Followers

Thursday, December 29, 2011

9.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI



Terdapat beberapa kepentingan ataupun kebaikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak. Antara salah satunya adalah ia dapat mengembangkan perkembangan motor kasar dan motor halus mereka. Perkembangan kedua-dua motor ini sangatlah penting kepada pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama.
Oleh itu, penguasaan kemahiran motor sama ada halus atau kasar ini sangat penting amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. Menurut Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan 2003, pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinan dan personaliti yang positif. Pendidikan fizikal merupakan sebahagian daripada proses pendidikan adalah bidang yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal, intelektual, sosial dan emosi yang berlaku melalui pengalaman aktiviti fizikal dalam pelbagai keadaan (Doherty dan Brennan, 2008).
Selain itu juga, pendidikan jasmani ini juga merupakan salah satu cara untuk mencabar daya pemikiran kanak-kanak dengan adanya sesuatu pertandingan dan sebagainya. Kanak-kanak atau murid juga dapat bertindak dan menyelesaikan masalah dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan mereka dan bertimbang rasa. Melalui pendidikan jasmani mereka akan dikehandaki membuat beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua. Jadi, disinilah akan membentuk motivasi dan sifat kepimpinan kepada pelajar tersebut apabila membimbing sesebuah kumpulan dengan jayanya.
Pendidikan jasmani untuk pelajar sekolah menfokuskan kepada latihan pergerakan, permainan dan sukan serta latihan kemahiran asas. Melalui latihan pergerakan, kanak-kanak dapat memberikan pengalaman dalam pergerakan dan membina jasmani dengan cara koordiasi otot dan kelembutan badan. Pada peringkat kanak-kanak, mereka sememangnya aktif dan permainan merupakan satu kaedah dalam membantu dalam perkembangan. Permainan merupakan salah satu medium di sekolah rendah mahupun Pra-sekolah. Para guru boleh menyediakan variasi aktiviti permainan seperti permainan bola, berlari dan sebagainya. Aspek-aspek yang ditekankan aktiviti permainan ini adalah perkembangan otot terutama otot kecil yang belum sempurna. Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.
Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten  di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.
John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. Melalui latihan dan kemahiran asas pula ia dapat membantu kanak-kanak membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan. Selain itu, ia dapat memperbaiki penyelarasan daya otot saraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam penggunann alatan.
Dalam latihan pergerakan pula, terdapat dua aspek yang bersangkutan iaitu gimnastik pergerakan dan pergerakan kreatif. Latihan pergerakan merupakan salah satu cara bagi mengenali tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai pergerakan. Dengan ini mereka dapat memperoleh pemahaman tentang keadaan fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Melalui kedua-dua kaedah ini mereka bebas melakukan pergerakan yang tertentu dan perasaan malu tidak terlalu nyata dalam diri mereka. Dalam pendidikan gimnastik, ia menekankan pergerakan yang objektif iaitu dengan kata lain sesuatu pergerakan itu dilakukan dengan tujuan tertentu.
Dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kank untuk meninjau cara tubuh badan dan bahagia-bahagiannya yang dapat menghasilkan sesuatu pergerakan yang dikehendaki untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi contohnya dengan mengguling-gulingkan badan dan mengatasi rintangan dengan berbagai cara. Mengenai pergerakan kreatif pula ia merupakan pergerakan berekspresi (expressive movement) iaitu perasaan seseorang dilahirkan melalui pergerakan. Dengan adanya pergerakan ini, ia dapat memberikan peluang bagaimana tubuh badan dan pergerakan digunakan sebagai perantaraan untuk melahirkan idea-idea dan perasaan yang hendak ditunjukkan. Pergerakan jenis ini dirangsang dengan menggunakan muzik iaitu dengan alatan muzik atau dengan hanya tepukan tangan.

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91