Followers

Thursday, December 29, 2011

Penderaan wanita : Keganasan Rumah Tangga

1.0 Pengenalan
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) tahun 2003 mendefinisikan keganasan terhadap wanita sebagai perbuatan menganiaya wanita semata-mata kerana beranggapan bahawa wanita tidak setaraf dengan dengan lelaki. Gelles dan Streinmetz (1974) pula menyatakan bahawa penderaan merujuk kepada kekejaman dalam rumah tangga. untuk menyakiti individu lain secara fizikal. Manakala Lewinson (1989) menganggap penderaan sebagai keganasan yang dilakukan ke atas wanita atau kanak-kanak. Mehrum ( 1989 ) menyatakan berpendapat bahawa penderaan berkait rapat dengan keganasan dalam rumah tangga.
Halim (1989 ) mendefinisikan perbuatan mendera isteri sebagai semua jenis kezaliman, keganasan, ketidakadilan, atau kesalahan sama ada fizikal mahu pun mental penderaan seksual atau apa-apa perbuatan curang. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 menyatakan penderaan sebagai perbuatan yang menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa melalui perbuatan yang akan mengakibatkan kecederaan fizikal; Memaksa mangsa dengan ancaman untuk melakukan kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukannya; mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaannya; melakukan khianat atau keseronokan harta dengan niat untuk menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.
Perbuatan mendera biasanya melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh seseorang keatas individu dengan niat untuk mencederakan. Corak perbuatan mendera pula merangkumi tampar, tumbuk, tolak, pukul dengan objek lain. Terdapat juga penderaan secara lisan yang melibatkan perbuatan mencaci, mengejek, mengeluarkan kata-kata kesat dan mencerca individu lain. Pendapat lain juga mengatakan bahawa penganiayaan seumpama itu dilakukan kepada wanita kerana wanita dianggap tidak setaraf dengan lelaki. Perbuatan ini meliputi pelbagai bangsa, agama, taraf ekonomi, kelas dan budaya. Lebih parah, terdapat ramai wanita yang sudah menganggapnya sebagai salah satu cara hidup, walhal perbuatan tersebut sebenarnya telah melanggar hak-hal asasi wanita dan merupakan satu jenayah.
2.0 Faktor-faktor penderaan
2.1 Keadaan Ekonomi Keluarga
Kasmini (1997) mengaitkan penderaan dengan golongan status ekonomi sosial rendah. Walaupun penderaan boleh berlaku dalam semua lapisan masyarakat, namun sebahagian besar golongan professional enggan membuat diagnosis penderaan dalam kalangan keluarga golongan status ekonomi sosial tinggi. Terdapat dalam kalangan mereka yang merahsiakan masalah ini, walaupun mereka sedar dan tahu penderaan dalam kalangan status ekonomi sosial tinggi juga berlaku. Kebanyakan kes penderaan yang dilaporkan dan dikesan mendapati bahawa keadaan ekonomi sesebuah pasangan tersebut adalah tidak stabil, rendah dan tidak menampung kos hidup keluarga. Hal ini menyebabkan pasangan lelaki atau si suami menghadapi masalah tekanan hidup atau kemiskinan. Kebanyakkan kes ini di dapati sering berlaku di kawasan-kawasan bandar. Hal ini berhubungkait dengan taraf hidup yang tinggi di bandar yang tidak seimbang dengan pendapatan yang diperoleh. Disamping itu, hidup jauh daripada pemantauan orang tua pasangan menyebabkan suami mudah melepaskan tekanan mereka kepada isteri mereka tanpa dilarang oleh sesiapa.
2.2 Dadah dan Alkohol
Kajian yang dibuat oleh Leonard dan Blane (1992) terhadap 82 peratus daripada 70,000 pelajar sekolah menengah tinggi mendapati terdapat hubungan antara pengambilan alkohol dengan penderaan dalam rumah tangga. Individu yang mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak mempunyai kecenderungan bertindak lebih agresif dan secara tidak langsung mendera pasangannya. Kebanyakan wanita menyebut alkohol dan dadah sebagai faktor penyebab keganasan dalam keluarga. Gelles (1980) menyatakan faktor alkohol boleh menyebabkan individu melakukan sesuatu yang bukan merupakan tingkah lakunya yang sebenar. Walaupun demikian, WAO Malaysia dalam buku terbitannya “ A Life Free from Violence: a self-help guide” ( 2002) menyatakan bahawa, alkohol, dadah dan berjudi bukanlah faktor penderaan domestik. Faktor-faktor tersebut selalunya menjadi pencetus kepada penderaan. Hal ini dijadikan alasan mudah oleh lelaki ke atas tindakan mereka dan wanita menerima alasan tersebut dengan mudah. Mereka berpendapat bahawa jika suami mereka tidak mabuk dan berjudi, dirinya tidak akan dipukul.
2.3 Teori Kitaran Keganasan
Teori ini diperkenalkan oleh WOA dalm usaha pertubuhan ini menangani serta memberikan pendedahan kepada para wanita tentang keperluan pengetahuan tentang cara-cara untuk menangani sebarang penderaan ke atas mereka. Selalunya, lelaki yang memukul isteri mereka tidak akan memukul majikan mereka, rakan sepejabat atau sahabat mereka sendiri. Mereka selalu memilih seseorang yang mereka anggap sebagai lebih lemah dan tidak dilindungi oleh masyarakat atau seseorang yang mereka tersalah anggap sebagai insan yang haknya lebih rendah dari mereka. Lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian. Lelaki memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita (WOA). Berikut merupakan tujuh peringkat yang di allui oleh seorang lelaki dalam proses rumah tangganya.
Peringkat yang pertama adalah Peringkat Pembangunan atau juga dikenali sebagai Peningkatan rasa tertekan; diikuti oleh Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman; seterusnya Keganasan meletus: keganasan berlaku ataupun bermula;diikuti Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi; sdiikuti Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah. Seterusnya Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh kasih-sayang; dan Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.
2.4 Pengaruh Media Massa
Prof Madya Dr Fatimah Yusof (2010), mengulas dalam Harian Metro pada 23 September 2010 bahawa, pemaparan cerita berunsur ganas dan kejam di televisyen atau di layar perak mempengaruhi sikap serta kasih sayang penonton. Bukan setakat filem malah permainan video yang dimainkan kanak-kanak sejak kecil turut menjadi penyumbang utama pelbagai kejadian jenayah kini. Walaupun paparan hanya dalam bentuk animasi, tingkah laku ditunjukkan dalam permainan video itu seakan watak sebenar di luar.
Tambahan lagi sekiranya seorang kanak-kanak bermain sejak kecil sehingga dia meningkat remaja, bayangkan sebanyak mana tingkah laku ganas yang berjaya dipelajarinya.Sedikit demi sedikit, sikap tersebut menyerap kepada kanak-kanak dan mereka membesar menjadi individu tersebut. Malah nilai positif seperti kasih sayang, lemah lembut serta sopan santun akan terhakis dan digantikan dengan sifat suka memberontak, bergaduh, memukul, panas baran, tidak sabar dan pelbagai nilai negatif lain. Cerita berunsur ganas bukan hanya terkandung dalam filem Inggeris tetapi menurut Dr Fatimah, ia semakin banyak dipaparkan dalam drama dan filem Melayu, Cina dan Tamil yang ditayangkan di Malaysia. Sebagai kesan jangka panjang, perbuatan ganas dan panas baran yang menyerap ke dalam individu tersebut akan kekal dan hal ini akan menyebabkan merak cenderung berkelakuan kejam terhadap ister mereka sesudah berkahwin.
2.5 Sikap Suami
Sikap seorang suami merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada penderaan kepada wanita atau isterinya. Panas baran dan cemburu merupakan dua sikap yang sangat sinonim dengan penderaan. Sikap panas baran suami menurut Laporan oleh WAO melalui kajian yang dibuat oleh Rashidah, Rita dan Schmitt (1995) mendera isteri mereka apabila suami tidak dapat mengawal kemarahan mereka walaupun atas sebab-sebab yang kecil. Selain itu, seorang suami yang terlalu prejudis dengan isterinya juga cenderung melakukan penderaan keatas isterinya. Hal ini dikatakan sedemikian sesuai dengan pendapat Gelles ( 1972) yang menyatakan bahawa suami yang cemburu sentiasa bertindak cuba mengawal kehidupan pasangannya. Hal ini menyebabkan mereka sering menyimpan prasangka apabila melihat isteri mereka berpakain anggun apabila keluar bekerja, bergaul atau bercakap dengan orang lain, dan mereka tidak mempercayai isteri mereka sendiri. Hal ini jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan suasana tegang, krisis, dan tekanan perasaan kepada si suami. Keadaan ini akan menyebabkan individupemarah, bengis, dan seterusnya cenderung bertindak kejam keatas pasangannya.
2.6 Sikap Masyarakat
Masyarakat kita yang kononnya bersikap ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ merupakan salah satu faktor meningkatnya kes keganasan terhadap wanita. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri, wanita didera suami, wanita dirogol oleh orang yang tidak dikenali namun tiada sebarang tindakan diambil. Mereka sepatutnya membuat aduan atau laporan polis. Sekurang-kurangnya laporkan kepada Ketua Kampung atau Ahli Jawankuasa Keselamatan Kampung (JKKK). Kerjasama dari masyarakat amat diperlukan. Kita perlu menjadi masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab bukan hanya menjeling sebelah mata. Tindakan seperti ini akan lebih menggalakkan jenayah ini berleluasa dan menyukarkan phak berkuasa mengambil tindakan.
3.0 Pelbagai Perkembangan Wanita Awal Dewasa

3.1 Berdikari
Wanita yang mencapai umur 20 hingga 30 tahun akan mula memisahkan diri daripada ibu bapa mereka. Wanita pada tahap umur ini akan memisahkan diri merka secara perlahan-lahan daripa keluarga mereka baik dari sudut ekonomi, tempat tinggal dan perkongsian masalah. Mereka mula belajar mengurus kehidupan sendiri dan mereka berhak membuat sebarang keputusan terhadap dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna mereka akan melupakan atau membelakangkan keluarga dalam sebarang keputusan tetapi wanita tersebut perlu diberi peluang untuk menentukan kehidupan mereka sendiri.

3.2 Pembentukan identiti
Mereka mula membentuk identiti yang mereka rasakan sesuai untuk diri mereka. Sebagai seorang wanita, mereka cuba menetapkan matlamat dan arah tujuan hidup sesuai dengan peranan mereka sebagai wanita. Pembentukan emosi yang rasional
Mereka mula berfikiran matang dalam menilai sebarang situasi. Mereka membuat keputusan bukan berdasarkan perasaan emosional tetapi secara rasional. Membina kerjaya yang kukuh.Ramai wanita hari ini memilih untuk bekerjaya. Bekerja bukan hanya untuk mendapat sumber pendapatan yang tetap tetapi mencapai kepuasaan dalam pekerjaan yang diceburi. Wanita berupaya menghasilkan produktiviti kerja yang berkualiti kerana wanita amat mementingkan ketelititian dalam membuat sebarang tugasan.
3.3 Pembentukan intimasi (perkahwinan)
Wanita awal dewasa bersedia untuk memberikan komitmen dengan lelaki dalam membentuk hubungan perkahwinan. Rasa cinta dan kasih-sayang adalah fitrah manusia. Melalui perkahwinan, rasa cinta dan kasih-sayang itu dalam disalurkan dengan sempurna dan akhirnya mewujudkan ketenangan dalam diri wanita malahan wanita merasa dirinya dilindungi dan dihargai.

3.4 Penglibatan dengan kumpulan atau aktiviti sosial
Pentingnya penglibatan wanita dengan masyarakat sebagai penyumbang tenaga, masa dan wang ringgit demi bersama-sama membantu meningkatkan kefungsian sosial masyarakat. Hal ini bermaksud, adalah penting bagi seorang wanita untuk hidup bermasyarakat dan bergaul dengan semua orang demi kepentingan sosial dan dirinya sendiri apabila berada dalam kesusahan.
3.5 Mengurus rumah tangga
Bagi wanita yang telah berkahwin, menjadi tugas para wanita mengurus rumah tangga di samping mendapat bantuan daripada suami. Pengurusan kewangan, kebersihan tempat tinggal, penyediaan makanan dan pakaian suami dan anak-anak sedikit sebanyak membantu ke arah keluarga yang sempurna. Di samping itu, kelahiran orang baru dalam kehidupan wanita merupakan satu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Kelahiran anak memungkinkan tugas wanita lebih kompleks di mana wanita adalah pencorak anak-anak generasi baru.
4.0 Kesan Keganasan Terhadap kepelbagaian Perkembangan Wanita
Seseorang wanita yang dianiaya, tidak dapat belajar berdikari. Mereka akan cuba menjauhkan diri dari kawan-kawan dan lebih suka hidup bersendirian. Merekan akan bergantung dengan ibubapa dan tinggal bersama keluarga. Sebagai contoh, seorang wanita yang belum berkahwin menjadi mangsa rogol dan mnegandung. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan kawan-kawan dan masyarakat.
Pembentukan identiti juga tidak dapat mereka lalui. Mereka akan kebingungan kerana sudah tidak ada harapan. Ini disebabkan aset dan liabiliti mereka sudah dirampas atau dipertikaikan. Mangsa rogol dan penderaan fzikal sehingga menyebabkan kecacatan atau hilang upaya. Mereka tidak mampu membentuk personaliti yang lengkap. Mengatasi konflik diri bukan sesuatu yang mudah.
Bagi wanita yang menjadi mangsa keganasan, kestabilan emosi tidak dapat dibentuk. Mereka akan mengalami ketakutan, cemas, fobia serta tekanan pergaulan iaitu tidak selesa dalam pergaulan. Perasaan mereka akan tegang dan kehampaan banyak menggangu mereka. Indikator kematangan juga sukar untuk dicapai. Bagi wanita yang tidak dapat menerima kenyataan, mereka cuba untuk membunuh diri, mencederakan diri sendiri atau cuba untuk memusnahkan diri.
Wanita yang menjadi mangsa rogol, penderaan seksual, fizikal, sosial dan psikologi akan merasa takut untuk menjalinkan hubungan intim.Andaikata dia bukan dara lagi, dia mangalami kecacatan disebabkan keganasan, sudah pasti niat untuk memiliki pasangan hidup terpaksa dilupakan. Kemungkinan besar mereka akan mempunyai perasaan takut pada lelaki. Perkahwinan dan pembentukan rumahtangga hanya akan menjadi angan-angan kosong. Ini boleh memberi jawapan mengapa ramai wanita sekarang lebih suka menjadi andartu.
Disebabkan tidak dapat membina atau meneruskan kerjaya akibat keganasan, wanita tidak dapat memenuhi gaya hidup dan kebebasan berekonomi seperti wanita lain. Tambahan pula, perbelanjaan perlu diperuntukkan untuk rawatan kesihatan dari segi fizikal, mental, emosi, sosial.
Wanita yang menjadi mangsa keganasan akan cuba mengelakkan diri dari terlibat dengan komuniti. Penglibatan dalam kumpulan sosial perupakan stu leperluan psikologi individu. Individu dewasa mempunyai hak dan tanggungjawab sosial untuk menjadi pemilih, mempunyai jawatan,membayar bil dan cukai. Tapi semuanya dirampas oleh lelaki yang melakukan keganasan terhadap mereka.
Apabila menjadi mangsa dera, rogol atau keganasan lain, tanggunagjawab sebagai seorang ibu akan terjejas sama sekali. Anak-anak mungkin terabai atau terpaksa tinggal dengan orang lain. Tanggungjawab sebagai ibu tidak dapat dijalankan dengan baik. Anak-anak tidak dapat merasa kasih sayang seorang ibu. Wanita itujuga tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibubapanya. Wanita ini dapat membantu ibubapanya yang memerlukan sokongan dari segi kewangan, fizikal dan emosi.
Wanita yang menjadi mangsa keganasan berkemungkinan akan melalui proses perceraian. Di mana wanita tersebut tidak mampu memberi perhatian kepada perhubungannya. Tidak mustahil sekiranya mereka memilih jalan hidup bersendirian sehingga ke akhir hayat. Jelaslah, betapa besarnya kesan keganasan terhadap wanita. Ia sesuatu yang amat pahit dan mampu memusnahkan tugas-tugas perkembangan. Kesengsaraan yang di alami mungkin akan dibawa sehingga ke akhir hayat.
5..0 Rintangan Wanita Dalam Mendapatkan Bantuan.
5.1 Polis.
Menurut Manohari Subramaniam ( 2003) dalam Buku ERA Consumer Malaysia, pihak polis tidak mengambil aduan mangsa dera atau kegansan rumah tangga secara serius. Polis bertindak demikian atas alasan kes tersebut merupoakan kes dalaman sesebuah keluarga dan tidak perlu di gembar-gemburkan. Pihak polis bukan sahaja tidak akan mengambil laporan tetapi juga menasihatkan mangsa supaya pulang ke rumah dan “berbaik semula” dengan suami mereka. Lebih malang lagi, kebanyakaan wanita dipersalahkan dalam kes seperti ini dan di anggap sebagai punca berlakunya keganasan rumahtangga.
5.2 Rawatan
Ramai dalam kalangan doktor tidak sensitif dengan keperluan wanita yang menjadi mangsa penderaan. Hal ini demikian kerana mereka berpendapat bahawa mereka akan membazirkan masa mereka ke mahkamah untuk memberi keterangan. Kes keganasan rumah tangga ataupun penderaan adalah bersifat “medico-legal” yang merujuk kepada perkaitan dengan undang-undang dan perubatan. Medico-Legal di ertikan sebagai salah satu bahagian yang signifikan dalam proses membantu pesakit membuat keputusan melibatkan penerangan terperinci dan polisi perubatan ( Mosby’s Medical Dictionary, 2009 ). Walaupun langkah-langkah di ambil untuk memendekkan masa menunggu untuk berjumpa dengan doktor dan rawatan secara peribadi di hospital kerajaan, mangsa penderaan masih tidak di beri keutamaan.
5.3 Undang-Undang.
Selain itu, masalah yang lain timbul adalah berkenaan dengan upah ataupun bayaran kepada peguam daripada firma guaman swasta yang terlalu mahal. Mereka tidak sensitif dengan keperluan mangsa. Hal ini menghalang mangsa penderaan yang tidak berkemampuan untuk mengupah peguam disamping proses mahkhamah yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keadilan.
5.4 Kebajikan Sosial.
Kajian dan dapatan yang di perolehi Manohari Subramaniam ( 2003 ) menyatakan bahawa, sukar bagi seorang wanita yang didera untuk emndapatkan bantuan kewangan, terutamanya jika wanita tersebut masih lagi terikat dengan ikatan perkahwinan dengan si pendera atau suaminya. Pegawai kebajikan mungkin bersikap menghukum dan tidak akan bersimpati dengan wanita tersebut.

6.0 Kesimpulan

Penderaan wanita ataupun keganasan terhadap wanita jelas memberikan visualiti kepada umum bahawa, para wanita tidak mampu menghadapi kehidupan dan melakukan pelbagai tugas harian apabila mereka mereka menjadi mangsa penderaan. Sebagai akibat lainnya, masalah sosial akan bertambah teruk berikutan remaja yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu mereka. Mereka turut terkena tempias terhadap pergolakan rumahtangga kedua ibu bapa dan kepincangan kelurga mereka. Ibu mereka yang di dera bapa mereka menyebabkan mereka bermasalah tingkah laku. Hal ini adalah salah satu contoh sebagai “by product” kesan daripada penderaan yang berlaku. Wanita yang dilahirkan dengan sifat naluri yang lembut tidak pernah mengimpikan untuk menjalani kehidupan seumpama itu. Mereka mudah memaafkan dan dan mengalah walhal segala perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka itu tidak pernah diundang. Selain itu, walaupun penderaan ke atas isteri dan kanak-kanak telah lama wujud di negara ini, namun kebanyakan insiden penderaan tidak dilaporkan. Keadaan ini berlaku kerana mangsa tersebut tidak tahu cara dan tempat untuk meminta bantuan. Disamping itu, mereka juga berasa takut untuk membuat laporan. Situasi ini juga semakin berleluasa kerana tidak ada undang-undang yang sewajarnya bagi melindungi mangsa-mangsa penderaan.
Bibliografi
Dr. Mat Saat Baki. ( 1987). Wanita Dan Cabaran. Kumpulan Karangkraf Sendirian
Berhad: Kuala Lumpur.
Era Consumer (Organization) ( 2003 ). Buku Panduan Keganasan Rumah Tangga.
Malaysia. Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Pengguna-Pengguna: Malaysia.
Sulin Chee (1987). A Life Free From Violence: A self guide. World Aid Organisation
(WAO) Malaysia. Petaling Jaya.
Dr Nooraini Baba ( 2009 ). Medico-Legal & The Ehr. Privacy. Director Of Medical
Practices, Ministry Of Malaysia: Malaysia
Seminar Kaunseling Keluarga (2008). Keganasan Rumah Tangga : Corak, Punca Dan
Kaedah Penyelesaian. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Johor Darul Takzim
Mohd Razali Maarof (Abu Ridhwan) ( 2007). Faktor-faktor Penderaan Seksual kanak-
kanak. Diperoleh pada 24 September 2010 daripada http://usrahkeluarga.blogspot.com/2007/09/faktor-faktor-penderaan-seksual-kanak.html
Pertubuhan Pertolongan Wanita (2000). Keganasan Terhadap Wanita. Diperoleh pada
20 September 2010 daripada http://www.wao.org.my/news/keganasan.html

0 comments:

Post a Comment

blog ini diedit oleh fiezah91