Followers

About Me

My Photo

Panda Montel is my Blog. I am just change the name of it since i found one of my follower were using the exactly blogs name. so now its was Pandamontel. do visit and hit if u free

Thursday, December 29, 2011

Pic Dan Vokal Kanak-kanak

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, PERAK
KURSUS: APRESIASI MUZIK DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KOD KUSUS: KAE 1023

Berdasarkan jurnal penyelidikan dalam pendidikan awal kanak-kanak yang dilakukan oleh Jinyoung Kim di Kolej Staten Island, City University of New York, yang membincangkan mengenai Kesesuaian pic, julat nada, dan kesesuaian penggunaan nada untuk kanak-kanak, beliau menyatakan bahawa muzik sering dianggap sebagai salah satu daripada komponen kurikulum yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Walau bagaimanapun, para penyelidik dalam bidang ini menyatakan bahawa kajian tentang perkembangan muzikal kanak-kanak tidak dapat di evaluasi seperti pelbagai kajian-kajian lain yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini disebabkan hasil yang dikemukakan oleh beberapa orangpenyelidik yang menyatakan bahawa muzik tidak mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak.
Artikel ini akan mengenalpasti mengenai penetelitian dalam penyesuaian pic dan lingkungan vokal yang boleh digunakan. Hal ini demikian berikutan kedudukan bidanag ini sebagai salah satu bidang atau satu aspek yang penting dalam perkembangan muzik memandangkan aktiviti menyanyi merupakan salah satu aktiviti rutin yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Sebagai contoh, ketika kanak-kanak mengeluarkan bunyi mirip siren, kadangkala suara mereka akan mempunyai perbezaan nada iaitu nada tinggi dan nada yang lebih rendah yang mereka jarang gunakan semasa menyanyi. Disamping itu, menurut jinyoung lagi, semasa kanak-kanak meniru instrument bunyi daripada radio dan sebagainya, mereka akan selalu menggunakan ton suara yang lebih tinggi daripada ton suara yang mereka selalu gunakan.
Walau bagaimanapun, banyak kajian telah membuktikan bahawa ketepatan penggunaan vokal dan pic bagi kanak-kanak adalah terhad. Sehubungan dengan itu, berdasarkan banyak buku teks “ D diatas C tengah ke A merupakan purata vokal yang biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk menyanyi.
Jinyoung juga telah menyatakan empat jenis pendekatan yang berkaitan dengan kebolehan untuk menghasilkan ketepatan penyesuaian pic dan julat suara dalam artikel kajian ini. Pertama, kesusasteraan dan kajian semula yang memberikan gambaran am tentang hal ini selain untuk menggambarkan perkembangan latihan yang bersesuaian ( Developmentally Appropriate Practice, DAP ) dengan aktiviti menyanyi. Bahagian seterusnya ialah, penyelidikan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pic kanak-kanak. Faktor-faktor tersebut pula terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman seperti jantina dan umur dan juga faktor luaran seperti seorang model, tugasan dan arahan. Bahagian ketiga pula akan membincangkan tentang penemuan yang diperolehi dalam bahagian sebelumnya akan diaplikasikan dalam beberapa tempoh pengajaran yang mendorong perkembangan kanak-kanak dan latihan praktikal para guru yang terlibat dalam bidang ini.
Tahap-tahap perkembangan muzik dalam kalangan kanak-kanak merupakan salah satu bidang kajian yang diketengahkan oleh Jinyoung. Beliau menjurus terus kepada ketepatan penyuaian pic dan lingkungan pnggunaan nada. Pic merujuk kepada ‘ketinggian’ atau ‘kerendahan’ sesuatu bunyi muzik yang dihasilkan. Ketepatan penyesuaian pic boleh diertikan sebagai kebolehan untuk menyesuaikan tinggi rendah sesuatu bunyi muzik. Julat vokal pula merupakan jarak diantara not tertinggi dan not terendah bagi sesuatu suara yang boleh disesuaikan. Pendapat mengatakan bahawa ketepatan penyesuaian pic dan julat nada yang digunakan mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Dengan erti kata lain, kanak-kanak dapat menyesuaikan pic dengan baik walaupun tanpa julat nada yang tepat.
Kajian membuktikan bahawa kebanyakan kanak-kanak prasekolah mempunyai julat suara yang terhad iaitu dari C ke C++ yang mempunyai nilai oktaf yang lebih tinggi daripada C dan hal tersebut merupakan proses perkembangan yang akan membantu dalam proses pekembangan seseorang kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur tiga hingga lima tahun pula, sebuah ujian yang telah yang direka khas untuk menguji kebolehan kanak-kanak dalam bidang nyanyian dengan menyanyikan lagu yang mereka pilih sendiri, menyanyikan lagu yang telahdiajarkan, dan membunyikan atau menghasilkan 20 jenis pic pendek yang terdapat dalam pelbagai corak. Hasil daripada kajian ini mendapati bahwa kanak-kanak yang lebih tua menyanyikan lagu dengan modulasi yang kurang. Maksudnnya, kanak-kanak yang lebih besar mampu menggunakan dan menyesuaikan pic dengan lebih baik. Satu lagi kajian membuktikan bahawa kemampuan kanak-kanak untuk menguasai julat nada yang digunakan semasa menyanyi berkembang seiring dengan pertumbuhan fizikalnya dan juga umur seseorang knaak-kanak tersebut.
Julat keupayaan kanak-kanak menyanyikan sesebuah lagu adalah lebih terhad berbanding dengan julat nada untuk suara mereka secara semulajadi. Hal ini menyebabkan sangat penting bagi seorang guru untuk mengenalpasti had julat tersebut bagi setiap kanak-kanak semasa aktiviti menyanyi diadakan di dalam kelas. Cadangan julat suara yang sesuai ialah antara D dan A di atas C tengah. Ketidakpastian tentang kesesuaian pic bagi kanak-kanak akan menimbulkan masalah dalam aspek pic nyanyian dan masalah suara. Guru juga perlu menyedari kemampuan setiap kanak-kanak untuk melakukan atau menghasilkan pic nyanyian yang diberikan, walaupun dalam kalangan mereka hanya seorang yang tidak mampu melakukannya. Hal yang sering menjadi masalah ialah apabila orang dewasa tidak memulakan pengajaran nyanyian dengan pic yang bersesuaian dengan pic majoriti kanak-kanak tersebut. Terdapat dua kategori faktor yang mempengaruhi hal ini iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor dalaman terdiri daripada umur. Penyesuaian pic kanak-kanak sangat signifikan dan berkait rapat dengan umur mereka. Selain itu, faktor jantina juga berperanan dalam hal ini. Kajian membuktikan bahawa terdapatnya perbezaan diantara seorang kanak-kanak perempuan yang menyanyi dengan seorang kanak-kanak lelaki.
Sementara itu, antara faktor luaran puala ialah persekitaran yang membawa bermaksud, kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran muzik yang pelbagai akan mampu menguasai melodi dengan lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang kurang terdedah. Faktor lain pula ialah, perbuatan mencontohi atau meniru atau dengan iringan. Beberapa kajian menyatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah menguasai pic bagi lagu yang disampaikan oleh penyanyi wanita berbanding lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki. Menyanyi secara bersama-sama dengan iringan instrument muzik juga akan membantu meangsang perkembangan pendidikan kanak-kanak dalam bidang ini. Disamping itu, dikatakan juga bahwa kanak-kanak lebih mudah menyesuaikan diri dengan pic yang tinggi jika mereka meniru corak pic tersebut daripada mereka menyanyikan sesuatu lagu tersebut. Proses pembelajaran juga turut dipengaruhi oleh pemberian arahan. Hal ini akan memudahkan kanak-kanak memilih pic yang tepat dan bersesuaian dengan mereka, hal ini juga lebih mudah merangsang deria kanak-kanak berbanding secara pandang dengar.
Perspektif kematangan tidak dinafikan dapat digunapakai untuk memastikan pic kanak-kanak, walaubagaimanapun,tahap-tahap perkembangan kanak-kanak dan bentuk latihan yang bersesuaian perlu juga dititiberatkan untuk memastikan perkembangan mereka seimbang. Semasa menyanyikan seseuatu lagu, kanak-kanak lebih perlu untuk mendengar dan memberikan respon dengan cepat untuk membolehkan mereka menguasai corak sesebuah lagu berbanding dengan pengawasan atau kawalan yang dikenakan.
Belajar untuk menggunakan nada yang tinggi, mempelbagaikan nada tinggi dengan kontur yang sesuai semasa mengikuti atau meniru sesebuah lagu akan membantu kanak-kanak mempertingkatkan kemampuan mereka dalam bidang nyanyian. Perkembangan kanak-kanak dalam bidang ini juga boleh dirangsang dalam beberapa tahap iaitu; umur 0 hingga 3 bulan kanak-kanak diperdengarkan lagu; umur 3 bulan hingga setahun 6 bulan kanak-kanak akan didedahkan dengan peniruan suara; umur setahun 6 bulan hingga 3 tahun, kanak-kanak akan didedahkan dengan pentaksiran sesuatu nyanyian; umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak akan didedahkan pula dengan bidang nyanyian dengan had tertentu; umur 4 tahun ke atas pula akan didedahkan dengan prospek nyanyian yang lebih luas.
Tahap perkembangan kanak-kanak tidak bersifat statik tetapi lebih kepada dinamik. Zon perkembangan hampir ( zone of proximal development, zpd) merujuk kepada perkara yang belum matang sepenuhnya yang boleh dibantu oleh beberapa orang dewasa yang cekap dan teliti. Zpd dapat membantu menerangkan tentang perzaan diantara nada semulajadi kanak-kanak dengan nada nyanyian. Walupun seorang guru yang mengajar kanak-kanak tersebut lebih cekap, namun guru hanya mampu membantu apabila fokus yang diberikan bersesuaian disamping pelbagai rangsangan lain yang mungkin membantu. Kebolehan menyesuaikan nadapenting perlu difahami sebagai salah satu komponen yang bernilai dalam sosio budaya masyarakat.
Beberapa kajian yang perlu antaranya ialah, sebutan spontan kanak-kanak terhadap muzik perlu dipelajari bagi membolehkan huraian mengenai julat nada, tahap kompleksiti, dan modulasi ton. Penyesuaian pic kanak-kanak dan julat nada boleh dipelajari dalam perkataan yang terdapat dalam pelbagai lagu kanak-kanak.memori ton kanka-kanak perlu difahami untuk membolehkan gambaran sejauh mana sesebuah lagu tersebut memberikan masalah. Seterusnya, ialah kajian tentang kesan terhadap arahan yang diterima oleh kanak-kanak. Selain itu, kesan interaksi yang trdapat dalam faktor-faktor yang mempengaruhi juga perlu dikaji.
Artikel tersebut banyak berbicara tentang julat nada, pic yang berseuaian dan kaedah praktis yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pemebalajaran dalam bidang nyanyian dalam kalangan peringkat awal kanak-kanak.

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91