Followers

Thursday, December 29, 2011

SOSIOEMOSI KANAK-KANAK


(I like to tell all of you readers, please do not copy the text here)

Senario:
Hafzan merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan comel. Hafzan adalah anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Hafzan berumur 6 tahun dan bersekolah di prasekolah Sekolah Kebangsaan Bingkor, Keningau, Sabah. Menurut gurunya, Hafzan sangat cergas dan pintar dalam melakukan sebarang aktiviti yang diberi. Walaubagaimanapun, gurunya melihat bahawa Hafzan mempunyai sifat rendah diri dan pemalu. Hal ini demikian kerana Hafzan selalunya tidak akan melakukan sebarang aktiviti di dalam kelas jika tidak diminta oleh gurunya terlebih dahulu. Sehubungan dengan iu, guru tadika Hafzan tesebut menyelidiki punca yang menyumbang kepada sikap Hafzan itu. Hasil daripada dapatan gurunya mendapati bahawa Hafzan berasa dirinya terpingir berbanding kakak dan abangnya. Keadaan ini berlaku disebabkan setiap perkara membanggakan yang dilakukan oleh Hafzan tidak pernah dihargai oleh kedua ibu bapanya. Berbanding dengan abang dan kakaknya, kedua mereka itu sering diberi hadiah dan kata-kata pujian, walhal Hafzan pula tidak pernah menerima sebarang kata-kata pujian atau hadiah kerana ibu dan ayahnya beranggapan bahawa Hafzan masih kecil dan tidak perlu menerima sebarang penghargaan. Hal ini dapat dibuktikan gurunya apabila kedua ibu bapa hafzan tidak hadir pada hari kecemerlangan pelajar di prasekolah terbabit. Hal ini mnyebakan emosi Hafzan tergugat, tambahan lagi apabila dia melihat ibu bapa rakannya yang lain datang untuk sama-sama melihat kejayaan anak-anak mereka, walaupun mereka hanya prasekolah.
Perincangan.
Konsep Kendiri atau perasaan harga diri seseorang adalah hasil daripada gabungan pelbagai aspek pemikiran, perasaan, pengalaman, pandangan dan penilaian seseorang mengenai diri sendiri sepanjang umur hidup. Contohnya, seseorang akan berasa tinggi konsep kendiri apabila hasil kerjanya selalu dipuji. Konsep kendiri memberi kesan terhadap semua aspek kehidupan. Mereka konsep kendiri yang tinggi, dapat menghadapi dan menyelesaikan berbagai-bagai cabaran dan tanggungjawab dalam hidup dengan baik dengan masa yang teratur. Keadaan tersebut bergantung kepada emosi dalaman, peristiwa, manusi, dan pengalaman yang mempengaruhi pada masa tersebut. Antara faktor-faktor kanak-kanak tidak mendapat penghargaan kendiri apabila kanak-kanak tersebut tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka dan yang tidak mengambil tahu dan tidak mengambil berat tentang pelajaran mereka, kerana ibu bapa mereka menganggap mereka masih terlalu kecil dan tidak memahami.Di samping itu, tidak terdapat kemesraan fizikal dan keakraban di antara ibu bapa dengan kanak-kanak tersebut. Kesan daripada hal tersebut kanak-kanak terbabit akan mempunyai pandangan negatif atau rendah diri terhadap diri mereka sendiri. Selain itu, kanak-kanak tersebut juga akan menjadi seorang kanak-kanak yang tidak suka menerima pendapat orang lain dan suka menyingung perasaan orang lain disebabkan mereka merasakan tidak ada orang yang menganggap diri mereka penting. Serta selalu rasa tidak puas hati dengan apa yang diterimanya kerana kanak-kanak tersebut selalu membandingkan apa yang di perolehi oleh mereka dengan adik-beradik mereka.
1.0 Pendahuluan
Konsep kendiri merupakan salah satu komponen dibawah topik persepsi kendiri seseorang individu. Sehubungan dengan itu, konsep kendiri sangat berkait rapat dengan self-estim. Konsep kendiri didefinisikan sebagai persepsi, tanggapan, pandangan seseorang terhadap dirinya sendiri yang akan merangkumi aspek kebolehan, perkara yang disukai, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang dirinya sendiri. Contohnya, semasa menerima sesuatu maklumat yang bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda menjadi cemas, bimbang, demikian juga dengan orang lain yang menerima maklumat yang berlawanan dengan konsep kendiri mereka. Dua indikator utama yang akan membincangkan konsep kendiri ini ialah konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Topik ini akan membincangkan tentang konsep kendiri dalam seseorang kanak-kanak. Dalam topik ini, beberapa pendekatan lain akan dikupas ialah beberapa faktor yang mempengaruhi konsep kendiri seorang kanak-kanak, antara masalah popular yang memberikan impak nyata kepada konsep kendiri, kesan-kesan konsep kendiri, cara-cara meningkatkan dan mengekalkan konsep kendiri serta beberapa aktiviti yang boleh meningkatkan konsep kendiri. Asas konsep kendiri ialah semasa seseorang individu itu masih kanak-kanak. Sebarang perkara yang mereka alami semasa kanak-kanak akan memberikan dampak apabila mereka dewasa ( Lewis dan Brooks-Gunn, 1979).
Sebagai contoh, kadangkala seorang kanak-kanak mempunyai konsep kendiri yang lemah jika ibubapanya tidak memberikan galakan yang sewajarnya kepada mereka ataupun keterlaluan memekik kepada kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan. Selain itu, konsep kendiri kanak-kanak juga boleh terganggu semasa berada di dalam kelas. Guru yang mengajar mugkin menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa tidak selesa ataupun terdapat perbuatan buliyang berlaku dalam kalangan mereka melalui perkataan-perkataan yang menyakitkan hati kanak-kanak tersebut.
Bagi sesetengah kanak-kanak pula, mereka boleh cenderung menanggap kelas yang mereka hadiri di sekolah sangat susah sehingga mereka berfikir bahawa hal ini akan menyebabkan mereka tidak mampu mendapatkan gred yang baik dalam persekolahannya. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa rendah diri dan hal ini secara langsung mengganggu atau menggugat konsep kendiri mereka.
2.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak.
2.1 Keluarga (Ibu bapa)
Banyak kajian tentang konsep kendiri telah dibuat dengan menggunakan zxdsxz pelbagai alat kajian. Ramai pengkaji yang berusaha mengenal pasti faktor-faktor yang memepengaruhi konsep kendiri seseorang . Mengikut Samuel (1982) dan Schwartz (1982), konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang tinggi konsep kendirinya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang rendah konsep kendirinya. Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk harga diri ( self-estim ) kanak-kanak. Self-estim adalah kunci yang sangat penting untuk mereka berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanak-kanak yang mampu melakukan / berkebolehan memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus emosi yang positif & negatif dan juga boleh menawakan bantuan kepada orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya kanak-kanak merasakan diri tidak disayangi dan tidak diingini, merendah diri terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang baru. Kanak-kanakyang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah keranamendapat sokonganyang berkurangan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa tidak mengambil tahu dan mengambil berat tentang pelajaran mereka. Penghargaan kendiri kanak-kanak berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif.Kanak-kanak merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Manakala anak lelaki selalu menjadikan ayah sebagai idola mereka.
2.2 Pengaruh sosio budaya
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosiolisasi atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Dapat dikaji melalui beberapa aspek sosiolisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifaksi,aktiviti bermain, perkembangan kongnisi sosial ,persahabatan dan pembahagian antara rakan sebaya. Sepanjang proses sosialisasi sosial mereka. Kanak-kanak mempelajari tradisi, kerpercayaan, nilai dan cadangan yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan sosiol yang diamalkan oleh kumpulan social. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal merentasi pelbagai kaum etnik dan budaya.
2.3 Masyarakat sekeliling ( Persahabatan )
Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya. Kanak-kanak meniru orang yang sebaya dan lebih tua daripadanya. Mereka akan meniru tingkah laku yang positif ataupun negative. Sebaliknya mendapat sahabat yang baik maka kanak-kanak akan belajar berdikari lebih pandai berinteraksi dengan orang lain. Sebaliknya, mungkin dipelajari ialah tingkah laku agresif, tamak, tidak menghormati orang tua dan lain-lain. Litman dan Bricker(1967)telah menjalankan kajian tentang pengaruh sahabat terhadap tingkah laku langsung kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 5 tahun. Mereka mendapati kanak-kanak yang sering dibuli sering memberi peneguhan contoh kepada si pembuli itu.
2.4 Pengamatan diri sendiri
Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang diri mereka atau “Kendiri-saya ”. (Harter,1988). Apabila konsep kendiri ini semakin berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan ,sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang lain. Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri kanak- kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada aspek ini ialah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan. Misalnya,mereka melihat diri mereka tidak hanya sebagai seorang yang pintar atau sebaliknya, tetapi dengan membandingkan kebolehan diri sendiri dengan orang lain. (Ruble & Dwek, 1995; Ruble & Fluet, 1988 ; Pomerantz et al., 1955). Para penyelidikan telah membuat kajian pada kanak-kanak untuk mendapatkan 20 jawapan daripada soalan tentang “Siapa saya ? ” di kalangan kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 18 tahun (Nottlelmann, 1987 ; Zimmerman et al, 1997. Kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak yang termuda (9 tahun) menghuraikan diri mereka seperti contoh yang berikut : Nama saya Harun. Mata saya berwarna coklat.Rambut saya berwarna hitam. Saya berumur 9 tahun. Saya sukan bersukan. Saya ada sembilan orang adik beradik…Kenyataan mereka berbeza dengan kenyataan yang diberi oleh kanak-kanak yang berumur 11 tahun yang menggambarkan dirinya lebih terperinci : Nama saya Suria. Saya adalah orang biasa. Saya seorang perempuan. Saya boleh dipercayai. Saya tidak begitu cantik Saya lebih tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sama usia. Saya adalah perenang yang baik…Mereka bukan hanya menggambarkan dirinya secara luaran sahaja tetapi juga mennghuraikan sikapnya, kebolehannya, jantinanya, sifatnya dan lain-lain lagi.
2.5 Baka
Faktor baka berkaitan rapat dan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.Menurut ahli sosiologi, faktor warisan secara biologi yang merangkumi faktor biologi dan genetic merupakan faktor yang amat berkait dengan perkembangan konsep kendiri.Kanak-kanak akan mewarisi gen dari ibu bapa.Dengan itu,pewarisan seperti emosi,keberanian ,jujuran dan sebagainya yang berkaitan akan membentuk peribadi kanak-kanak.Secara lansung,ianya mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak.
3.0 Beberapa kaedah dan cara-cara mengatasi masalah konsep kendiri.
  
3.1 Berikut merupakan beberapa saranan kepada para ibubapa dan mereka yang terlibat dengan kanak-kanak contohnya guru tadika dan pengasuh dalam proses pembentukan konsep kendiri kanak-kanak.
3.2 Menjaga percakapan semasa bercakap. Kanak-kanak amat sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh ibubapa mereka. Sentiasa ingat bahawa sangat perlu memberi pujian bukan sahaja atas hasil kerjanya malah dalam aspek usaha yang dilakukannya. Contohnya, kalau anak tidak berjaya dipilih dalam pasukan bola sepak, ibubapa perlu memeberitahu anaknya bahawa ‘ kami bangga dengan usaha yang kamu lakukan dalam pasukan bola sepak.’
3.3 Menjadi contoh kepada kanak-kanak. Jika anda secara melampau keras pada kanak-kanak, pesimistik, atau tidak realistik tentang keupayaan ibubapa atau oang dewasa dan had-had, anak mungkin akhirnya mencerminkan ibubapa khususnya. Memupuk harga diri anda sendiri, dan anak anda akan mempunyai satu model yang baik.
3.4 Mengenal pasti dan mengalihkan kepercayaan kanak-kanak yang tidak tepat. Penting untuk ibubapa mengenal pasti kepercayaan kanak-kanak tentang diri mereka, sama ada tentang kesempurnaan mereka, daya tarikan, keupayaan, atau hal yang lain. Membantu kanak-kanak menyediakan piawaian yang lebih tepat supaya mereka menjadi lebih realistik dalam menilai diri mereka selain membantu mereka membina satu konsep diri yang sihat. Persepsi yang tidak tepat tentang diri boleh berakar dan menjadi kenyataan bagi kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang begitu baik di sekolah tetapi bermasalah dengan subjek matematik mungkin berkata, "Saya tidak boleh melakukan subjek matematik. Saya seorang pelajar bodoh." Hal ini bukan sahaja merupakan satu pengitlakan palsu, malah juga merupakan satu kepercayaan yang akan menyediakan kanak-kanak itu kearah untuk kegagalan. Kanak-kanak perlu diberikan galakkan dalam situasi seperti ini. Satu pujukan mungkin berguna kepada mereka: "Anda seorang pelajar yang baik. Anda melakukan banyak perkara dengan baik di sekolah. Matematik hanya satu perkara yang anda kena belajar lebih masa. Kita akan sama-sama melakukannya.
3.5 Membantu kanak-kanak membuat pengelibatanyang positif. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kerjasama dalam pertandingan terutamanya adalah berguna dalam memelihara harga diri. Sebagai contoh, program-program membimbing.Program ini akan melibatkan kanak-kanakyanglebih tua membantu salah seorang kanak-kanak yang lebih muda untuk belajar membaca. Kerjasama secara langsung akan dapat dipupuk antara kedua-dua orang kanak-kanak tersebut.
3.6 Mewujudkan sebuah suasana rumah yang penyayang dan pengasih. Kanak-kanak yang merasa tidak selamat ataurasa dianiayai semasa berada di rumah akan menderita lebih teruk berbanding dengan mereka yang rendah diri. Seorang kanak-kanak yang telah berusaha untuk menarik perhatian ibu bapa dan berusaha berulang kali untuk membolehkan dirinya disayangi mungkin menjadi sedih dan akhirnya berputus asa. Selain itu, mereka juga akan tertunggu-tunggu bentuk atau tanda-tanda penderaan terhadap orang lain, masalah-masalah di sekolah, bermasalah dengan rakan sebaya, dan faktor-faktor lain yang mungkin menjejaskan harga diri kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, adalah penting untuk sentiasa beringat keperluan untuk menghormati kanak-kanak.
3.7 Memberi reaksi yang positif dan maklum balas yang tepat. Ungkapan-ungkapan seperti "Kamu hanya memikirkan diri kamu sendiri apabila kamu marah kepada kepadaoang lain!" akan membuatkan kanak-kanak rasa tidak terkawal semasa mereka sedang marah. Satu ayat atau teguran yang lebih baik ialah "Walaupun kamu memang benar-benar marah terhadap abang kamu, . tetapi saya sangat suka jika kamu tidak menengking atau memukulnya." Hal seperti ini akan meredakan perasaan seorang kanak-kanak, dengan memberi pilihan tindakan kepada mereka akan menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk membuat pilihan tepat ataupun yang paling hampir dan sesuai.
3.8 Menjadi spontan dan penyayang. Kasih sayang ibubapa dan orang dewasa akan banyak berfungsi untuk membentuk dan membantu meningkatkan harga diri seorang kanak-kanak. Berilah pelukan dan beritahu kanak-kanak bahawa anda bangga mereka. Contohnya, menyertakan satu nota dalam kotak makanan tengahari anak-anak contohnya, "Saya rasa anda hebat!" Memberi pujian sesering yang mungkin dengan jujur, dan tidak membesar-besarkan. Hal ini keranakanak-kanak juga boleh mengetahui samada sesuatu itu ikhlas ataupun tidak.
4.0 Kesan-kesan positif dan negatif konsep kendiri.
4.1 Setiap kanak-kanak mempunyai konsep kendiri mereka yang tersendiri. Konsep kendiri ini tidak dapat diukur dengan seva=barang bentuk piawaian tetapi boleh dilihat dengan jelas dalam diri seseorang kanak-kanak. Hal ini adalah keadaan yang disebut sebagai kesan konsep kendiri sama ada konsep positif ataupun konsep negatif. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Kanak-kanak golongan ini akan berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya pada masa hadapan. Pelajar juga melihat diri mereka sebagai orang yang
berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.
4.2 Kelebihan konsep kendiri tinggi atau positif ini termasuklah dapat menilai diri mereka dengan positif dan percaya bahawa mereka lebih cekap atau berkebolehan; bertindak dengan positif; memikul tanggungjawab; menahan perasaan kekecewaan dengan baik; rasa dapat mempengaruhi persekitaran; berasa bangga dengan perlakuan sendiri; pencapaian gred yang tinggi; lebih bersedia menerima risiko; menerima diri dengan lebih positif; menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan & kelemahan diri.
4.3 Kesan negatif konsep kendiri ataupun penghargaan kendiri yang rendah dan negatif pula memperlihatkan beberapa ciri seperti mereka cenderung untuk merasa bersalah, takut kepada kegagalan, sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati, mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah,tidak gemar kerja yang mencabar, kurang keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan yang lebih mencabar, kurang berminat untuk mendapatkan maklumbalas dan melihat diri sebagai orang yang kurang menarik dari segi personaliti.
4.4 Kesan konsep kendiri yang rendah dalam seseorang kanak dapat dilihat dengan jelas. Kanak-kanak seperti ini akan mudah cenderung berkelakuan seperti mudah rasa kecewa, sering menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri, mengelak situasi yang sukar, terdapat juga kajian yang mengtakan bahawa gangguan dalam pemakanan mempunyai signifikan dengan konsep kendiri yang rendah dan mudah mengikut orang lain ataupun mudah terpengaruh dan dipengaruhi.
4.5 Hubungan antara konsep kendiri dan penghargaan kendiri dengan ibu bapa boleh diklasifikasikan dalam banyak aspek. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi selalunya mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa sentiasa mengambil tahu dan mengambil berat tentang pelajaran mereka. Kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa juga akan bertumbuh sebagai sebagai seorang anak yang mempunyai penghargaan kendiri tinggi.
4.6 Selain itu terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-dimensi tingkah laku menyokong ibu bapa (seperti kemesraan fizikal, sikap menyokong, keakraban, hubungan yang berkekalan) dengan penghargaan kendiri seseorang kanak-kanak. Penghargaan kendiri mereka juga berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif. Minat, galakan dan sokongan ibu bapa terhadap anak merupakan penentu penting bagi penghargaan kendiri mereka. Semakin remaja merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Anak perempuan lebih bergantung kepada ibu bapa dalam mengukuhkan penghargaan kendiri.
5.0 Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak.
5.1 MELAKAR POTRET SENDIRI
Menggunakan satu buah cermin kecil, biakan pelajar melakar gambar rupa mereka sendiri. Para pelajar boleh menggunakan pensel ataupun pensel warna. Lukisan yang dihasilkan tidak perlu tepat, namun perlu menggambarkan pelajar tersebut. Lakaran-lakaran ini perlu dijurnalkan. Satu variasi pilihan adalah dengan membahagikan bentuk muka pusat yang membujur yang dibahagi dua. Separuh daripada muka dilukis satu gambaran bagaimana pelajar itu melihat dirinya sendiri, dan yang lain adalah bagaimana beliau berfikir orang lain melihat dirinya. Hal ini disertai dengan catatan jurnal yang dilakukan yang menggambarkan bagaimana pelajar itu melihat dirinya lawan bagaimana pelajar lain melihat dirinya.
5.2 EN SQUEAKER: “ANDA YANG TIDAK DISAKITI" PAKAR 
Konsep Pembelajaran:
Interaksidengan dan sokongan emosi daripada sebuah boneka
Umur sesuai:
Lencongan 1-6 tahun
Masa:
Berbeza-beza; selagi diperlukan sebelum dan sepanjang proses rawatan
Objektif
Kanak-kanak akan:
- Mempunyai seorang rakan "sakti" yang beliau boleh bercakap dan mendapatkan sokongan emosi.
- Tumpuan adalah pada boneka dan elakkan daripada kayu jarum sepanjang seduhan tersebut.
Keperluan:
- Seorang kanak-kanak, berpakaian boneka seperti binatang yang mungkin dianimasikan oleh satu anggota kakitangan atau ibu bapa mereka.
Arahan:
Persediaan Tambahan Guru:
1. Beli boneka tangan seperti binatang yang bersaiz besarboneka. Beri satu nama setiap satunya. ( cth: monyet dan satu lagi dinamakan Mr Squeaker).
2. Minta jabatan sumber manusia anda untuk memberinya lencana pekerja dia yang sendiri. Beliau akan bekerja untuk anda, akhirnya!
3. Letakkan boneka pada tangan anda dan amalan berlatih menggunakannya di hadapan cermin. Cuba lakukan pelbagai corak pergerakan mengikut kreativiti anda sendiri selain itu anda juga perlu berlatih menggunakan pelbagai suara.
4. Berlatih menggunakan / menggerakkan boneka tersebut dengan bercakap dengan teman-teman sekerja anda, berceritalah tentang apapun dan fikirkan apa yang akan anda persembahkan.
Dengan Kanak-kanak:
1. Sebelum anda masuk kedalam bilik darjah mereka, pakai boneka tersebut dan intai bilik darja mereka menggunakan boneka tersebut sambil berkata "helo."
2. Kemudian masuk ke dalam bilik darjah sambil bercakap dengan boneka tersebut untuk menarik perhatian kanak-kanak dan ibubapa yang ada dalam perbualan.
3. Jika kanak-kanak tersebut takut kepada boneka, sama ada anda menanggalkannya segera dan menggantikan dengan sesuatu yang lain atau duduk dan tanggal dan jauhkan boneka tersebut,tetapi tetap masih dapat dilihat oleh kanak-kanak itu, dan berbual dengan boneka tersebut tentang perkara yang menarik dalam bilik itu. Mempunyai boneka menyatakan kebimbangan si kanak-kanak.
Panduan bagi Mr. Squeaker..
Panduan:
§ Elakkan daripada bersikap terlalu kaku dengan perlakuan anda mengikut keselesaan anda, tingkatkan daya imaginasi dan kreativiti anda untuk mengubah suara dan pergerakan untuk menjadi boneka.
§ Buat suara dan personaliti boneka berbeza daripada suara dan personaliti anda.
§ Anda tidak perlu "berteriak" untuk membolehkan anda berkata-kata sebagai boneka. Tumpuan kanak-kanak akan tertumpu pada boneka tersebut dan menjawab atau bercakap dengannya secara spontan.
§ Kanak-kanak boleh berpegang tangan dengan boneka semasa. Semasa berpegangan tangan dengan boneka, anak-anak menemui bahawa “Mereka tidak akan terluka" kerana mereka mempunyai seorang kawan yang mereka boleh berkongsi isihati dan pendapat mereka.
§ Boneka juga boleh menunjukkan cara empati kepada kanak-kanak dengan menunjukkan tidakan terhadap seorang kanak-kanak lain yyang mengalami pendarahan. Kadangkala, “rawatan" boneka lebih berkesan dan afdal.
§ Kaedah boneka disesuaikan sebagai skim rawatan yang baik, seperti yang dapat dilihat oleh kanak-kanak, didengar, dan dapat berpegangan tangan dengan dia.
§ Lebih banyak anda menggunakan boneka anda dan melihat sambutan yang baik daripada para pelajar, anda akan menjadi lebih selesa.
5.2 “APA YANG HILANG?”

Konsep Pembelajaran : Penyahpekaan (bekalan perubatan)
Umur: Tiga tahun hingga lapan tahun
Masa: 5 atau lebih.
Objektif:
Kanak-kanak akan:
§ Menjadi lebih biasa dan akan mambantu mereka mungurangi rasa takut dengan ubat-ubatan selain cara-cara menggunkan ubat tersebut.
§ Tandakan bahan-bahan ubat dengan nama yang jelas.
Bahan-bahan:
§ Talam
§ Selimut kecil
§ Bahan-bahan perubatan (cth: Picagari, stettoskop, penukul refleks, kapas, kain kasa dsb.) letakkan semuanya di atas talam.
Arahan:
1. Namakan dan bincangkan kegunaan dan car penggunaan setiap objek tersebut dengan kanak-kanak.
2. Tutup semua objek tersebut dengan selimut kecil tadi.
3. minta semua kanak-kanak untuk menutup mata mereka.
4. Ambil salah satu objek daripada talam tersebut dan sembunyikan.Buka selimut yang menutumi objek perubatan itu.
5. Minta kanak-kanka membuka mata mereka dan minta mereka teka apakah alat atau objek yang hilanh atau tidak ada.
Panduan:
§ Nyanyikan sebuah lagu ketika kanak-kanak sedang menutup mata. Contohnya, “ Apakah yang hilang?” dan “Cuba teka”
§ Jadikan aktiviti menjadi lebih sukar, buka lebih daripada satu objek setiap kali.
§ Selepas kanak-kanak sudah biasa dan kenal dengan permainan ini, biarkan kanak-kanak bermain dengan objek-objek perubatan tersebut dan selimut tadi dengan cara mereka sendiri.
§ Permainan ini boleh juga dilakukan dalam bidang lain selain bidang atau sesi perubatan.
Rumusan
Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Dalam hal ini semakin banyak seseorang bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa manusia itu memang mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Dengan ini adalah penting untuk seseorang memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri perlu terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.
Bibliografi
Byrne, B. (1990). Self-concept and academic achievement: Investigating their importance as discriminators of academic track membership in high school. Canadian Journal of Education, 15(2), 173-182.
David M. Newman ( 1995 ), Sosiology:Exploring the Architecture of Everyday Life, United States Of America.
Gage, N., & Berliner, D. (1992). Educational psychology (5th ed.). Boston: Houghton Mifflin.
Grace J. Craig (1996), Human Development, United States of America.
November 2008)
http://www.thereforyou.com/caregivers/resources/education-materials/management.html

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91