Followers

Thursday, December 29, 2011

3.0 GIMNASTIK DI MALAYSIA




Gimnastik telah pun diajar di sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan melalui mata pelajar Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja.
Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan  dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan  pada tahun 1957. Malangnya sehingga kini penyertaan dari negeri-negeri  tidaklah begitu menggalakkan dan boleh dikatakan  setiap tahun  hanya antara lima negeri yang mengambil bahagian daripada 14 negeri yang menganggotai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Negeri-negeri yang aktif dan sering mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan gimnastik, khususnya peringkat sekolah-sekolah terdiri daripada Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91