Followers

Thursday, December 29, 2011

6.0 ALATAN GIMNASTIK YANG SESUAI DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK PRA-SEKOLAH


6.0       ALATAN GIMNASTIK YANG SESUAI DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK PRA-SEKOLAH
Seiring dengan kemodenan dunia,  terdapat pelbagai peralatan gimnastik boleh didapati  di pasaran. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis peralatan yang dihasilkan sesuai digunakan terutamanya bagi kanak-kanak prasekolah.
Sukan gimnastik bagi kanak-kanak prasekolah sebenarnya banyak dipraktikkan dalam pendidikan jasmani. Antara jenis –jenis peralatan yang sesuai digunakan bagi kanak-kanak prasekolah ialah tali, belantan, bola, reben, gelong, oktagon, landing mat dan junior voulting board. Kesemua peralatan ini digunakan oleh ahli gimnastik sebenar ketika mereka menjalankan sukan gimnastik ini. Namun terdapat banyak lagi peralatan lain yang digunakan oleh ahli gimnastik namun kebanyakan alat yang lain tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah disebabkan oleh faktor umur dan bagi menjamin keselamatan mereka.
6.1       Tali
Tali merupakan salah satu alatan yang digunakan dalam sukan gimnastik  artistik dalam aktiviti senaman lantai. Tali hanya dimainkan oleh gimnas perempuan sahaja.Tali sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah dalam melakukan sebarang aktiviti ketika pendidikan jasmani. Hal ini kerana permainan yang menggunakan tali melibatkan banyak penggunaan tangan dan kaki. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan aktiviti seperti menari dengan menggunakan tali. Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan kemahiran motor kasar seperti bahagian kaki, tangan dan kepala. Hal ini kerana aktiviti menari memerlukan seseorang bergerak dalam pelbagai aksi dan arah. Selain menari, aktiviti lain yang menggunakan tali ialah permainan lompat tali.
6.2       Belantan
Belantan juga merupakan salah satu alat yang digunakan dalam sukan gimnastik. Belantan juga digunakan dalam aktiviti senaman lantai. Ahli gimnastik yang profesional menggunakan belantan untuk menghasilkan gerak  yang lebih menarik. Belantan berbentuk besar dihujung manakala kecil dibahagian pangkalnya.Belantan dalam sukan gimnastik dimainkan secara melontarkan ke atas dan bergerak ke arah kiri dan kanan mengikut gerakan badan.Belantan juga sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah kerana permainan ini memerlukan badan bergerak ke pelbagai arah. Hal ini boleh membantu menguatkan motor kasar seperti bahagian kaki, tangan dan leher.
6.3       Bola
Bola juga merupakan salah satu alatan yang digunakan dalam sukan gimnastik.Bola sangat sesuai digunakan oleh guru untuk membantu perkembangan motor kanak-kanak. Permainan dengan menggunakan bola dapat membantu meningkatkan perkembanagn motor halus murid. Sebagai contoh aktiviti, guru boleh menyuruh murid-muridnya memusing jari dengan menggunakan hujung jari.
Aktiviti ini dapat membantu menguatkan otot jari dan motor halusnya. Disamping itu aktiviti lain yang boleh dilakukan dengan menggunakan bola ialah aktiviti menangkap bola. Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan dalam diri.
6.4       Reben
Sukan  gimnastik juga melibatkan penggunaan reben. Reben sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak prasekolah kerana penggunaan reben tidak memudaratkan  kepada kanak-kanak.Permainan yang menggunakan reben dapat membantu menguatkan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Hal ini kerana permainan yang menggunakan reben memerlukan seseorang menggengam reben itu dengan baik.Selain itu permainan reben juga dapat membantu daya imbangan  dan koordinasi badan kanak-kanak itu. Sebagai contohnya guru boleh mengajarkan kanak-kanak cara membuat ombak dengan menggunakan reben melalui alunan yang dihasilkan daripada reben. Antara langkah yang dapat diajar oleh guru ialah dengan memberikan arahan kepada  kanak-kanak supaya  memegang bucu reben berkenaan seterusnya menyuruh murid-muridnya memusingkan tangan kehadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri untuk mendapatkan corak ombak.
6.5       Gelung
Gelung juga merupakan salah satu peralatan yang digunakan dalam sukan gimnastik.Gelung sangat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana ianya tidak mendatangkan bahaya. Permainan gelong ini dapat membantu kanak-kanak menguatkan bahagian tangan,kaki dan pinggang.Sebagai contohnya aktiviti melambung gelong dapat membantu menguatkan jari kanak-kanak.
6.6             Oktagon
Oktagon merupakan salah satu alat yang digunakan bagi membantu para gimnastik melambungkan diri ke udara. Selain itu  oktagon juga  digunakan oleh ahli gimnastik bagi membantu memanaskan badan sebelum melakukan sesuatu pergerakan dalam sukan gimnastik.Oktagon juga  sesuai digunakan oleh kanak-kanak, hal ini kerana oktagon dapat membantu menguatkan motor kasar seperti bahagian kaki.
6.7             Landing Mat
Digunakan bagi membantu seseorang atlet semasa melakukan pergerakan. Alat ini sangat sesuai di gunakan oleh guru prasekolah dalam melakukan setiap aktiviti. Hal ini kerana alat ini berperanan sebagai pelindung dari sebarang kecederaan. Selain itu alat ini juga diletakkan didalam kelas kerana ianya dapat mengelakkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan yang serius sekiranya mengalami kemalangan semasa melakukan aktiviti di dalam kelas.

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91