan mengira, menulis iaitu 5M berbanding dengan kanak-kanak Sindrom Down yang lambat dalam perkembangan pembelajaran. Nur Yaqin juga mempunyai masalah dalam menghafal dan mengingat apa yang telah dibaca, guru responden perlu mengingatkan dan mengulangi perkara yang sama berulang kali. .Nur
Yaqin juga mempunyai sifat mudah lupa, bermasalah dalam kefahaman pembacaan dan ketepatan pembacaan kerana perkembangan motor mereka adalah lambat tidak seperti kanak-kanak normal biasanya mudah mengingati apa yang guru mereka ajar sekolah.
5.5 KOMUNIKASI
Bertutur adalah proses komunikasi yang sangat penting. Percakapan hendaklah jelas dan lantang. Masalah komunikasi ini melibatkan emosi seperti rasa malu, kurang upaya dan sebagainya. Ini memyebabkan kesukaran dalam penyesuaian sosial akibat memahami istilah dan perkataan apabila bertutur atau kesukaran menggabungkan perkataan untuk melafazkan perkataan.Masalah komunikasi ini disebabkan oleh kehilangan pendengaran, penangguhan perkembangan, kekurangan stimulus persekitaran dan kerosakan otak. kanak –kanak normal, mereka kebanyakkan tidak mempunyai masalah dalam komunikasi. Hal ini kerana, kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah dalam menyebut sesuatu patah perkataan. Kanak-kanak normal mempunyai lidah yang stabil dan baik. Dari segi perkembangan otak pula, kanak-kanak normal otak kiri dan kanannya berfungsi dengan baik. Manakala Nur Yaqin iaitu responden kami mempunyai masalah dalam komunikasi. Apabila kami berbual dengan Nur Yaqin, kami tidak begitu memahami perkara yang hendak disampaikan disebabkan suara Nur Yaqin yang perlahan dan tidak begitu jelas(sengau). Disini kami dapat lihat Nur Yaqin mempunyai masalah dalam komunikasi atau percakapan.
6.0 PENUTUP
Carta pai diatas menunjukkan 23% atau 9 item daripada 40 item merupakan perlakuan yang ada dalam diri responden manakala selebihnya 77% perlakuan tidak begitu menonjol dalam dirinya. secara keseluruhan yang dibuat oleh kami berdasarkan keempat-empat item dalam kategori setiap perlakuan agresif, perlakuan pasif, perlakuan negatif sosial dan permasalahan emosi. Bagi kategori perlakuan agresif yang ditunjukan oleh responden hanya dua daripada sepuluh item iaitu mengacau atau menguasai orang lain dan hyperaktif. Manakala bagi kategori perlakuan pasif pula responden kami hanya menunjukan tiga item daripada sepuluh item yang dinyatakan iaitu mudah terganggu perhatian, lembab pergerakan dan lambat menerima maklumat. Seterusnya bagi kategori perlakuan negatif sosial Nur Yaqin juga turut menunjukan tiga item perlakuan daripada sepuluh item yang disenaraikan iaitu mengusik, terlalu suka bercakap dan suka membuat bising. Kategori terakhir iaitu permasalah emosi, Nur Yaqin menunjukan satu ciri daripada sepuluh item iaitu mengkhayal.
kesimpulan yang kami perolehi menunjukan responden berada pada tahap ringan atau minimum iaitu sembilan daripada empat puluh item bersamaan 23 % yang bersesuaian dengan perakuan untuk penempatan ke kelas khas (KK BP). Oleh itu, responden sesuai ditempatkan di tempat sedia ada iaitu di Pusat Pembangunan CADS kerana penempatan ini menepati dengan ciri-ciri yang ditunjukkan dan yang dihadapi oleh responden di dalam keempat-empat kategori yang terdapat dalam Alat Penilaian Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Ujian Tingkah Laku. Walaupun responden berada pada tahap sederhana ringan, iaitu 23%, ibubapa dan guru tidak boleh memandang remeh terhadap perkara ini.
Responden sangat sesuai dimasukkan di Pusat Pembangunan CAD. Hal ini kerana walaupun responden berada pada tahap sederhana ringan, responden tidak dapat mengikuti sekolah normal keran responden mempunyai masalah 5 M iaitu membaca, mengira, menulis, mengeja dan meng. Selain itu, responden juga mudah terganggu perhatian. Responden hanya dapat menumpukan perhatian selama beberapa minit sahaja selebihnya responden akan menganggu rakan-rakannya, seperti termenung, berkhayal, mengusik dan sebagainya.
Selain itu, perkembangan motor kasar responden adalah lambat. Responden masih tidak mampu untuk membezakan sesuatu perkara. Walaupun umur responden 16 tahun, tapi cara responden berfikir adalah pada tahap umur kanak-kanak yang berumur tujuh tahun.
7.0 BIBLIOGRAFI
8.0 LAMPIRAN

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91