Followers

About Me

My Photo

A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Friday, June 6, 2014

Masa Depan Graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari UPSI

Setelah hampir dua tahun meninggalkan UPSI, bergraduat sebagai Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak. Namun akhirnya apa yang kami perolehi? Tiada apa. Sedih! Sungguh menyedihkan. Rakan lain sudah bergembira dengan gaji tetap dan jawatan mereka di sekolah sekolah namun kami  yang kurang bertuah tidak mendapat apa-apa dan harus berusaha keras mencari kerja lain demi tanggungjawab pada diri sendiri dan ibubapa.

~Wow~ Sungguh negative dan nampak sangat terlalu depending dengan “posting” by government kan statement ni.

Well adik-adik junior yang masih belajar di UPSI, jangan lemah semangat. Teruskan pembelajaran anda. Saya pernah melalui apa yang dikatakan kecewa dan marah terhadap UPSI sebab tak bagi posting sedangkan ahli keluarga semua mengharapkan kita yang keluar daripada UPSI ni berjaya dan bergaji besar seperti cikgu.  

Cukup lah hanya kami yang melalui kekecewaan itu.. adik-adik semua fakir positif ye.Banyak cabang kerja yang kita dapat di luar sana jika berusaha.

Jangan takut untuk berhadapan dengan pengalaman baru di luar bidang / skop yang kita belajar. Saya sendiri berada di luar bidang sekarang. Saya sedang bekerja dalam bidang perbankan di sebuah company yang CHINA-MALAYSIA-SINGAPORE.

Saya bersyukur kerana diberi peluang bekerja di tempat seperti ini. Saya belajar banyak benda dan saya berdepan dengan pelbagai masalah setiap hari. Saya tidak menyesal bekerja dalam bidang ini. Ya saya akui ini kerja terdesak pada awalnya namun sekarang saya sedar ini semua pemberian TUHAN.

Well sepanjang setahun lebih berkerja di sini.. aku dapat beberapa offer daripada pengusaha tadika yang menawarkan jawatan untuk menjadi tenaga pengajar kepada branch yang akan mereka buka di Kuala Lumpur. Itu sesuatu yang amat mengujakan saya. Tetapi saying sebab saya terpaksa menolak semuanya…

Sesetengah orang mungkin  berkata, REZEKI bukan Selalu datang. Tapi saya percaya pada TUHAN, bila saat yang sesuai tiba, pasti akan ada sesuatu yang jauh lebih baik  untuk saya. Jangan berhenti berusaha, Jangan paksa hati melakukan suatu pekerjaan yang mungkin kita minat tapi menyusahkan kita.

Peace All….

Sunday, January 12, 2014

Masalah Pertuturan Kanak-kanak



Seorang manusia akan mula mengalami perkembangan pertuturan sebaik sahaja  dia boleh mendengar walaupun masih tidak bole bertutur. Itu bermaksud, bayi dalam kandungan sudah mulai belajar pelbagai perkara yang dikatakan kepadanya. Sebab itu ibu mengandung digalakkan memperdengarkan music kepada bayi sejak dalam kandungan bagi menrangsang sel-sel otak bayi.

4 peringkat teori Piaget menyatakan bahawa, pada peringkat kelahiran, segala percakapan yang didengari bayi akan direkodkan dalam otaknya. Di simpan sehingga sampai suatu masa, bayi tersebut mulai bertutur menggunakan perkataan – perkataan yang pernah di dengarnya.

Pendidik dalam bidang awal kanak-kanak (PAKK) pasti akan menjumpai kes-kes seperti anak murid pelat. Bertuah la guru PAKK kalau dalam kelasnya hanya ada satu atau dua orang murid pelat. Hal ini berkaitan dengan pendedahan cara pertuturan yang diberikan kepada bayi di peringkat awal. Maksudnya,  cara orang dewasa di skelilingnya berkomunikasi sesama mereka dan juga terhadap bayi.

Kalau parents dah cakap bahasa yang tidak ada maksud dengan bayi tu sejak awal, no wonder bayi tu akan develop pertuturan seperti itu sehingga ke alam kanak-kanak dan akhirnya di kenali sebagai pelat. Jangan salah faham, sama juga jika parents bercakap ganas-ganas, teriak-teriak dan jerit-jerit antara satu sama lain di hadapan bayi, halt u juga akan mempngaruhi lembut/ kasar cakap bercakap bayi apabila mereke meningkat dewasa.

Berhati-hati la parents dan pendidik sekalian.

Monday, September 2, 2013

Cikgu Pendidikan Awal Kanak-Kanak selepas tamat pengajian.



Adoyai..
Blog ni tak berupdate pon dengan info info mengenai PAKK sebagaimana sepatutnya.
Info kepada adik2 di luar sana (di dalam UPSI). Jangan risau mengenai pekerjaan yang anda selepas anda selesai belajar.

Fyi, setakat ini sudah ramai classmates yang sudah berjaya mendapat posting. Cepatkan? Kiranya pasaran kerja untuk bidang kita ini dalam alam pekerjan for the time being masih sangat tinggi. Kebanyak mereka yang memperoleh posting selepas sesi intervicew dengan KPM.

Tengok, cepatkan? Paling pun yang lain akan dapat interview awal tahun depan. So no worries dan smeoga berjaya.

Lagi satu pesan ni, alert la sikit dengan maklumat. Sibuk mana pun sila la alert dengan maklumat yang ada kat facebook, mana tau kawan2 ada updates apa2. nak tahu kenapa? Sebab admin ter’miss’ application for permata yang baru je dapat posting tu. Bukan main aku update kan? Tapi diri sendiri yang ter ‘cuai’ dan missed the opportunity. Coz due date on 30april tu adalah waktu kesibukan sangat melanda minda di sebabkan hari perkahwinan semakin hampir.

Ok lah. Semoga ada update lagi dalam masa terdekat ni.

Thursday, November 15, 2012

Hala Tuju Selepas SPM? STPM atau Diploma?



Hai, Entry kali ini tidak berkaitan dengan Major mahupun Minor dalam pengajian saya. Hee… well.. hal ini lebih kepada nasihat. Sebelum aku buat entry ni, mood aku diterbitkan oleh sorang pemandu bas di UPSI. Beliau sudah lama ku kenal mukanya, namanya saja tidak. Hehe. Selepas tu aku google la juga, nak tengok banyak mana maklumat yang dah di berikan oleh blogger-blogger lain. 

          Rasanya hal yang aku nak sampaikan adalah sedikit berbeza daripada apa yang sudah ada di hujung jari anda. Hal ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga beberapa fakta yang mungkin menjadi pertimbangan bagi adik-adik lepasan SPM khususnya. 

          Baiklah, dulu aku mengambil aliran sains tulen dan keputusan spm aku tidaklah terlalu membanggakan. Cukup makan sebab aku akui aku sedikit silap sebab menerima sains tulen sebagai aliran aku. Kemampuan aku lebih kepada aliran kemanusiaan. Maka selepas SPM, keinginan aku untuk menyambung pengajian ke Universiti membuak-buak. Pengaruh dan pendapat orang di persekitaran menyemarakkan lagi keinginan aku. Tapi aku meneruskan pengajian ke peringkat STPM. Aku dan rakan-rakan yang mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian ke STPM mendapat cemuhan teruk daripada beberapa orang guru. Aku masih ingat seorang guru dari Pulau Pinang dan mengajar Biologi sempat mencerca dan merendah-rendahkan kami kerana tidak berganjak dari Sekolah selepas SPM. Cikgu tu membanding-bandingkan kami dengan seorang kawan yang sudah melanjutkan pembelajaran ke peringakt diploma di sebuah universiti tempatan dan yang ke matrix tidak payah cerita la. Kerana kami daripada Sains Tulen maka yang tinggal di sekolah di cop sebagai mereka yang paling teruk a.k.a bod..*.

1.     Kewangan.

Ramai juga cikgu mencadangkan aku menerima surat tawaran  dari mana-mana institusi pengajian tinggi. Kemudian masa tu aku melihat kebelakang, kepada keluarga aku, melihat kemampuan kewangan mereka. Aku bukan datang dari keluarga yang senang. Aku mempertimbangkan semua kemungkinan. Aku tidak mahu berpura-pura mampu, sedangkan ibu bapaku akan payah menanggung aku semasa aku dalam pengajian nanti, so aku teruskan ke peringkat STPM. Kecuali aku mendapat biasiswa, baru aku akan menerima tawaran melanjutkan pelajaran. Mami sempat menyuruh aku mempertimbangkan tawaran dari UNIMAS tapi aku menolak sebab aku tidak berminat untuk Pengajian Perniagaan.

2.     Cita-cita/Pekerjaan

Aku tidak menetapkan apa yang aku akan ‘jadi’ selepas ini. Aku masih dalam proses mempertimbangkan. Jadi, kalau aku masih dalam keadaan seperti itu, aku akan cenderung memilih bidang yang mungkin tidak tepat. pengalaman semasa memilih aliran di tingkatan empat membuatkan aku takut jika tersalah memilih sekali lagi. Sebab itu, aku teruskan ke tingkatan enam.

3.     Tahun Pengajian 

Haa, yang ini sedikit tricky.  Selepas SPM, ada dua cabang iaitu DIPLOMA dan STPM.  Okay perhatikan dengan baik. Baca dengan teliti. DIPLOMA akan mengambil masa selama 3 tahun. STPM akan mengambil masa selama 1.5 tahun. Selepas tamatt STPM, setiap kita akan layak melanjutkan pembelajaran ke peringkat Ijazah, so bayangkan, diploma + ijazah = dalam 6/7tahun sedangkan jika daripada STPM +ijazah = 4.5 / 5.5 tahun sahaja. Jimat masa weii.. ini  kenyataannya. 

4.     Kos Pengajian. 

Jika anda memilih diploma dan memilih PTPTN atau sebarang perkhidmatan pinjaman yang lain, anda mungkin akan berhutang lebih kurang RM20K sedangkan STPM? Aku dapat biasiswa kot masa kau dalam form 6 tu. Dan sekarang ni aku mengaku la juga aku berhutang tapi jumlahnya kurang berbanding kawan yang mengambil diploma. RM26K untuk 4 tahun pengajian.

Aku mendapat ijazah pada umur 24/25 tahun. Sedangkan yang mengambil diploma mungkin akan mendapat ijazah dalam 27/28 tahun. So mana lebih baik bagi anda? Kalau nak pendapat aku, aku cadangkan anda meneruskan ke peringkat STPM dan nikmati kehidupan bersekolah di high school dengan sepuasnya sebab selepas anda keluar daripada high school anda akan merinduinya. Mungkin anda berpakaian seragam selama 1.5 tahun dan perlu belajar lebih daripada mereka yang memilih diploma tapi ‘sedapnya’ STPM di belakang hari. Fikirkan adik-adik.Lihat diri sendiri k.

Wednesday, October 3, 2012

Tentang Projek Tahun Akhir


Hi…
Beberapa hari lepas… aku sedikit bangga la juga sebab ada junior masuk blog ni dan membaca tulisan aku ni. Hehe, well to be honest, sy pun bukannya hebat mana tapi saya sudi membantu anda jika anda perlukan penjelasan. 

Okey, penjelasan bermaksud member anda faham okay. Bukan membantu anda menyiapkan assignment which means sy akan taipkan untuk anda. Sediakan bahan untuk anda dan sebagainya. Sebab ada dalam kalangan yang bertanya mengharapakan lebih daripada penjelasan… kalau ini la sikap anda di universiti… anda akan bergraduat tanpa apa-apa.
Balik pada Thesis atau sebenarnya hanya Projek Tahun Akhir, aku sekarang ni sedang siapkan bab 4… bab 4 ni adalah analisis data. Tapi… terus terang ini la bab yang paling sakit nak buat. Jadi banyakkan membaca. 

Semasa berpraktikal kamu mungkin akan berasa, susahnya melaksanakan kajian ini. Mungkin kamu tidak jelas dengan kaedah yang kamu ingin lakukan.. well ini perkara biasa. (mungkin). Sebab saya sendiri mengalami hal yang sama.

Tapi go on dengan projek kamu. Buat juga. Walau apa pun caranya. Laksanakan juga. Sebab kamu tidak akan tahu selagi kamu tak buat. Maksud saya, at least kamu ada data untuk di analisis selepas itu. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab kalau kamu x buat langsung kamu akan terpaksa mulakan dari awal. Jadi? Pilih mana satu yang kamu nak. Jika kamu ada sekit data, mungkin kamu hanya perlu twist sikit tajuk untuk disesuaikan dengan data yang kamu ada. Bincang dengan Pensyarah dan supervisor kamu. 
Sekian... Jumpa lagi lain kali....

p/s: you are free to ask me... anything and I will  try answer you...

Friday, March 2, 2012

Praktikal Part 1

Sudah lama tak updet blog ni.
Kali ni wen nak updet pasal praktikal. :) wink. Adik2 junior sem 6 kat upsi mesti besh kan dapat pendedahan awal nak macam mana ghuponye prektikal ni. hihi

Well amaran awal, ini bukan nak menakutkan tapi lebih kepada membuat adik2 atau akak2 atau abg2 yang masih dalam sem 6 d mana2 intistusi pendidikan especially those yang ambil option pendidikan awal kanak-kanak.

Yes, wen tak nafikan masa kat UPSI dulu... memang every semester ada ke sekolah untuk buat assignment either untuk mengajar selama seminggu. :P great kan? Wen sangakan dengan pengalaman tu wen da cukup ready dan familiar dengan situasi Pra-sekolah/tadika/kindergarten or any else yg berkaitan dengan budak budak. 

Percayala, sangat berbeza...apa yg beza.. situasinye... caranye.. hehe..
Ok tips untuk post pertama ni: wen nak cadangkan:

1.     Rajin rajinkan lah diri anda mencari rancangan pengajaran harian yang mernagkumi kesemua tunjang. 

2.     Cari seberapa banyak gambar berkaitan dengan pendidikan awal aknak2 dan juga secara bertema.

3.     Carilah seberapa banyak aktiviti luar yang boleh dilakukan untuk aktiviti luar. Maksudnye permainan. Kalau ada 16 aktiviti lagi bagus. Sebab kita praktikal ada 16 minggu.

4.     Bagi morning circle pula, part ni bagi mwen adalah part yang sangat penting dan sangat2 perlu sebab kita nak sediakan budak tu untuk meneruskan pembelajaran pada hari tersebut. Aktiviti bagi morning cirlcle haruslah berkaitan dengan tunjang komunikasi bahasa Malaysia sahaja. (baru je tahu tadi)
5.     Bersambung......

Okey setakat ini dulu... kalau masih tak jelas lain kali kalau berkesempatan wen akan updet lagi....

Nak baca pengalaman peribadi wen?: tengok kat Panda Montel.

Tuesday, January 3, 2012

Te Whariki Dan Ahli Teori


Observe an early childhood programme. What evidence do you see of influence of one or more theorist (for instance, Piaget, Erickson, Vygotsky) or the behaviourist.


1.0       Pengenalan
Kurikulum terbahagi kepada empat iaitu kurikulum sebagai sistem, kurikulum sebagai pengalaman, kurikulum sebagai bidang kajian dan kurikulum sebagai mata pelajaran.  Kurikulum  boleh dianggap sebagai satu sistem yang berurusan dengan manusia dan proses atau organisasi untuk melaksanakannya. Sistem ini boleh menjadi linear atau bukan linear (Doll, 1993).  Selain itu, kurikulum juga dikatakan sebagai  semua pengalaman yang dipelajari dengan panduan guru (Caswell & campbell, 1935). Di samping itu, kurikulum juga boleh dilihat sebagai satu bidang kajian yang mempunyai asas dan dominan pengetahuan dan juga kajian, teori dan prinsip yang tersendiri. Perbincangan kurikulum biasanya berbentuk akademik dan teoritikal tertumpu kepada isu-isu sejarah, falsafah dan sosial (McNeil, 1990). Kurikulum adalah sebagai mata pelajaran atau kandungan pelajaran (seperti Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Melayu, dan yang lain) bagi tahun gred, kelas atau tingkatan tertentu (Shepherd dan Ragan, 1993)
             

2.0       Perkembangan Curriculum Te Whāriki
Sejak tahun 1840,  Britain menjajah New Zealand telah memberi kesan terhadap  pentadbiran, budaya, ekonomi, kehidupan sosial dan pendidikan New Zealand. Selepas tahun 1984, New Zealand tidak bergantung kepada pasaran Britain dan menukar ekonomi kepada bidang perindustrian. Parti yang memerintah telah berusaha dalam pembaharuan ekonomi dan pendidikan  New Zealand. Pada tahun 1989, telah mengeluarkan Education Act of 1989, dan National Education Guidelines. Manakala pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran New Zealand telah memperkenalkan Te Whāriki untuk pendidikan awal kanak-kanak.  Pada tahun 1998, kerajaan menetapkan semua prasekolah harus merancang pengajaran perlu mengikut Te Whāriki supaya memperoleh bantuan kewangan dari kerajaan. (Brewerton, 1996; Carr & Mary; Soler &Miller, 2000).
Te Whāriki merupakan kurikulum bicultural yang menyediakan pembelajaran kepada  kanak-kanak/tamariki dalam konteks pembangunan budaya. Kurikulum ini menekankan perkongsian pembelajaran antara guru/Kaiako, ibu bapa, dan keluarga/whānau. Kurikulum Te Whāriki mengandungi empat prinsip dan panduan yang utama, iaitu memberi kuasa (Empowerment), perkembangan holistik (Holistic Development),  keluarga dan komuniti (Family and Community), dan perhubungan (Relationship). Prinsip ini mengandungi lima matlamat iaitu kebajikan (Well-being/Mana Atua), semangat kekitaan (Belonging/Mana Whenu), sumbangan (Contribution/Manna Tangata), komunikasi (Communiction/ Mana Ero), eksplorasi (Exploration/Mana Aoturoa). Setiap matlamat mempunyai 18 objektif  pembelajaran untuk kanak-kanak.
           
 3.0       Teori Ekologi Bronfenbrenner dengan kurikulum Te Whāriki
Teori ini diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917-2005) dan mengaplikasikan konsep sains ekologi berbentuk lapisan bulatan yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu perkembangan kanak-kanak. Teori bioekologikal beliau ini menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak sangat memperngaruhi perkembangan mereka. Contohnya, pengelibatan keluarga dalam pendidikan awal kanak-kanak dan pengaruh persekitaran yang berinteraksi terhadap pertumbuhan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, beliau telah mengemukakan lima sistem persekitaran yang dimaksudkan iaitu.
3.1       Mikrosistem
Persekitaran yang terdekat dan mempunyai interaksi secara langsung serta menghabiskan paling banyak masa dengan kanak-kanak. Contohnya ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, jiran dan guru.
3.2       Mesosistem
Perhubungan diantara komponen yang ada didalam sistem mikrosistem. Perkara yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah.
3.3       Eksosistem
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak. Contohnya pendedahan yang diterima oleh kanak-kanak daripada rakan-rakan ibu bapa, jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa dan institusi sosial lain akan memberi kesan kepada penampilan dan perkembangan kanak-kanak.


            3.4       Makrosistem
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 200H). Sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dan mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
3.5       Kronosistem
Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika di banding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Lima sistem yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner ini sangat mempengaruhi Kurikulum Te’Whariki. Secara keseluruhan, hal ini sangat jelas dan terbukti dengan melihat kepada dua daripada empat prinsip utama yang diketengahkan oleh kurikulum ini. Prinsip tersebut adalah prinsip ketiga, Keluarga dan Komuniti (Family and Community) dan prinsip ke empat Perhubungan (Relationship). Secara keseluruhannya Teori Bronfenbrenner banyak berkait dengan hubungan, keluarga dan komuniti yang terdapat dalam persekitaran kanak-kanak.
This theory looks at a child’s development within the context of the system of
relationships that form his or her environment. Bronfenbrenner’s theory defines
complex “layers” of environment, each having an effect on a child’s development.”
(Dede Paquette – John Ryan, 2001)

Te Whāriki menjelaskan prinsip ketiga sebagai persekitaran kanak-kanak yang luas merupakan sebahagian daripada kurikulum individu kanak-kanak itu manakala bagi prinsip ke empat pula, kurikulum ini menjelaskan bahawa kanak-kanak belajar melalui respon dan perhubungan yang bertimbal balik dengan orang, tempat dan sesuatu benda. Sistem miksrosistem dan mesosistem  dalam teori ekologikal juga menghuraikan hal yang sama dan menekankan hal-hal berkaitan dengan perkara yang wujud pada persekitaran kanak-kanak dan akan mempengaruhi perkembangan mereka.

Te Whāriki  juga menyatakan bahawa sesebuah keluarga harus menyediakan kemudahan yang terbaik bagi kanak-kanak. Kelebihan psykologi dan pendidikan telah dilihat memberikan kesan yang sangat memberangsangkan dan secara langsung. Di samping itu Te Whāriki  menjelaskan juga bahawa perhubungan diantara sekolah dengan rumah adalah sangat penting. Persekitaran, rutin, individu yang terlibat dan pelbagai kejadian seperti di rumah harus diinterpertasikan didalam sekolah kerana hal ini akan memyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami pembelajaran spontan. Konsep pembelajaran spontan merupakan konsep yang seharusnya diberikan dan disediakan kepada kanak-kanak dan bukannya pembelajaran yang dipaksakan. Sehubungan dengan itu, Te Whāriki menekankan penyediaan Home-based programmes yang memberikan kanak-kanak persekitaran dan aktiviti  selari.

Seterusnya, beralih kepada Konteks Kurikulum Awal Kanak-kanak Te Whāriki (The Context Of Early Childhood Curriculum) menyokong bahawa persekitaran pembelajaran kanak-kanak harus  menyerupai persekitaran rumah mereka. Hal ini disebabkan kanak-kanak sebagai individu yang akan menerima ilmu (learner) persekitaran terdekat merekamerupakan pusat perkembangan mereka pada tahap pertama. Tahap seterusnya yang dikemukakan oleh Te Whāriki mempunyai pengaruh yang kuat kepada keupayaan kanak-kanak  belajar.  Tahap ini mengandungi persekitaran major  yang dialami oleh kanak-kanak seperti rumah mereka, persekitaran dan layanan yang sama seperti dirumah, dan hubungannya dengan persekitaran tersebut.  Bronfenbrenner menjelaskan hal ini dalam sistem mikrosistem dan  mesosistem.

4.0       Teori Sosial Budaya dan Kognitif  Lev Vygotsky dengan kurikulum Te Whāriki
Te Whāriki dalam konteks sosiobudaya yang berasaskan pada teori Vygotsky menyentuh tentang kanak-kanak mempelajari perkara yang penting dan berguna dalam komuniti mereka melalui perkongsian dan melakukan aktiviti dengan orang lain. Beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang berada di persekitarannya. Hal ini menjadi alat penyampai sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang alam sekeliling. Pembelajaran berlaku melalui interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya  dan keadaan ini menentukan setiap perkara yang diinternalisasikan daripada aspek luaran kepada aspek dalaman diri seseorang kanak-kanak.
Vygotsky menyarankan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD), iaitu kadar keupayaan potensi yang tersirat dan tidak dapat dilihat.  Menurut beliau, ZPD merupakan celah antara pencapaian sebenar (actual developmen)t dan potensi pencapaian (potential development). Hal ini dijelaskan sebagai pencapaian seorang kanak-kanak yang dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan pencapaiannya melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau berkerjasama dengan rakan sebaya. Melalui pemerhatian, kanak-kanak berupaya mengembangkan potensinya melalui interaksi dengan persekitaran. Vygotsky percaya kanak-kanak berkembang jauh jika berinteraksi dengan orang lain.
 Kurikulum ini menekankan peranan yang penting dalam pembelajaran sosial budaya, hubungan sesama, tempat dan benda dan kanak-kanak memperoleh pengetahuan melaluinya. Persekitaran yang kondusif memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari dan cuba mengeluarkan idea dengan orang dewasa dan kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak juga belajar melalui kerjasama dengan orang dewasa, rakan sebaya, pemerhatian orang lain, penerokaan dan refleksi. Kurikulum di New Zealand memberi peluang kepada kanak-kanak membangunkan pengetahuan dan pemahaman warisan budaya Te Tiriti o Waitangi.
Persekitaran pembelajaran membantu kanak-kanak dalam usaha mereka untuk memberi makna dan mengetahui dunia mereka.  Dalam bidang pendidikan, Vygotsky menyarankan bahawa peluang kanak-kanak berinteraksi dengan ibu bapa, rakan, dan orang lain akan membantu mereka menerima ilmu pengetahuan. Selain daripada itu,  elemen-elemen di dalam persekitaran menerangkan sebab musabab terjadinya sesuatu perkara. Kanak-kanak harus diterima dan dialu-alukan tanpa mengira keupayaan mereka. Ibu bapa dan whànau dialu-alukan untuk melibatkan diri dalam program sekolah kerana sangat bermakna kepada anak-anak mereka.
Vigotsky menyatakan “scaffolding” sebagai bantuan yang akan diberikan kepada kanak-kanak dan akan semakin berkurangan sehingga kanak-kanak mampu melakukannya sendiri dan bantuan tidak diberikan lagi. Sehubungan dengan itu, kurikulum Te Whāriki memerlukan orang dewasa menyediakan “scaffolding” kepada kanak-kanak untuk membimbing kanak-kanak melakukan sesuatu contohnya menguasai kemahiran mengira. Orang dewasa membantu kanak-kanak memahami konsep dalam pengiraan dan membantu mereka mengira  atau membuat latihan dan mengurangkan bimbingan secara perlahan-lahan apabila kanak-kanak semakin menguasainya.
Strand 4 ialah Komunikasi (communication)  dalam Kurikulum Te Whāriki melibatkan bahasa dan simbol. Strand ini menekankan kepentingan bahasa mereka sendiri dan budaya lain harus dilindungi dan dipromosikan. Strand 4 beberapa matlamat utama yang melibatkan kanak-kanak kepada persekitaran mereka iaitu:
a)      mereka membangunkan kemahiran komunikasi bukan lisan untuk pelbagai tujuan
b)      Mereka memperkembangkan kemahiran lisan untuk pelbagai tujuan
c)      mereka mengalami  pelbagai pengalaman melalui cerita dan simbol dalam budaya sendiri dan budaya yang orang lain.
d)     mereka mencari dan membangunkan daya kreativiti dan mengekspresif dengan cara yang berbeza.
Vygotsky pula menyatakan bahawa bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pemikiran abstrak kanak-kanak. Beliau juga menekankan kepentingan proses pelabelan dalam penggubalan konsep oleh kanak-kanak. Beliau percaya bahawa bahasa kanak-kanak mula bersosialisasi di tempat asal mereka dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Dengan ini, perkembangan bahasa kanak-kanak merupakan sebahagian interaksi sosial mereka. Beliau melihat kanak-kanak menjalani kehidupan harian memberi pengalaman terhadap perkembangan bahasa terutamanya dalam pemikiran mereka.
Kurikulum Te Whāriki menyatakan bahasa merupakan sebahagian penting dalam komunikasi. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, salah satu tugas utama adalah membangunkan kecekapan, kemahiran dan pemahaman bahasa kanak-kanak. Perkataan, ayat, cerita, drama, matematik, pergerakan, irama dan muzik merupakan sebahagian daripada bahasa. Pada tahap awal, kanak-kanak belajar menyampaikan pengalaman mereka menerusi banyak cara, dan  mentafsir cara orang berkomunikasi dengan yang lain. Kanak-kanak akan meningkatkan kecekapan dalam pemikiran simbolik, abstrak, imaginasi, dan kreativiti mereka ketika mengalami proses ini. Pertumbuhan bahasa akan menjadi bermakna apabila kanak-kanak mengetahui sebab untuk berkomunikasi. Sebagai orang dewasa, adalah perlu untuk mereka memahami dan menggalakkan komunikasi lisan dan bukan lisan dalam kalangan kanak-kanak.  Orang dewasa harus mengiktraf gaya komunikasi bukan lisan kanak-kanak. Selain itu, mereka juga harus memantau perkembangan bahasa tubuh badan mereka supaya mereka berinteraksi sesuai dengan kanak-kanak yang lain.
Vygotsky percaya percakapan merupakan perkara yang penting untuk menjelaskan sesuatu perkara. Selain itu, percakapan juga membantu dalam mempelajari aspek komunikasi. Kanak-kanak menyelesaikan tugasan dengan bantuan komunikasi, mata dan tangan. Melalui pemerhatian perbualan, persepsi, ucapan dan tindakan membantu kanak-kanak memahami situasi sebenar.  Walaupun, seseorang kanak-kanak tidak dapat memahami perkataan yang digunakan tetapi mereka dapat mentafsir konteks, ekspresi dan bahasa badan untuk memahami perkataan tersebut.
Kurikulum Te Whāriki komunikasi matlamat pertama iaitu kanak-kanak mengalami persekitaran di mana mereka membangunkan komunikasi bukan lisan untuk pelbagai tujuan. Kanak-kanak berkembang secara bukan lisan dan dapat menyampaikan idea imaginatif mereka. Selain itu, pemahaman bahasa kanak-kanak akan semakin meningkat dalam mesej bukan lisan, termasuk keupayaan untuk melayani permintaan yang bukan lisan dan cadangan.
Te Whāriki dipengaruhi oleh teori Vygotsky dalam pembelajaran iaitu model pembangunan secara berterusan di mana setiap kanak-kanak melihat individu dan pembelajaran mereka melalui scaffolded (Berk, 2003). Dengan ini, pendidik harus berusaha menarik minat kanak-kanak dalam pembelajaran ke arah lebih maju. Te Whāriki mentafsirkan penilaian sebagai proses mendapat maklumat yang berkaitan dengan pencapaian kanak-kanak. Tujuan penilaian adalah menyediakan maklumat yang berkaitan dengan menyumbang dan meningkatkan peluang pembelajaran kanak-kanak (MOE, 1996, p.99). 

5.0       Teori Kognitif Jean Piaget dengan kurikulum Te Whāriki
Kurikulum Te Whāriki yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 ini  telah menyebabkan perubahan yang besar kepada sistem kurikulum yang diamalkan oleh New Zealand. Piaget menyenaraikan empat peringkat utama yang melibatkan perkembangan kanak-kanak iaitu Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Bagi peringkat ini dua peringkat awal tersebut merupakan peringkat yang berkaitan dan akan dihuraikan.

Sesuai dengan salah satu prinsip yang di ketengahkan oleh Te Whāriki,  iaitu Perkembangan Menyeluruh (Holistic Development), kurikulum ini turut menyediakan kurikulum bagi kanak-kanak seawal peringkat bayi sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun.  Berdasarkan teori piaget, pada peringkat sensorimotor, bayi masih kurang faham tentang konsep kekekalan objek. Te Whāriki menjelaskan bahawa pada peringkat awal, bayi memerlukan persekitaran yang mudah untuk diteka  namun masih mempunyai cabaran dan kejutan. Kurikulum ini turut memahami bahawa bayi mungkin akan menggunakan bahasa dan memberikan sebab untuk memahami persekitarannya melalui penerokaannya  terhadap alam sekitar.

Disamping itu, kurikulum ini juga memahami bahawa kanak-kanak memerlukan sokongan dan galakkan daripada orang dewasa bagi memperkembangkan penguasaan kemahiran berbahasa dan kognitif mereka. Hal ini sepadan dengan peringkat kedua piaget yang mana menyatakan bahawa pada peringkat ini kanak-kanak mulai memiliki perkembangan formasi simbol  selain memiliki pemikiran egosentrik atau pemikiran yang berpusat pada diri sendiri sahaja. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan orang dewasa  membimbing perkembangan mereka. Sehubungan dengan itu, adalah sangat penting untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak  melakukan sesuatu yang baru dengan cabaran yang lebih sukar dan memerlukan mereka untuk lebih bekerjasama. Pengalaman yang diperolehi kanak-kanak dalam aktiviti yang dilakukan akan  membantu mereka mengalami transisi ke sekolah dengan lebih baik. Oleh hal yang demikian kurikulum ini menyatakan beberapa keperluan kanak-kanak. Antaranya adalah orang dewasa yang boleh menggalakkan mereka untuk bercakap, mengkuiri, memahami persamaan dan perbezaan, dan pemikiran kompleks; peluang untuk menggunakan bahasa untuk meneroka dan berfikir bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.

6.0       Teori John Dewey dalam Kurikulum Te Whāriki
John Dewey telah memberi sumbangan idea kepada keperluan bermain dalam menyediakan pengalaman dunia sebenar dan pembelajaran kanak-kanak. Beliau menyatakan “free play” adalah hak untuk semua kanak-kanak yang akan memberi sumbangan dalam pemikiran dan pergerakan kreatif mereka. (Dewey, 1900, cited in May, 1997, p. 113). Beliau percaya pergerakan sebagai satu cara membuka kapasiti kreativiti kanak-kanak (Eisner & Ekner, 1970, ms 20).  Perkembangan ini dipercayai bermula di Playcentre dan di Tadika New Zealand dan konsep “free play” ini diambil kira sebagai sesuatu yang mustahak oleh ibu bapa dalam pemilihan tadika untuk kanak-kanak. Pengaruh ini telah memberi perubahan kepada pedagogi dan proses pengajaran kanak-kanak.
Kurikulum Te Whāriki exploration menyatakan bahawa kanak-kanak mengalami pengalaman dan pembelajaran  persekitaran apbila mereka bermain dan turut mengiktiraf permaian secara spontan. Kanak-kanak juga belajar melalui eksplorasi dengan alam sekeliling dan mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna melalui bermain. Melalui bermain, kanak-kanak dapat memperolehi keyakinan dan mengawal tubuh badan mereka. Selain itu, mereka juga mempelajari strategi penerokaan, pemikiran dan penaakulan yang aktif.  Kanak-kanak dapat membangunkan teori bekerja yang bermakna terhadap alam sekeliling, sosial, dan fizikal.  Orang dewasa mengetahui cara menyokong dan merancang permainan kanak-kanak dengan mengelakkan campur tangan dalam permainan kanak-kanak.
Semua aspek dalam alam sekeliling, semula jadi, sosial, fizikal dan bahan merupakan sebahagian daripada konteks pembelajaran.  Melalui pembelajaran alam sekitar, kanak-kanak mempelajari kepentingan dan menghormati alam sekitar. Kanak-kanak belajar melalui  bermain dengan melakukan, bertanya soalan, berinteraksi dengan orang lain, mengubah dan mengemukakan idea sendiri. Mereka juga belajar mengabungkan pengalaman yang pernah dilalui. Sikap kanak-kanak mempelajari pada peringkat awal mempengaruhi pembelajaran sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, pembelajaran perlu mengiktiraf, memahami, menghormati, dan menghargai alam sekitar yang berkaitan dengan orang Māori.

 7.0       Kesimpulan
Berdasarkan empat teori yang telah dibincangkan, dapat dismpulkan bahawa sesebuah kurikulum iti dibina berasaskan teori. Kurikulum ini secara jelas menyokong perkara yang dihuraikan oleh teori Bronfenbrenner yang menyatakan bahawa persekitaran kanak-kanak itu sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dan kurikulum Te Whariki mengambil hal ini sebagai teras dalam kurikulumnya dengan meletakkan Keluarga dan Komuniti  sebagaia salah satu prinsip utama penubuhannnya. Hal ini bermaksud, kurikulum ini akan melibatkan komuniti dan keluarga setiap kanak-kanak untuk sama-sama terlibat dengan pendidikan dan aktiviti sekolah. Selain daripada itu , teori Vygotsky pula diterapkan dalan prinsip ke empat iaitu Komunikasi (communication) dan merangkumi pengertian bahasa dan simbol oleh kanak-kanak sesuai dengan huraian teori ini. Bagi teori Piaget pula, huraian teori ini yang menyatakan bahawa kanak-kanak berada pada tahap sensori motor (bayi) dan pra-operasi dapat dilihat melalui ketelusan kurikulum ini menyatakan bentuk-bentuk kurikulum yang sepatutnya dijalankan kepada pelbagai peringkat perkembangan. Hal ini tentunya memerlukan sokongan dan bantuan ibu bapa atau orang dewasa bagi membolehkan perkembangan mereka sempurna dan sepatutnya.John Dewey, dalam teorinya menekan bermain sebagai salah satu cara kanak-kanak berkembang. Prinsip ke lima dalam kurikulum ini iaitu Penerokaan (Exploration) adalah berkaitan dengan ruang yang diberikan oleh kurikulum ini kepada kanak-kanak untuk meneroka persekitaran mereka.
Huraian tersebut dapat menyimpulkan bahawa keempat-empat teori yang di bincangkan mempunyai saling kaitan dan digarapkan oleh kurikulum Te Whariki untuk membentuk satu kurikulum yang mantap dan mengubah corak pembelajaran prasekolah di New Zealand.  Education to be More: Report of the Early Childhood Care and Education Working Group (1988) menyatakan bahawa kurikulum Te Whariki ini melibatkan proses ini memperkembangkan strategi untuk:
·         memantapkan penyampaian atau perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak.
·         Mengakui hasil kerja yang dilakukan oleh guru yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak
·         Melibatkan kanak-kanak sebagai pusat pembelajaran.
·         Membangunkan khidmat guru
·         Menubuhkan strutur sokongan bagi perkembangan awal kanak-kanak.

Sesebuah kurikulum juga tidak semestinya mengaplikasikan hanya satu teori sahaja. Ia boleh mengambil dan mengaplikasikan pelbagai teori bagi membentuk kurikulum yang mantap. Walau pun demikian menurut Doll (1992), kebanyakan kurikulum yang dibentuk tidak dapat diikuti sepenuhnya oleh setiap sekolah kerana kekangan-kekangan tertentu, namun sekurang-kurangnya, kurikulum ini menjadikan sesebuah sekolah mempunyai arah tuju dan bahan rujukan untuk beroperasi dan mengajar kanak-kanak.
Huraian-huraian tersebut  membuktikan keberkesanan teori yang dikemukakan oleh orang bijak pandai terdahulu sangat berguna dan memberi kesan yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

 8.0       Bibliografi.
C. Stephen White & Mick Coleman (2000). Early Childhood Education:Building aphilosphy for teaching. Upper Sadle River, New Jersey: Colombius, Ohio
Daniel Tanner & Laurel Tanner (2007). Curriculum Development : Theory into practice. Upper Sadle River, New Jersey: Colombius, Ohio
David Scott ( 2008). Critical Essays on Major Curriculum Theorists. Routledge: Great Britain
George J. Posner (2004). Analyzing the Curriculum. Mcgraw-Hill: New York
Susan Fraser & Carol Gestwicki (2002). Authentic Childhood:Exploring Reggio Emiliain the
classroom.


 TE WHÄRIKI- The Curriculum for Early Childhood Education in Aotearoa/New Zealand. Diambil daripada http://reach.uvic.ca/PPT/Pakai_paper.pdf pada 28 oktober 2011.

This Is An assignment by Yip And Wen. hope it will help u all.
 
blog ini diedit oleh fiezah91