Followers

About Me

My photo

A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Thursday, December 29, 2011

5.0 KEPENTINGAN GIMNASTIK KEPADA KANAK – KANAK



Penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti gimnastik atau kelas gimnastik memberikan mereka pelbagai faedah kepada mereka dan merangkumi aspek-aspek fizikal, kognitif dan fisiologi. Faedah ini akan memberikan impak kepada kehidupan mereka sehingga mereka meninggal dunia.
5.1       Kepentingan Fizikal
Aktiviti gimnastik membantu  kanak-kanak mempertingkatkan kemahiran fizikal mereka. Hal ini akan memudahkan mereka menguasai pelbagai permainan lain dengan lebih baik contohnya bola keranjang, bolasepak dan lain-lain. Disamping itu, gimnastik turut membantu mengurangkan kecederaan otot kerana menitikberatkan kelenturan tubuh.
5.1.1   Kekuatan Otot
Mempertingkatkan kekuatan otot melalui aktiviti tumbling, melompat, melentur, dan menampung berat badan dengan menggunakan salah satu daripada anggota tubuh mereka dalam pelbagai posisi memebantu kanak-kanak membina tubuh yang kuat dan bertenaga. Otot-otot tubuh mereka terbina dengan baik semasa latihan. Ahli-ahli gimnastik lebih kuat, membantu membina daging tubuh yang pejal, menyekatakan otot, meningkatkan kesimbangan dan juga memperbaiki postur tubuh.


5.1.2   Tulang yang Sihat
Gimnastik yang melibatkan kemampuan menahan atau menampung berat badan membolehkan kanak-kanak atau ahli-ahli gimnastik membina tulang-tulang yang kuat dan sihat. Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak bekerja melawan graviti, bermaksud seseorang kanak-kanak perlu menggunakan sebelah tangan, kaki, atau sebelah kaki untuk menahan ataupun menampung berat badan mereka sendiri.
5.1.3   Kelenturan Tubuh
Selain itu, gimnastik turut membantu kanak-kanak memiliki kelenturan tubuh yang lebih baik. Secara ringkas, aspek ini melibatkan kemampuan atau keupayaan kanak-kanak menggerakkan otot-otot mereka dengan had maksimum. Hal ini demikian kerana gimnastik mementingkan kemampuan untuk menguasai pelbagai posisi  persembahan bagi setiap peralatan. Dalam kehidupan seharian pula, gimnastik dapat mengurangkan tekanan, membantu meningkatkan koordinasi, meningkatkan kesedaran tubuh.





5.2       Kepentingan Lain
5.2.1   Kemahiran Kognitif
Pengelibatan kanak-kanak dalam gimnastik bermakna mereka melatih otak mereka sama seperti mereka melatih tubuh mereka. Penemuan terbaru menyarankan bahawa terdapat perkaitan yang kukuh antara fizikal kanak-kanak dan pencapaian akademik. Sel-sel saraf  didalam otak dapat dikuatkan. Oleh hal yang demikian maka tidak hairanlah jika kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti fizikal secara konsisten seperti gimnastik mempunyai gred yang lebih baik dalam akademik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak aktif. Kajian membuktikan bahawa kanak-kanak dapat memperkembangkan kemahiran kognitif dengan lebih efektif  didalam persekitaran yang melibatkan kedua-dua komponen tubuh dan minda (Barret 1998). Gimnastik dalam pendidikan pergerakan awal kanak-kanak dikaitkan secara langsung dengan perkembangan neurologi kanak-kanak dan membantu mereka menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik.
5.2.2   Kemahiran Sosial
Kanak-kanak juga boleh menguasai kemahiran bersosial apabila terlibat dengan gimnastik. Mereka boleh berinteraksi dengan kanak-kanak lain didalam kelas yang sama. Disamping itu, sesetengah kelas gimnastik menggalakkan kerja berpasukan dan berpasangan di dalam kelas. Semakin banyak kanak-kanak bergaul dengan dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang berbeza di sekolah dan program selepas persekolahan, lebih banyak mereka belajar tentang cara untuk mengendalikan konflik dan berbaik dengan rakan yang lain.
5.2.3   Membantu Mengurangkan Masalah Tingkahlaku
Kanak-kanak atau remaja yang terlibat dengan sesebuah organisasi yang memerlukan pengelibatan mereka secara konsisten seperti kelab gimnastik akan mengelakkan kanak-kanak daripada terlibat dengan pelbagai masalah tingkahlaku seperti terlibat dengan rokok, penyalahgunaan dadah dan alkohol. Tambahan lagi aktiviti sihat seperti ini boleh dipercayai oleh ibu bapa.

3 comments:

Effy said...

di mana nak dapat kan kelas gimnastik utk kanak2? pls email me effyfazira@gmail.com

adda el carlisha said...

Hai.. i looking for artistic gymnastic class for my girl in nilai, kajang or putrajaya area .. pls send me an email adda_saffiya@hotmail.com

faiz said...

my girl is attending artistic class in Melawati.

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91