Followers

Thursday, December 29, 2011

Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak Sejak Dalam Kandungan Sehingga Lahir.

TAJUK KECIL:
Semasa seseorang ibu mengandung, tempoh masa yang akan di ambil ialah kira-kira 36 hingga minggu 38 ( 9 bulan 10 hari). Sepanjang tempoh tersebut anak di dalam kandungan seseorang ibu tersebut akan mengalami perkembangan dan pertumbuhan secara fizikal yang bermula dengan pembentukan kepala seterusnya anggota-anggota badan yang lain. Sehubungan dengan itu, sihat atau tidak proses-proses perkembangan ini juga akan dipengaruhi oleh tahap kesihatan dan emosi si ibu itu sendiri. Justeru, perkembangan dan pertumbuhan bayi dalam konteks ini akan dibincangkan secara rapat dengan kesihatan, gaya hidup dan emosi ibu.
TEORI:
  1. David Haig
“Kehamilan adalah satu operasi yang melibatkan dua orang. Operasi ini bukan suatu yang singkat dan berlangsung dengan keharmonian sempurna. Dr Haig menegaskan bahawa seorang ibu dan kandungannya terlibat dengan satu perjuangan secara tidak langsung untuk memberikan dan menyediakan nutrien yang mencukupi bagi kandungannya.”
SENARIO
“Nama saya Linda. Saya Baru sahaja melangsungkan perkahwinan saya. Bagi pasangan yang baru berkahwin seperti saya dan suami, adalah sukar bagi kami untuk mengetahui mengenai situasi mengandung. Saya mengakui yang saya agak malu untuk bertanya kesana kemari tentang hal ini. Saya telah cuba untuk menerokai internet bagi mencari maklumat-maklumat yang saya inginkan. Tetapi malangnya saya belum pernah mendapatkan maklumat yang penuh dan menjawab hampir kesemua pertanyaan saya. Pelbagai buku yang saya baca membantu sedikit sebanyak dalam hal ini. Namun saya masih berasa kurang puas hati dan memerlukan penerangan yang terperinci. Antara perkara yang saya ingin tanyakan ialah berkenaan proses-proses kehamilan, apa yang perlu saya lakukan dan elakkan dan bagaimana mendidik anak sejak dalam kandungan lagi. Perkara ini sering saya baca dalam banyak buku, namun kebanyakannyamemberikan huraian yang kurang memuaskan hati saya. Terima kasih.”
PERBINCANGAN
Berdasarkan senario di atas, dapat dilihat bahawa individu seperti Linda sebenarnya sangat ramai pada era ini walaupun kini telah hidup dalam zaman yang serba moden dan canggih. Beliau inginkan penerangan mengenai situasi mengandung secara terperinci. Sumber atau penjelasan terbaik sebenarnya boleh di perolehi daripada doktor dan adalah lebih baik untuk berjumpa terus dengan doktor pakar, namun seperti yang diakui oleh Pn. Linda, beliau terlalu malu untuk bertanya. Maksudnya, bertanya secara berhadap-hadapan muka. Oleh hal yang demikian maka Pn. Linda telah mengajukan soalan tersebut dalam sebuah laman sesawang seorang doktor pakar bernama Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
1.0 Pendahuluan
Mengandung merujuk kepada membawa anak yang dikenali sebagai fetus atau embrio didalam uterus atau rahim. Kejadian mengandung bermula apabila berlakunya persenyawaan di antara ovum dan sperma yang haploid bersatu dan akan membentuk zigot yang diploid. Separuh daripada bilangan kromosom yang terdapat di dalam zigot berasal daripada ibu dan separuh lagi daripada bapa. Zigot akan mengalami mitosis secara berterusan untuk membentuk embrio sambil bergerak ke uterus melalui tiub Fallopio dan akan mengalami beberapa proses lagi sebelum menempel pada dinding uterus akan melalui pembezaan, pertumbuhan, dan perkembangan yang cepat untuk menjadi fetus. Fetus akan terus membesar di dalam uterus ibu. Jangka masa antara proses persenyawaan sehingga kelahiran bayi ialah 38 – 40 minggu.
2.0 Subtopik
2.1 Proses-proses yang akan berlaku selama tempoh mengandung.
Sepanjang tempoh tersebut, setiap bulan kandungan akan mengalami perkembangan dan pertumbuhan yang agak pesat. Berikut merupakan rajah pertumbuhan sepanjang 9 bulan tersebut.
Pada bulan pertama, janin akan mulai membentuk struktur asas manusia dengan sel-sel yang mula bergabung dan pada masa yang sama embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm. Pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung) akan mulai terbentuk dan kelihatan.
Ketika usia kandungan mencecah 2 bulan, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis, anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun namun kurang jelas.
Menjelang minggu ke-12, iaitu pada usia kehamilan 3 bulan, Ciri-ciri kehamilan akan mulai kelihatan pada tubuh seseoang wanita. Seterusnya bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga akan semakin kelihatan dengan jelas.
Kehamilan berusia 4 bulan akan memerlukan badan para ibu yang mengandung perlu sentiasa sihat dan bertenaga. Bayi pada usia ini telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan bekalan nutrien yang secukupnya melalui plasenta ibu. Bayi dalam kandungan pada usia ini telah mempunyai tulang yang kuat selain boleh mendengar bunyi.
Usia 5 bulan. Pertumbuhan bayi dalam kandungan saat ini menjadi agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pada usia kandungan 6 bulan pula, kebanyakan ibu akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan mereka. Berat badan ibu akan bertambah secara normal. Sebagai pengetahuan tambahan, perlu di ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah, manakala kulit bayi akan menjadi semakin tebal. Hal ini akan menyebabkan muka ibu menjadi sembab disebabkan tubuh ibu yang hamil sudah mulai menyimpan air yang berlebihan.
Bulan ke-7, iaitu 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Kebanyakan para ibu yang mengandung akan menjadi agak pelupa, kekok dan janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir tersebut, bayi juga mulai menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu seorang ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang mengalami kejang pada bahagian betisselain akan berhadapan dengan kontraksi-kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi.
Pada usia 8 bulan pula, berat bayi akan bertambah menjadi 1.6kg. Secara normal kedudukan kepala bayi pada usia kandungan ini masih berada di bawah.
Bagi mereka yang bekerja, mereka sewajarnya sudah mulai bercuti dan berehat dirumah apabila usia kandungan sudah mulai mencecah usia 9 bulan. Bagi ibu yang mengandung, sangat perlu mengelakkan daripada mengalami keletihan dan kelesuan. Amalkan untuk sentiasa mengangkat kaki dan meletakkan di atas bantal ataupun objek yang lebih tinggi daripada paras duduk untuk mengelakkan daripada implikasi urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Saiz bayi pada ketika ini menjadi semakin besar memenuhi seluruh bahagian uterus ibunya. Para ibu akan mendapati perut mereka terasa seolah-olah sangat penuh, sarat dan menyukarkan untuk membuat sebarang pergerakan.
Kepala bayi akan mula turun ke bahagian pelvik apabila usia kandungan menjelang 37 minggu iaitu 9 bulan 1 minggu, Saiz perut semakin ketara dan membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya mula tumbuh dengan lebat dan bertambah panjang sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki bayi ini pada umur ini.
Pada minggu ke-38, merka akan mendapati bahawa pundi kencing mereka akan sedikit tertekan menyebabkan mereka kerap membuang air kecil. Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin, perut menjadi sangat besar dan bertambah berat. Para ibu digalakkan untuk fokuskan kepada perkara-perkara yang postif dan berunsurkan keindahan bagi mengurangkan rasa tekanan yang melampau. Kemaskan semua keperluan selepas melahirkan di tempat yang mudah untuk di ambil. Bayi dalam lingkungan usia ini sudah bersedia untuk dilahirkan. Bayi sudah cukup sifat untuk lahir.
3.0 Pelbagai simptom yang akan dialami oleh ibu mengandung.
3.1 Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita akan mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlanjutan selama tiga bulan. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, iaitu hormon estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnyaRasa loya ini biasanya akan dialami oleh wanita pada waktu pagi dan disertai dengan pening dan sakit kepala. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita akna mengalami simptom-simptom alahan ini, Antara lain simptom lagi ialah haid yang lambat, buah dada akan membesar sedikit disertai rasa agak sengal dan sakit.
3.2 Masalah muntah dan loya walaupun hanya bersifat sementara sahaja namun akan memberi kesan yang berlebihan jika tidak di atasi dengan segera. Contohnya, alahan yang teruk akan menyebabkan wanita tersebut tidak lalu makan dan minum menyebabkannya kehilangan air dan zat yang secukupnya. Bagi mengatasi perkara ini, seorang wanita perlu dimasukkan ke hospital supaya boleh di berikan zat dan air melalui saluran darahnya.
3.3 Tidak dinafikan terdapat juga wanita yang akan mengalami simptom ini secara berterusan. Oleh hal yang demikian, wanita sdemikian di galakkan berjumpa terus dengan doktor jika ingin mendapatkan sebarang nasihat selain meminta panduan untuk penggunaan sesetengah ubat yang mungkin boleh membahayakan kandungan mereka. Ubat yang selalunya akan diberikan kepada mereka untuk membantu mengatasi masalah loya dan muntah yang berpanjanagan ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Ubat-ubat tersebut biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.
4.0 Syor amalan-amalan pemakanan yang boleh mengatasi masalah alahan semasa mengandung.
4.1 Masalah 'Lactose intolerance'
Masalah ini boleh diatasi dengan mencuba produk susu dengan minuman
yang mengandungi rendah laktosa. Selain itu lebihkan pengambilan ikan
yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakansepert sardin,
dan ikan bilis. Amalkan minum susu kacang soya dan produk kacang soya.
Wanita hamil juga perlu mengambil lebih sayuran dalam gizi harian
seperti seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang
baik.
4.2 Loya (Morning Sickness)
Wanita hamil digalakkan untuk mengambil makanan secara teratur. Hal ini bukan sahaja baik untuk kesihatan diri dan bayi, tetapi juga akan membantu mengurangkan rasa loya yang dialami. Wanita hamil boleh mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dangan syarat kerap kerana dikhuatiri akan kehilangan begitu banyak tenaga dan air. Di samping itu, makanan bergoreng atau berlemak harus di kurangkan dan banyakkan minum air.
4.3 Sakit ulu hati (Heartburn)
Simptom ini boleh diatasi dengan mengambil makanan dengan amaun
yang sedikit tetapi kerap. Kunyah makanan dengan perlahan dan setelah
benar-benar hancur, barulah ditelan. Elakkan berbaring sejurus selepas
makan.
4.4 Sembelit (Constipation)
Semebelit boleh diatasi dengan pengambilan air dalam kuantiti yang banyak disamping buah-buahan, bijiran, bijirin penuh dan sayur-sayuran untuk mendapatkan serat.
4.1 Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, wanita hamil yang menghidap GDM (Gestational Diabetes Mellitus) mempunyai lebih risiko sebanyak 20 hingga 50 peratus untuk menghidap diabetes jenis 2 dalam tempoh lima hingga 10 tahun selepas melahirkan bayi. Walaupun GDM mungkin timbul hanya untuk sementara, namun, ia boleh mendatangkan kesan sampingan (jangka panjang). Oleh itu, setiap ibu perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar GDM tidak menjejaskan kehidupan anda dan anak kesayangan anda pada masa hadapan.
5.0 Nutrien yang diperlukan oleh seorang ibu yang sedang mengandung.
5.1 Pemakanan Tambahan
Adalah penting bagi diet seseorang wanita mengandungi pembekalan tenaga, protein, zat besi, kalsium, asid folic serta vitamin C dan D untuk membina otot-otot tisu, tulang dan gigi bayi dan bagi pembentukan hemoglobin. Sekiranya diet pemakanan seseorang ibu itu kurang dalam zatnya maka zat makanannya yang disimpan terpaksa digunakan. Penambahan zat besi dan asid folic selalunya disyorkan semasa seseorang itu hamil untuk menghalang penyakit anemia kerana kekurangan salah satu daripada bahan-bahan tersebut. Penambahan ini tidak perlu jika wanita yang hamil itu memakan makanan yang cukup dan mengandungi zat besi seperti daging, telur, sayur-sayuran hijau dan roti 'wholemeal'. Asid folic pula boleh didapati dari sayur-sayuran hijau, hati, buah pinggang dan ragi.
5.2 Diet Yang Normal
Suatu diet yang normal seharusnya mengandungi protein, cecair, lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran dan beberapa jumlah karbohidrat yang tidak ditapis. Karbohidrat yang tidak ditapis termasuklah roti 'wholemeal', bijian 'wholemeal', beras merah dan tepung 'wholemeal'. Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak seharusnya dikupas jika boleh dan dimasak secepat mungkin. Gula dalam bentuk apa pun harus dielakkan kerana ianya perlu untuk suatu diet yang sihat. la kaya dalam kalori tapi tidak baik untuk gigi.
Dengan memakan makanan yang tidak ditapis, sebarang masalah
konetipasi (sembelit) - suatu masalah biasa semasa mengandung – boleh
dielakkan.
5.3 Susu dan Kalsium
Setengah orang berpendapat bahawa susu itu penting untuk wanita yang hamil tetapi ini tidak semestinya jika ia mendapat cukup kalsium dari makanan lain dan cukup dietnya. Makanan yang mengandungi kalsium termasuklah roti, kobis, beremi (herba air yang boleh dibuat sayur) dan ikan. Adalah penting untuk memakan sekurang-kurangnya sedikit daripada makanan ini kerana seseorang bayi itu memerlukan kalsium yang lebih banyak untuk membentuk tulangnya. Jika tidak besar kemungkinan bahan yang penting ini akan dirampas dari ibunya.
6.0 Amalan yang boleh membantu perkembangan minda bayi sejak dalam kandungan.
6.1 Menurut Dr. Stephen, “Melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, dan beberapa generasi. Persiapan awal adalah ketika ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Makanlah makanan yg elok dan berkhasiat kerana baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
6.2 Menurut F. Rene van de Carr, “ beberapa kebiasaan baik yang dibentuk secara konsisten oleh wanita mengandung pada dirinya dan bayinya selama tempoh kehamilan mampu memnangani pelbagai kesulitan yang mungkin timbul ketika anak tersebut lahir ke dunia.” Contohnya, mendengar mizik secara teratur ataupun dengan membacakan Alkitab dan firman-firman Tuhan atau bercerita, menyanyikan lagu-lagu rohani untuk si bayi dalam kandungannya, dan melakukan meditasi, akan memungkinkan wanita yang mengandung dapat menjalani hubungan komunikasi dan membina hubungan positif dengan bayinya.
6.3 Dr. Menninger membincangkan mengenai sangkalan yang telah dibuat untuk teori naluri, yang hanya merupakan teori dan tidak menerangkan fakta. Beliau menjangkau teori ini untuk satu balasan hidup pranatal ke atas dasar sebuah penemuan antropologi yang menunjukkan bahawa Mohave Rakyat India di Arizona percaya bahwa kanak-kanak tertentu sebelum lahir siapa dapat dikenal pasti sifat-sifatnya terutamanya mereka yang mempunyai keistimewaan. Selepas lahir, kanak-kanak tersebut akan menunjukkan pelbagai keajaiban dalam kehidupannya dan akhirnya menjadi Shamans (lelaki ubat). Menunjukkanseolah-olah Mohave dikenali secara intuisi atau sekurang-kurangnya dipercayai penyembuhan adalah ditangan mereka yang berazam. "pembentukan reaksi" pada lampau cuci atau overstimulation bagi kematian (memusnahkan) naluri, satu lampau cuci yang menurut untuk teori mereka adalah dibuktikan oleh masa depan Shaman manakala diam dalam rahim bagi ibunya.'
6.4 Richard Parncutt, “ menganggap bahawa fetus itu belajar untuk mengaitkan pola-pola yang baik seperti suara ibu, jantung, langkah-langkah dan pola-pola pergerakan (pergerakan si ibu) dengan emosi-emosi si ibu. Keupayaan fetus untuk mendengar dan untuk ingat pola-pola bunyi telah berulang kali ditunjukkan secara empirikal berdasarkan emosi-emosi berkaitan fisiologikal, kelakuan dan pengalaman.
7.0 Aktiviti atau Beberapa Senaman Ringan Untuk Merangsang Bayi Dalam Kandungan Melalui Kesihatan Ibu.
7.1 Aromaterapi
Secara tidak sedar, semua individu akan sensitif dengan aroma. Jika seserang pengsan, contohnya, satu sedutan bau kuat akan menyedarkan kita dengan cepat. Aroma juga boleh digunakan semasa mengandung untuk melegakan banyak ketidakselesaan yang dialami termasuk rasa loya, sakit ulu hati ( Heartburn),keletihan, pening, dan sakit kepala. Konsep amalan aromaterapi memerlukan minyak yang diperbuat daripada daun, kulit, akar, bunga, resin atau biji benih tumbu-tumbuhan akan disapu pada kulit ataupun ditambahkan pada air mandian ibu yang mengandung untuk kulit dan masalah sengal-sengal otot. Bahan kimia yang digunakan untuk setiap pati minyak adalah selamat dan boleh dipercayai kandungan farmakologi yang terdiri daripada antibakteria, antivirus, antiposmodic, diuretik (meningkatkan aliran urin), vasoladitory ( pelebaran urat darah untuk meningkatkan pengaliran darah ), dan vasoconstrictor (penyempitan urat darah untuk mengurangkan pengaliran darah). Oleh kerana dengan menghidu aroma berkadaran dengan cepat daripada hidung ke otak, aroma akan sangat efektif terutamanya dalam merangsang pengahsailan endorpin dan melegakan tekanan dan kebimbangan.
7.2 Melakukan senaman dan kerja-kerja ringan semasa hamil adalah baik untuk meregangkan otot-otot. Senaman yang paling sesuai untuk wanita-wanita yang sedang hamil ialah senaman yoga, kerana senaman yoga merupakan cara yang paling bagus untuk meregangkan otot-otot. Tujuan lain senaman yang dilakukan ialah untuk meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi.Berikut ialah beberapa senaman yang disarankan untuk dilakukan oleh wanita-wanita sedang hamil
Perhatian:
Elakkan dari melakukan gerakan melompat-Iompat dan gerakan yang tiba-tiba. Lakukan senaman dengan lemah-lembut dan perlahan-Iahan.
7.2.1 Meregang Lengan Bergantian
Anda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu, kemudian dengan lengan yang satu lagi.
7.2.2 Meregang Mata Kaki
Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding, tekuklah lutut depan dan perlahan-Iahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi dengan kaki yang lain. Jangan melakukan peregangan sampai melampaui batas kenyamanan.
7.2.3 Meregang
Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh kenyamanan memungkinkan. Perlahan-Iahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu.
7.2.4 Meregang Tubuh
Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-Iahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pad a sisi lainnya.
7.3 Berurut
Migrain merupakan salah satu bentuk penyakit yang sering di hidapi oleh para wanita yang mengandung ekoran daripada tahap kebimbangan, pening, dan sakit kepala pada awal kehamilan ataupun kerana pembawaan bayi. Wanita yang sedang hamil boleh melegakan migrain ini dengan berurut sendiri. Cara-cara berurut adalah seperti berikut:
i. Letakkan jari kedua tangan ke bahagian tengah tengkuk dibawah tengkorak kepala.
ii. Biarkan jari jemari anda tetap berada di garis tegak pada bahagian tengah tengkuk anda dan bahagian atas bahu, tekanan berupa picitan dan urutan yang sederhana pada bahagian ini dengan menggunakan jari-jari sendiri.
iii. Pukul secara sederhana bahagian leher ke atas dan berikan tekanan yang dalam pada bahagian otot-otot tengkuk dan leher anda.
iv. Tarik nafas dan hembus, telengkan kepala ke kiri dan ke kanan. Biarkan kepala ssantai sementara tangan anda bergerak-gerak ke bahagian hadapan. Urut sendiri otot fiber anda pada bahagian leher sementara tangan anda meluncur kehadapan. Wanita yang sedang hamil juga akna merasakan kelegaan dengan urutan ini dan sangat membantu mereka sebenarnya. Bagaimanapun, memicit dan mengurut merentasi otot-otot, menggunakan teknik standard shiatsu, adalah lebih berkesan untuk membuang tenaga tersekat.
RUMUSAN
Proses kehamilan mungkin sesuatu yang amat menggerunkan sesetengah individu. Terutamanya bagi mereka yang akan mengandungkan anak pertama kerana pengalaman ini akan menjadi pengalaman pertama bagi mereka. Walau bagaimanapun, hakikatnya, mengandung merupakan sesuatu yang amat membahagiakan bagi semua pasangan memandangkan mereka akan bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi terutamnaya bagi mereka yang baru berkahwin. Anak merupakan anugerah terindah dan paling berharga bagi pasangan manusia.
BIBLIOGRAFI
1 An Anthropological Note on the Theory of Prenatal Instinctual Conflict: Karl Menninger. Bulletin of the Menninger Clinic, IV, No. 2, 1940. Abstract by: Charles W. Tiddhttp://www.pep-web.org/document.php?id=paq.011.0142
  1. (Cara Baru Mendidik Anak Sejak dalam Kandungan, tulisan F. Rene van de Carr, M.D. dan Marc Lehrer, Ph.D., Penerbit KAIFA, Bandung, 1999) http://www.google.com.my/search?hl=en&q=F.+Rene+Van+de+Carr&btnG=Google+Search&meta
  1. Dato Dr. Fadzilah Kamsah : http://www.answers.com/topic/pregnant
  1. Datuk Prof Mustaffa Embong-Pakar Perunding Diabetes,-Institut Diabetes Negara (13 mac.2009)(NADI)
  1. Dr. Miriam Stoppard (2004), New Pregnancy And Birth Book: Health and Nutrition, China: WKT.
  1. (Dr. Stephen Carr Leon,2009) http://dinmafia.blogspot.com/2009/02/mengapa-bangsa-yahudi-lebih-bijak.html- Nizar_Ryz- Mengapa bangsa Yahudi Lebih Bijak- Sunday, February 8, 2009-18.03.2009
  1. F. Rene Van de Carr dan M.D. Marc Lehrer, Ph.D: Penterjemah Alwiyah Abdurrahman; Penyunting: Ary Nilandari, ( 1997 ), Cara baru mendidik Anak Sejak Dalam Kandungan, Indonesia:Bandung ( 1999).
  1. http://www.nytimes.com/2006/03/14/health/14preg.html, By CARL ZIMMER, March 14, 2006, Perjuangan Senyap: Satu Teori Baru Kehamilan, 12 03 2009
  1. http://drpakar.blogspot.com/search/label/bayi - Saturday, March 15, 2008,Fasa Selepas GDM: Jaga Diri Dan Bayi Anda , 18.03,2009.
10. http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&sub=0&bhs=may&storyid=1155038114669 28 April 2008 oleh Kementerian Kesihatan, MALAYSIA ( 16 Mac. 09)
  1. http://comelnya.com/mengandung/panduan-pemakanan-ibu-mengandung, Panduan Pemakanan Ibu Mengandung, November 28th, 2007 ; 16 Mac 2009.
  1. http://219.94.96.174/projek03/68S5ALYNg/Pembiakan/Proses%20persenyawaan%20dan%20perkembangan%20zigot.htm
  1. James Marti dan Heather Burton, ( 1999), Holistic Pregnancy and Childbirth: Chapter Four, United States Of America: New York. ( 17.03.2009)
  1. Richard Parncutt,R. (2004), Prenatal Biological Correlates Of Emotion And The Origins Of Music (Talk, Abstract). 8th International Conference On Music Perception And Cognition (Evanston, Illinois, 3-7August) (p.41). ( 17. 03.2009)

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91