Setelah hampir dua tahun meninggalkan UPSI, bergraduat
sebagai Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak. Namun akhirnya apa yang kami
perolehi? Tiada apa. Sedih! Sungguh menyedihkan. Rakan lain sudah bergembira
dengan gaji tetap dan jawatan mereka di sekolah sekolah namun kami yang kurang bertuah tidak mendapat apa-apa
dan harus berusaha keras mencari kerja lain demi tanggungjawab pada diri
sendiri dan ibubapa.
~Wow~ Sungguh negative dan nampak sangat terlalu depending
dengan “posting” by government kan
statement ni.
Well adik-adik junior yang masih belajar di UPSI, jangan
lemah semangat. Teruskan pembelajaran anda. Saya pernah melalui apa yang
dikatakan kecewa dan marah terhadap UPSI sebab tak bagi posting sedangkan ahli
keluarga semua mengharapkan kita yang keluar daripada UPSI ni berjaya dan
bergaji besar seperti cikgu.
Cukup lah hanya kami yang melalui kekecewaan itu.. adik-adik
semua fakir positif ye.Banyak cabang kerja yang kita dapat di luar sana jika berusaha.
Jangan takut untuk berhadapan dengan pengalaman baru di luar
bidang / skop yang kita belajar. Saya sendiri berada di luar bidang sekarang. Saya
sedang bekerja dalam bidang perbankan di sebuah company yang
CHINA-MALAYSIA-SINGAPORE.
Saya bersyukur kerana diberi peluang bekerja di tempat
seperti ini. Saya belajar banyak benda dan saya berdepan dengan pelbagai
masalah setiap hari. Saya tidak menyesal bekerja dalam bidang ini. Ya saya akui
ini kerja terdesak pada awalnya namun sekarang saya sedar ini semua pemberian
TUHAN.
Well sepanjang setahun lebih berkerja di sini.. aku dapat
beberapa offer daripada pengusaha tadika yang menawarkan jawatan untuk menjadi
tenaga pengajar kepada branch yang akan mereka buka di Kuala Lumpur. Itu sesuatu yang amat
mengujakan saya. Tetapi saying sebab saya terpaksa menolak semuanya…
Sesetengah orang mungkin
berkata, REZEKI bukan Selalu datang. Tapi saya percaya pada TUHAN, bila
saat yang sesuai tiba, pasti akan ada sesuatu yang jauh lebih baik untuk saya. Jangan berhenti berusaha, Jangan
paksa hati melakukan suatu pekerjaan yang mungkin kita minat tapi menyusahkan
kita.
Peace All….