Followers

About Me

My photo

A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Thursday, December 29, 2011

10.0 APLIKASI PENDIDIKAN GIMNASTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


10.1    Gimnastik Pendidikan
Gimnastik Pendidikan bermaksud satu pendekatan dalam gimnastik yang memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajar.
10. 2   Tema Gimnastik Pendidikan:

         Tema 1 – Kesedaran tubuh badan
         Tema 2 –Kesedaran ruang

10.3    Aspek-aspek keselamatan:
§  Latihan yang sistematik
§  Mengenal pasti kemampuan, tahap, dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.
§  Kemudahan peralatan.
§  Persekitaran atau tempat beraktiviti.
§  Penyeliaan, arahan dan bimbingan.
§  Perlakuan murid.   

            Hasil pembelajaran yang murid akan perolehi ialah pada aras 1, murid-murid  dapat menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti gimnastik pendidikan.  Murid juga dapat melakukan pergerakan kesedaran tubuh badan dengan gaya yang betul dan selamat. Aras 2 pula murid dapat melakukan pergerakan pelbagai cara dengan menggunakan ruang am dan ruang diri dengan gaya yang betul dan selamat. Manakala, pada peringkat aras 3, mereka cipta rangkaian pergerakan menggunakan kesedaran tubuh badan dan kesedaran ruang dalam gimnastik pendidikan dan mereka dapat mengenal pasti anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti pendidikan pergerakan.

10. 4   Cadangan aktiviti pembelajaran :

v  Melakukan pergerakan kesedaran tubuh badan secara individu dan berkumpulan.
v  Membincangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti gimnastik pendidikan.
v  Menunjuk cara rangkaian pergerakan dalam gimnastik pendidikan.
v  Melakar dan melabelkan anggota badan yang terlibat dalam aktiviti gimnastik pendidikan.

10.6    Gulingan
Mengguling ialah perlakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain disekeliling suatu paksi.
10.6    Imbangan
Kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Cth : aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim
Contoh aktiviti:  Lompat gelung rotan
Objektif           : Untuk membina koordinasi mata dan kaki
Prosedur        : Guru akan meminta kanak-kanak melompat dari satu gelung rotan ke satu gelung rotan yang lain dalam jarak yang sesuai untuk mereka. Kanak-kanak akan melompat seperti yang disuruh oleh guru mereka dengan dikawal selia oleh guru tersebut.
10.7    Kelenturan
Kelenturan bermaksud keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya.

(i) Cadangan Aktiviti:
·         Membongkok badan ke hadapan.\
·         Melentik ke sisi, kanan dan kiri.
·         Melentik ke belakang.

(ii) Aspek-Aspek Keselamatan:
ü  Mengenal pasti kemampuan, tahap, dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.
ü  Kemudahan peralatan.
ü  Persekitaran atau tempat beraktiviti.
ü  Penyeliaan, arahan dan bimbingan.
ü  Perlakuan murid.
ü  Latihan yang sistematik.

Aras 1
-Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti kelenturan.
- Melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti kelenturan.
Aras 2
- Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti kelenturan.
-Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti kelenturan.
Aras 3
-Melakukan sekurang-kurangnya tiga aktiviti kelenturan.
-Mengenal pasti anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti kelenturan.
Hasil Pembelajaran

Murid- murid dapat melakukan aktiviti kelenturan secara individu dan berkumpulan. Murid-murid juga dapat menyebut aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti kelenturan di samping melakar dan mewarnakan memek muka untuk menyatakan perasaan selepas melakukan aktiviti kelenturan dan melakar dan mewarnakan anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti kelenturan.

Contoh aktiviti: Main lompat katak
Objektif           :Untuk membina koordinasi otot-otot anggota badan
Bahan                        : Tiada
Prosedur        :Guru tunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana untuk melompat seperti katak. Guru kemudiannya meminta mereka melakukannya sambil cuba menangkap katak-katak yang lain.
Variasi            :Kanak-kanak boleh melakonkan pergerakan binatang-binatang lain
Contoh           :Merangkak seperti ketam, berenang seperti ikan dan terbang seperti burung.

10.8 Koordinasi
                  Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan.
          Cadangan Aktiviti   : Lambung dan sambut bola besar atau pundi kacang.
                                             : Menggolek gelung rotan.                                                                                                 : Lambung, sentuh lantai dan sambut pundi kacang.
        
Aspek-Aspek Keselamatan:
¨      Mengenal pasti kemampuan, tahap, dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti
¨      Kemudahan peralatan.
¨      Persekitaran atau tempat beraktiviti.
¨      Penyeliaan, arahan dan bimbingan.
¨      Perlakuan murid.
¨      Latihan yang sistematik

            Hasil Pembelajaran
         Aras 1
v  Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti koordinasi.
v  Melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti koordinasi.
            Aras 2
§  Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti koordinasi.
§  Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti koordinasi.
Aras 3
§  Melakukan sekurang-kurangnya tiga aktiviti koordinasi.
§  Mengenal pasti anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti koordinasi.

Cadangan aktiviti pembelajaran
o   Melakukan aktiviti koordinasi secara individu dan berkumpulan.
o   Melakar dan mewarnakan memek muka untuk menyatakan perasaan selepas melakukan aktiviti koordinasi.
o   Melakar dan melabelkan anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti koordinasi.
o   Menyebut aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti koordinasi.

Contoh aktiviti: Bergolek seperti bola
Objektif           : Untuk membina koordinasi otot-otot anggota badan
Bahan            : Tiada
Prosedur        : Kanak-kanak disuruh berbaring di atas lantai dan diarahkan duduk selepas itu kemudian menggolekkan diri seperti sebiji bola. Guru meminta kanak-kanak supaya berhati-hati supaya tidak terkena kawan.
Variasi            : Melakukan pergerakan objek-objek lain misalnya berguling seperti balak.

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91