Followers

Thursday, December 29, 2011

8.0 PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK MELALUI PROGRAM PENDIDIKAN JASMANI


 Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik, memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Terdapat berbagai jenis pendapat dan teori berkenaan pendidikan jasmani ini. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976) pula menyatakan bahawa pendidikan jasmani ini merupakan  satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) pula berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
Konsep ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot. Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. Pendidikan fizikal merupakan aspek yang dititikberatkan dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti gimnastik dan kekuatan adalah penting  kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit kronik . Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkan  kesihatan yang baik sehingga dewasa.

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91