Followers

Thursday, December 29, 2011

4.0 JENIS-JENIS GIMNASTIK



Gimnastik Moden, seperti yang dikawal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa menggabungkan enam jenis gimnastik yang berbeza iaitu;
* Gimnastik artistik
* Gimnastik berirama
* Sukan aerobik
* Sukan akrobatik
* Trampolin dan Tumbling
* Gimnastik Umum
4.1       Gimnastik artistik
Gimnastik artistik terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori perempuan dan kategori lelaki. Kedua-dua kategori ini pula terbagai kepada beberapa sub yang tersendiri. Gimnastik artistik kategori lelaki terdiri daripada enam acara iaitu  Senam Lantai (Floor Exercise), Kekuda Berpelana (Pommel Horse),Gelang  (Rings),  Melombol (Vault), Palang Sejajar (Parallel Bars), dan Palang Tunggal (Horizontal  Bar), sementara bagi wanita pula terdapat empat acara; Melombol (Vault), Palang bertingkat (Uneven Bars), Batang Titian (Balance Beam), dan Senam Lantai (Floor Exercise)
4.1.1   Gimnastik Artistik Lelaki
4.1.1.1            Senam Lantai ( Floor Excercise)
Peserta lelaki juga turut menggunakan 12m x 12m permaidani. Suatu siri “tumbling’’ perlu dipersembahkan terlebih dahulu sebagai demonstrasi keseimbangan , kekuatan dan fleksibeliti seseorang peserta. Peserta juga harus mempersembahkan pelbagai kemahiran, termasuk bulatan, skala, dan berdiri dengan tangan. Rutin senam lantai bagi lelaki selalunya perlu melakukan empat senaman yang perlu diselesaikan dalanm jangka waktu 60 hingga 70 saat. Persembahan juga di lakukan tanpa muzik berbeza dengan persembahan wanita. Peserta juga mesti menyentuh setiap sudut lantai sekurang-kurangnya sekali semasa melakukan rutin mereka.
4.1.1.2            Kekuda Berpelana ( Pommel Horse)
Senaman kekuda berpelana melibatkan penggunaan sebelah kaki dan kedua-dua belah kaki. Kemahiran menggunakan sebelah kaki secara amnya kelihatan seperti bentuk gunting ataupun secara menyilang diatas kekuda. Penggunaan kedua-dua belah kaki pula merupakan acara utama bagi acara ini. Peserta perlu menhayunkan keduda-dua kakinya sama ada dengan mengikut pusingan arah jam ataupun sebaliknya mengikut kesesuaian masing-masing. Dan terdapat banyak lagi pergerakan lain.
4.1.1.3            Gelang (Rings)
Acara ini banyak bergantung kepada kemampuan fizikal untuk dilakukan.Gelang digantung dengan wayar kabel selaras dengan ketinggian ahli gimnastik. Acara ini memerlukan ahli gimnastik bergayut pada gelang-gelang yang di sediakan dan membuat pergerakan seperti menghayunkan tubuh, berputar beberapa kali, berdiri dengan sokongan tangan diatas gelang sebelum mendarat.
4.1.1.4            Melombol (Vault)
Acara ini memmerlukan ahli gimnastik berlari pada landasan dengan kepanjangan maksimum adalah 25 meter sebelum melompat  pagar ke atas papan anjal dan mendarat dengan memastikan kedua-dua belah kaki. Pergerakan ‘kuang-kuang” boleh dilakukan sebelum mendarat mengikut kemampuan ahli gimnastik.
4.1.1.5            Palang Sejajar ( Parralel Bars)
Dilakukan diatas sepasang palang yang sejajar dan memerlukan kekuatan bahu untuk dilakukan. Satu siri berhayun dilakukan berkali-kali dan kekuatan yang selaras diperlukan.
4.1.1.6            Palang Tunggal ( Horizontal Bar / High Bar)
Sebatang besi (steel) dengar ukur lilir 2.4 cm digunakan sebagai palang. Peserta atau ahli gimnastik akan bergayut pada palang tersebut dan melakukan pergerakan-pergerakan seperti berputar melalui palang, kemahiran melepaskan pegangan, putaran, dan menukar arah putaran.


4.1.2   Gimnastik Artistik Wanita
4.1.2.1            Melombol ( Vault )
Seperti Acara melombol lelaki , acara melombol wanita juga memerlukan wanita berlari diatas landasan dengan maksimum jarak 25 meter. Kemudian melompat keatas beatboard(sejenis papan anjal) dengan tangan kemudian mendarat. Aksi berputar boleh dilakukan sebelum ahli gimnas mendarat.
4.1.2.2            Palang bertingkat ( Uneven Bars)
Palang bertingkat memerlukan (juga dikenali sebagai palang asymmetric, UK), gimnas mengemudi dua palang melintang yang ditentukan pada ketinggian yang berbeza. Kelebaran dan ketinggian boleh dilaraskan. Gimnas melakukan ayunan, bulatan (circling), peralihan, dan membebaskan pergerakan, samaada dengan melangkau, di bawah, dan antara dua palang. Pergerakan mungkin melalui handstand. Gimnas selalunya menggunakan beatboard (papan anjal) untuk naik ke atas palang.
4.1.2.3            Batang titian ( Balance Beam)
Gimnas perlu melakukan tarian yang direka (choreographed) dalam tempoh 60 ke 80 saat yang mengandungi lompatan, kemahiran akrobatik, somersaults, putaran dan tarian pada satu batang lompatan berpadu. Acara ini memerlukan kestabilan, kelenturan dan kekuatan.
4.1.2.4            Senam Lantai (Floor Excercise)
Acara lantai diadakan pada 12m × 12m segi empat berpermaidani, biasanya terdiri foam keras di atas lapisan papan lapis, yang disokong oleh spring atau blok foam dipanggil umumnya lantai "lompatan" (spring floor) yang lebih lembut daripada lantai biasa. Gimnas wanita melakukan senaman koreografi selama 70 ke 90 saat. Peserta wanita boleh memilih iringan muzik tanya vokal.
4.2       Gimnastik berirama (Rhytmics Gymnastics)
Gimnastik berirama hanya dipersembahkan  oleh wanita (walau bagaimanapun terdapat versi baru acara ini untuk lelaki dipelopori oleh Jepun). Acara ini melibatkan prestasi lima pergerakan wajib berasingan dengan penggunaan lima jenis peralatan seperti bola, reben, gelung, belantan, tali di kawasan lantai, dengan keindahan yang lebih hebat berbanding akrobatik. Markah-markah pergerakan merangkumi 20 markah penuh, yang dinilai berdasarkan Artistry (koreografi dan muzik) dan Kesempurnaan (Execution).
4.3       Trampolin dan Tumbling
Trampolin dan tumbling terdiri daripada empat acara iaitu, individu, berirama, double mini dan power tumbling. Sejak 2000 tahun yang lalu,  trampolin individu telah termasuk sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik. Pergerakan-pergerakan  individu melibatkan gimnas perlu melompat berulang kali untuk mencapai ketinggian yang berbeza dan semakin meningkat, diikuti oleh sepuluh siri lompatan tanpa berhenti yang menuntut gimnas turut mempersembahkan  kemahiran udara (aerial skills).
4.4       Gimnastik Umum ( Display Gymnastics)
Sekumpulan ahli Gimnastik yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur  dengan pelbagai keupayaan yang dianggotai 6 sehingga lebih 150 atlet. Mereka mempersembahkan rutin-rutin berirama, menari. Kumpulan tersebut boleh terdiri daripada jantina yang sama ataupun bercampur. Pameran gimnastik umum terbesar adalah empat tahun sekali yang mula diadakan pada 1939.
4.5       Gimnastik Aerobik (Aerobic Gymnastics)
Gimnastik aerobik (dahulu Sukan Senamrobik) melibatkan acara atau persembahan yang dianggotai oleh individu, pasangan, trio atau kumpulan sehingga 6 orang menitikberatkan kekuatan dan kelenturan. Rutin dipersembahkan di sesuatu kawasan lantai kecil dan biasanya selama 60-90 saat.
4.5       Gimnastik Akrobatik (Acrobatik Gymnastics)
Gimnastik Akrobatik pada awalnya dikenali sebagai Sukan Akrobatik, merujuk kepada perkataan “akro” yang secara ringkasnya boleh di lakukan oleh perempuan dan lelaki. Gimnastik jenis ini boleh dilakukan sama ada berpasangan, trio ataupun sekumpulan empat orang dalam sekali persembahan. Gimnas akan mempersembahkan pergerakan rutin seperti pergerakan kepala, tangan, dan kaki.mereka juga boleh memilih iringan muzik tanpa lirik.

1 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91