Followers

Friday, June 6, 2014

Masa Depan Graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari UPSI

Setelah hampir dua tahun meninggalkan UPSI, bergraduat sebagai Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak. Namun akhirnya apa yang kami perolehi? Tiada apa. Sedih! Sungguh menyedihkan. Rakan lain sudah bergembira dengan gaji tetap dan jawatan mereka di sekolah sekolah namun kami  yang kurang bertuah tidak mendapat apa-apa dan harus berusaha keras mencari kerja lain demi tanggungjawab pada diri sendiri dan ibubapa.

~Wow~ Sungguh negative dan nampak sangat terlalu depending dengan “posting” by government kan statement ni.

Well adik-adik junior yang masih belajar di UPSI, jangan lemah semangat. Teruskan pembelajaran anda. Saya pernah melalui apa yang dikatakan kecewa dan marah terhadap UPSI sebab tak bagi posting sedangkan ahli keluarga semua mengharapkan kita yang keluar daripada UPSI ni berjaya dan bergaji besar seperti cikgu.  

Cukup lah hanya kami yang melalui kekecewaan itu.. adik-adik semua fakir positif ye.Banyak cabang kerja yang kita dapat di luar sana jika berusaha.

Jangan takut untuk berhadapan dengan pengalaman baru di luar bidang / skop yang kita belajar. Saya sendiri berada di luar bidang sekarang. Saya sedang bekerja dalam bidang perbankan di sebuah company yang CHINA-MALAYSIA-SINGAPORE.

Saya bersyukur kerana diberi peluang bekerja di tempat seperti ini. Saya belajar banyak benda dan saya berdepan dengan pelbagai masalah setiap hari. Saya tidak menyesal bekerja dalam bidang ini. Ya saya akui ini kerja terdesak pada awalnya namun sekarang saya sedar ini semua pemberian TUHAN.

Well sepanjang setahun lebih berkerja di sini.. aku dapat beberapa offer daripada pengusaha tadika yang menawarkan jawatan untuk menjadi tenaga pengajar kepada branch yang akan mereka buka di Kuala Lumpur. Itu sesuatu yang amat mengujakan saya. Tetapi saying sebab saya terpaksa menolak semuanya…

Sesetengah orang mungkin  berkata, REZEKI bukan Selalu datang. Tapi saya percaya pada TUHAN, bila saat yang sesuai tiba, pasti akan ada sesuatu yang jauh lebih baik  untuk saya. Jangan berhenti berusaha, Jangan paksa hati melakukan suatu pekerjaan yang mungkin kita minat tapi menyusahkan kita.

Peace All….

3 comments:

Roll Nam said...

Amin..kuat semangat kau..semoge mengecapi ape yang dihajati..rase positif

Unknown said...

hai dik..mana yg minat nak belajar tentg diploma pendidikan kanak kanak ni..sgt dialukan..skrg ni zaman dh brubah..bukan saja dpt jadi cikgu taska ..cikgu tbk kemas.kpm..dan byknya taska private mcm Brainy bunch yg mcm cendawan sentiasa memerlukan cikgu kanak-kanak..adik pun bole bljr jd pakar terapi/kaunseling dan psikologi kanak-kanak juga..malah kalau pandai bole jd pakar motivasi dan consultant...carilah ilmu parenting ni...akak cuma nak share-dkt kolej akak kerjasama dgn UPSI-ade program ni..kalau berminat-wsp trus 011-16930576..akak bg info..tq admin

Unknown said...

Kak nk tanya, klau nk amik course pendidikan awal kanak kanak ni kena lulus math ke ?

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91