Followers

About Me

My Photo

Panda Montel is my Blog. I am just change the name of it since i found one of my follower were using the exactly blogs name. so now its was Pandamontel. do visit and hit if u free

Tuesday, January 3, 2012

Te Whariki Dan Ahli Teori


Observe an early childhood programme. What evidence do you see of influence of one or more theorist (for instance, Piaget, Erickson, Vygotsky) or the behaviourist.


1.0       Pengenalan
Kurikulum terbahagi kepada empat iaitu kurikulum sebagai sistem, kurikulum sebagai pengalaman, kurikulum sebagai bidang kajian dan kurikulum sebagai mata pelajaran.  Kurikulum  boleh dianggap sebagai satu sistem yang berurusan dengan manusia dan proses atau organisasi untuk melaksanakannya. Sistem ini boleh menjadi linear atau bukan linear (Doll, 1993).  Selain itu, kurikulum juga dikatakan sebagai  semua pengalaman yang dipelajari dengan panduan guru (Caswell & campbell, 1935). Di samping itu, kurikulum juga boleh dilihat sebagai satu bidang kajian yang mempunyai asas dan dominan pengetahuan dan juga kajian, teori dan prinsip yang tersendiri. Perbincangan kurikulum biasanya berbentuk akademik dan teoritikal tertumpu kepada isu-isu sejarah, falsafah dan sosial (McNeil, 1990). Kurikulum adalah sebagai mata pelajaran atau kandungan pelajaran (seperti Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Melayu, dan yang lain) bagi tahun gred, kelas atau tingkatan tertentu (Shepherd dan Ragan, 1993)
             

2.0       Perkembangan Curriculum Te Whāriki
Sejak tahun 1840,  Britain menjajah New Zealand telah memberi kesan terhadap  pentadbiran, budaya, ekonomi, kehidupan sosial dan pendidikan New Zealand. Selepas tahun 1984, New Zealand tidak bergantung kepada pasaran Britain dan menukar ekonomi kepada bidang perindustrian. Parti yang memerintah telah berusaha dalam pembaharuan ekonomi dan pendidikan  New Zealand. Pada tahun 1989, telah mengeluarkan Education Act of 1989, dan National Education Guidelines. Manakala pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran New Zealand telah memperkenalkan Te Whāriki untuk pendidikan awal kanak-kanak.  Pada tahun 1998, kerajaan menetapkan semua prasekolah harus merancang pengajaran perlu mengikut Te Whāriki supaya memperoleh bantuan kewangan dari kerajaan. (Brewerton, 1996; Carr & Mary; Soler &Miller, 2000).
Te Whāriki merupakan kurikulum bicultural yang menyediakan pembelajaran kepada  kanak-kanak/tamariki dalam konteks pembangunan budaya. Kurikulum ini menekankan perkongsian pembelajaran antara guru/Kaiako, ibu bapa, dan keluarga/whānau. Kurikulum Te Whāriki mengandungi empat prinsip dan panduan yang utama, iaitu memberi kuasa (Empowerment), perkembangan holistik (Holistic Development),  keluarga dan komuniti (Family and Community), dan perhubungan (Relationship). Prinsip ini mengandungi lima matlamat iaitu kebajikan (Well-being/Mana Atua), semangat kekitaan (Belonging/Mana Whenu), sumbangan (Contribution/Manna Tangata), komunikasi (Communiction/ Mana Ero), eksplorasi (Exploration/Mana Aoturoa). Setiap matlamat mempunyai 18 objektif  pembelajaran untuk kanak-kanak.
           
 3.0       Teori Ekologi Bronfenbrenner dengan kurikulum Te Whāriki
Teori ini diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917-2005) dan mengaplikasikan konsep sains ekologi berbentuk lapisan bulatan yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu perkembangan kanak-kanak. Teori bioekologikal beliau ini menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak sangat memperngaruhi perkembangan mereka. Contohnya, pengelibatan keluarga dalam pendidikan awal kanak-kanak dan pengaruh persekitaran yang berinteraksi terhadap pertumbuhan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, beliau telah mengemukakan lima sistem persekitaran yang dimaksudkan iaitu.
3.1       Mikrosistem
Persekitaran yang terdekat dan mempunyai interaksi secara langsung serta menghabiskan paling banyak masa dengan kanak-kanak. Contohnya ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, jiran dan guru.
3.2       Mesosistem
Perhubungan diantara komponen yang ada didalam sistem mikrosistem. Perkara yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah.
3.3       Eksosistem
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak. Contohnya pendedahan yang diterima oleh kanak-kanak daripada rakan-rakan ibu bapa, jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa dan institusi sosial lain akan memberi kesan kepada penampilan dan perkembangan kanak-kanak.


            3.4       Makrosistem
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 200H). Sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dan mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
3.5       Kronosistem
Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika di banding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Lima sistem yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner ini sangat mempengaruhi Kurikulum Te’Whariki. Secara keseluruhan, hal ini sangat jelas dan terbukti dengan melihat kepada dua daripada empat prinsip utama yang diketengahkan oleh kurikulum ini. Prinsip tersebut adalah prinsip ketiga, Keluarga dan Komuniti (Family and Community) dan prinsip ke empat Perhubungan (Relationship). Secara keseluruhannya Teori Bronfenbrenner banyak berkait dengan hubungan, keluarga dan komuniti yang terdapat dalam persekitaran kanak-kanak.
This theory looks at a child’s development within the context of the system of
relationships that form his or her environment. Bronfenbrenner’s theory defines
complex “layers” of environment, each having an effect on a child’s development.”
(Dede Paquette – John Ryan, 2001)

Te Whāriki menjelaskan prinsip ketiga sebagai persekitaran kanak-kanak yang luas merupakan sebahagian daripada kurikulum individu kanak-kanak itu manakala bagi prinsip ke empat pula, kurikulum ini menjelaskan bahawa kanak-kanak belajar melalui respon dan perhubungan yang bertimbal balik dengan orang, tempat dan sesuatu benda. Sistem miksrosistem dan mesosistem  dalam teori ekologikal juga menghuraikan hal yang sama dan menekankan hal-hal berkaitan dengan perkara yang wujud pada persekitaran kanak-kanak dan akan mempengaruhi perkembangan mereka.

Te Whāriki  juga menyatakan bahawa sesebuah keluarga harus menyediakan kemudahan yang terbaik bagi kanak-kanak. Kelebihan psykologi dan pendidikan telah dilihat memberikan kesan yang sangat memberangsangkan dan secara langsung. Di samping itu Te Whāriki  menjelaskan juga bahawa perhubungan diantara sekolah dengan rumah adalah sangat penting. Persekitaran, rutin, individu yang terlibat dan pelbagai kejadian seperti di rumah harus diinterpertasikan didalam sekolah kerana hal ini akan memyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami pembelajaran spontan. Konsep pembelajaran spontan merupakan konsep yang seharusnya diberikan dan disediakan kepada kanak-kanak dan bukannya pembelajaran yang dipaksakan. Sehubungan dengan itu, Te Whāriki menekankan penyediaan Home-based programmes yang memberikan kanak-kanak persekitaran dan aktiviti  selari.

Seterusnya, beralih kepada Konteks Kurikulum Awal Kanak-kanak Te Whāriki (The Context Of Early Childhood Curriculum) menyokong bahawa persekitaran pembelajaran kanak-kanak harus  menyerupai persekitaran rumah mereka. Hal ini disebabkan kanak-kanak sebagai individu yang akan menerima ilmu (learner) persekitaran terdekat merekamerupakan pusat perkembangan mereka pada tahap pertama. Tahap seterusnya yang dikemukakan oleh Te Whāriki mempunyai pengaruh yang kuat kepada keupayaan kanak-kanak  belajar.  Tahap ini mengandungi persekitaran major  yang dialami oleh kanak-kanak seperti rumah mereka, persekitaran dan layanan yang sama seperti dirumah, dan hubungannya dengan persekitaran tersebut.  Bronfenbrenner menjelaskan hal ini dalam sistem mikrosistem dan  mesosistem.

4.0       Teori Sosial Budaya dan Kognitif  Lev Vygotsky dengan kurikulum Te Whāriki
Te Whāriki dalam konteks sosiobudaya yang berasaskan pada teori Vygotsky menyentuh tentang kanak-kanak mempelajari perkara yang penting dan berguna dalam komuniti mereka melalui perkongsian dan melakukan aktiviti dengan orang lain. Beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang berada di persekitarannya. Hal ini menjadi alat penyampai sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang alam sekeliling. Pembelajaran berlaku melalui interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya  dan keadaan ini menentukan setiap perkara yang diinternalisasikan daripada aspek luaran kepada aspek dalaman diri seseorang kanak-kanak.
Vygotsky menyarankan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD), iaitu kadar keupayaan potensi yang tersirat dan tidak dapat dilihat.  Menurut beliau, ZPD merupakan celah antara pencapaian sebenar (actual developmen)t dan potensi pencapaian (potential development). Hal ini dijelaskan sebagai pencapaian seorang kanak-kanak yang dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan pencapaiannya melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau berkerjasama dengan rakan sebaya. Melalui pemerhatian, kanak-kanak berupaya mengembangkan potensinya melalui interaksi dengan persekitaran. Vygotsky percaya kanak-kanak berkembang jauh jika berinteraksi dengan orang lain.
 Kurikulum ini menekankan peranan yang penting dalam pembelajaran sosial budaya, hubungan sesama, tempat dan benda dan kanak-kanak memperoleh pengetahuan melaluinya. Persekitaran yang kondusif memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari dan cuba mengeluarkan idea dengan orang dewasa dan kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak juga belajar melalui kerjasama dengan orang dewasa, rakan sebaya, pemerhatian orang lain, penerokaan dan refleksi. Kurikulum di New Zealand memberi peluang kepada kanak-kanak membangunkan pengetahuan dan pemahaman warisan budaya Te Tiriti o Waitangi.
Persekitaran pembelajaran membantu kanak-kanak dalam usaha mereka untuk memberi makna dan mengetahui dunia mereka.  Dalam bidang pendidikan, Vygotsky menyarankan bahawa peluang kanak-kanak berinteraksi dengan ibu bapa, rakan, dan orang lain akan membantu mereka menerima ilmu pengetahuan. Selain daripada itu,  elemen-elemen di dalam persekitaran menerangkan sebab musabab terjadinya sesuatu perkara. Kanak-kanak harus diterima dan dialu-alukan tanpa mengira keupayaan mereka. Ibu bapa dan whànau dialu-alukan untuk melibatkan diri dalam program sekolah kerana sangat bermakna kepada anak-anak mereka.
Vigotsky menyatakan “scaffolding” sebagai bantuan yang akan diberikan kepada kanak-kanak dan akan semakin berkurangan sehingga kanak-kanak mampu melakukannya sendiri dan bantuan tidak diberikan lagi. Sehubungan dengan itu, kurikulum Te Whāriki memerlukan orang dewasa menyediakan “scaffolding” kepada kanak-kanak untuk membimbing kanak-kanak melakukan sesuatu contohnya menguasai kemahiran mengira. Orang dewasa membantu kanak-kanak memahami konsep dalam pengiraan dan membantu mereka mengira  atau membuat latihan dan mengurangkan bimbingan secara perlahan-lahan apabila kanak-kanak semakin menguasainya.
Strand 4 ialah Komunikasi (communication)  dalam Kurikulum Te Whāriki melibatkan bahasa dan simbol. Strand ini menekankan kepentingan bahasa mereka sendiri dan budaya lain harus dilindungi dan dipromosikan. Strand 4 beberapa matlamat utama yang melibatkan kanak-kanak kepada persekitaran mereka iaitu:
a)      mereka membangunkan kemahiran komunikasi bukan lisan untuk pelbagai tujuan
b)      Mereka memperkembangkan kemahiran lisan untuk pelbagai tujuan
c)      mereka mengalami  pelbagai pengalaman melalui cerita dan simbol dalam budaya sendiri dan budaya yang orang lain.
d)     mereka mencari dan membangunkan daya kreativiti dan mengekspresif dengan cara yang berbeza.
Vygotsky pula menyatakan bahawa bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pemikiran abstrak kanak-kanak. Beliau juga menekankan kepentingan proses pelabelan dalam penggubalan konsep oleh kanak-kanak. Beliau percaya bahawa bahasa kanak-kanak mula bersosialisasi di tempat asal mereka dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Dengan ini, perkembangan bahasa kanak-kanak merupakan sebahagian interaksi sosial mereka. Beliau melihat kanak-kanak menjalani kehidupan harian memberi pengalaman terhadap perkembangan bahasa terutamanya dalam pemikiran mereka.
Kurikulum Te Whāriki menyatakan bahasa merupakan sebahagian penting dalam komunikasi. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, salah satu tugas utama adalah membangunkan kecekapan, kemahiran dan pemahaman bahasa kanak-kanak. Perkataan, ayat, cerita, drama, matematik, pergerakan, irama dan muzik merupakan sebahagian daripada bahasa. Pada tahap awal, kanak-kanak belajar menyampaikan pengalaman mereka menerusi banyak cara, dan  mentafsir cara orang berkomunikasi dengan yang lain. Kanak-kanak akan meningkatkan kecekapan dalam pemikiran simbolik, abstrak, imaginasi, dan kreativiti mereka ketika mengalami proses ini. Pertumbuhan bahasa akan menjadi bermakna apabila kanak-kanak mengetahui sebab untuk berkomunikasi. Sebagai orang dewasa, adalah perlu untuk mereka memahami dan menggalakkan komunikasi lisan dan bukan lisan dalam kalangan kanak-kanak.  Orang dewasa harus mengiktraf gaya komunikasi bukan lisan kanak-kanak. Selain itu, mereka juga harus memantau perkembangan bahasa tubuh badan mereka supaya mereka berinteraksi sesuai dengan kanak-kanak yang lain.
Vygotsky percaya percakapan merupakan perkara yang penting untuk menjelaskan sesuatu perkara. Selain itu, percakapan juga membantu dalam mempelajari aspek komunikasi. Kanak-kanak menyelesaikan tugasan dengan bantuan komunikasi, mata dan tangan. Melalui pemerhatian perbualan, persepsi, ucapan dan tindakan membantu kanak-kanak memahami situasi sebenar.  Walaupun, seseorang kanak-kanak tidak dapat memahami perkataan yang digunakan tetapi mereka dapat mentafsir konteks, ekspresi dan bahasa badan untuk memahami perkataan tersebut.
Kurikulum Te Whāriki komunikasi matlamat pertama iaitu kanak-kanak mengalami persekitaran di mana mereka membangunkan komunikasi bukan lisan untuk pelbagai tujuan. Kanak-kanak berkembang secara bukan lisan dan dapat menyampaikan idea imaginatif mereka. Selain itu, pemahaman bahasa kanak-kanak akan semakin meningkat dalam mesej bukan lisan, termasuk keupayaan untuk melayani permintaan yang bukan lisan dan cadangan.
Te Whāriki dipengaruhi oleh teori Vygotsky dalam pembelajaran iaitu model pembangunan secara berterusan di mana setiap kanak-kanak melihat individu dan pembelajaran mereka melalui scaffolded (Berk, 2003). Dengan ini, pendidik harus berusaha menarik minat kanak-kanak dalam pembelajaran ke arah lebih maju. Te Whāriki mentafsirkan penilaian sebagai proses mendapat maklumat yang berkaitan dengan pencapaian kanak-kanak. Tujuan penilaian adalah menyediakan maklumat yang berkaitan dengan menyumbang dan meningkatkan peluang pembelajaran kanak-kanak (MOE, 1996, p.99). 

5.0       Teori Kognitif Jean Piaget dengan kurikulum Te Whāriki
Kurikulum Te Whāriki yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 ini  telah menyebabkan perubahan yang besar kepada sistem kurikulum yang diamalkan oleh New Zealand. Piaget menyenaraikan empat peringkat utama yang melibatkan perkembangan kanak-kanak iaitu Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Bagi peringkat ini dua peringkat awal tersebut merupakan peringkat yang berkaitan dan akan dihuraikan.

Sesuai dengan salah satu prinsip yang di ketengahkan oleh Te Whāriki,  iaitu Perkembangan Menyeluruh (Holistic Development), kurikulum ini turut menyediakan kurikulum bagi kanak-kanak seawal peringkat bayi sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun.  Berdasarkan teori piaget, pada peringkat sensorimotor, bayi masih kurang faham tentang konsep kekekalan objek. Te Whāriki menjelaskan bahawa pada peringkat awal, bayi memerlukan persekitaran yang mudah untuk diteka  namun masih mempunyai cabaran dan kejutan. Kurikulum ini turut memahami bahawa bayi mungkin akan menggunakan bahasa dan memberikan sebab untuk memahami persekitarannya melalui penerokaannya  terhadap alam sekitar.

Disamping itu, kurikulum ini juga memahami bahawa kanak-kanak memerlukan sokongan dan galakkan daripada orang dewasa bagi memperkembangkan penguasaan kemahiran berbahasa dan kognitif mereka. Hal ini sepadan dengan peringkat kedua piaget yang mana menyatakan bahawa pada peringkat ini kanak-kanak mulai memiliki perkembangan formasi simbol  selain memiliki pemikiran egosentrik atau pemikiran yang berpusat pada diri sendiri sahaja. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan orang dewasa  membimbing perkembangan mereka. Sehubungan dengan itu, adalah sangat penting untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak  melakukan sesuatu yang baru dengan cabaran yang lebih sukar dan memerlukan mereka untuk lebih bekerjasama. Pengalaman yang diperolehi kanak-kanak dalam aktiviti yang dilakukan akan  membantu mereka mengalami transisi ke sekolah dengan lebih baik. Oleh hal yang demikian kurikulum ini menyatakan beberapa keperluan kanak-kanak. Antaranya adalah orang dewasa yang boleh menggalakkan mereka untuk bercakap, mengkuiri, memahami persamaan dan perbezaan, dan pemikiran kompleks; peluang untuk menggunakan bahasa untuk meneroka dan berfikir bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.

6.0       Teori John Dewey dalam Kurikulum Te Whāriki
John Dewey telah memberi sumbangan idea kepada keperluan bermain dalam menyediakan pengalaman dunia sebenar dan pembelajaran kanak-kanak. Beliau menyatakan “free play” adalah hak untuk semua kanak-kanak yang akan memberi sumbangan dalam pemikiran dan pergerakan kreatif mereka. (Dewey, 1900, cited in May, 1997, p. 113). Beliau percaya pergerakan sebagai satu cara membuka kapasiti kreativiti kanak-kanak (Eisner & Ekner, 1970, ms 20).  Perkembangan ini dipercayai bermula di Playcentre dan di Tadika New Zealand dan konsep “free play” ini diambil kira sebagai sesuatu yang mustahak oleh ibu bapa dalam pemilihan tadika untuk kanak-kanak. Pengaruh ini telah memberi perubahan kepada pedagogi dan proses pengajaran kanak-kanak.
Kurikulum Te Whāriki exploration menyatakan bahawa kanak-kanak mengalami pengalaman dan pembelajaran  persekitaran apbila mereka bermain dan turut mengiktiraf permaian secara spontan. Kanak-kanak juga belajar melalui eksplorasi dengan alam sekeliling dan mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna melalui bermain. Melalui bermain, kanak-kanak dapat memperolehi keyakinan dan mengawal tubuh badan mereka. Selain itu, mereka juga mempelajari strategi penerokaan, pemikiran dan penaakulan yang aktif.  Kanak-kanak dapat membangunkan teori bekerja yang bermakna terhadap alam sekeliling, sosial, dan fizikal.  Orang dewasa mengetahui cara menyokong dan merancang permainan kanak-kanak dengan mengelakkan campur tangan dalam permainan kanak-kanak.
Semua aspek dalam alam sekeliling, semula jadi, sosial, fizikal dan bahan merupakan sebahagian daripada konteks pembelajaran.  Melalui pembelajaran alam sekitar, kanak-kanak mempelajari kepentingan dan menghormati alam sekitar. Kanak-kanak belajar melalui  bermain dengan melakukan, bertanya soalan, berinteraksi dengan orang lain, mengubah dan mengemukakan idea sendiri. Mereka juga belajar mengabungkan pengalaman yang pernah dilalui. Sikap kanak-kanak mempelajari pada peringkat awal mempengaruhi pembelajaran sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, pembelajaran perlu mengiktiraf, memahami, menghormati, dan menghargai alam sekitar yang berkaitan dengan orang Māori.

 7.0       Kesimpulan
Berdasarkan empat teori yang telah dibincangkan, dapat dismpulkan bahawa sesebuah kurikulum iti dibina berasaskan teori. Kurikulum ini secara jelas menyokong perkara yang dihuraikan oleh teori Bronfenbrenner yang menyatakan bahawa persekitaran kanak-kanak itu sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dan kurikulum Te Whariki mengambil hal ini sebagai teras dalam kurikulumnya dengan meletakkan Keluarga dan Komuniti  sebagaia salah satu prinsip utama penubuhannnya. Hal ini bermaksud, kurikulum ini akan melibatkan komuniti dan keluarga setiap kanak-kanak untuk sama-sama terlibat dengan pendidikan dan aktiviti sekolah. Selain daripada itu , teori Vygotsky pula diterapkan dalan prinsip ke empat iaitu Komunikasi (communication) dan merangkumi pengertian bahasa dan simbol oleh kanak-kanak sesuai dengan huraian teori ini. Bagi teori Piaget pula, huraian teori ini yang menyatakan bahawa kanak-kanak berada pada tahap sensori motor (bayi) dan pra-operasi dapat dilihat melalui ketelusan kurikulum ini menyatakan bentuk-bentuk kurikulum yang sepatutnya dijalankan kepada pelbagai peringkat perkembangan. Hal ini tentunya memerlukan sokongan dan bantuan ibu bapa atau orang dewasa bagi membolehkan perkembangan mereka sempurna dan sepatutnya.John Dewey, dalam teorinya menekan bermain sebagai salah satu cara kanak-kanak berkembang. Prinsip ke lima dalam kurikulum ini iaitu Penerokaan (Exploration) adalah berkaitan dengan ruang yang diberikan oleh kurikulum ini kepada kanak-kanak untuk meneroka persekitaran mereka.
Huraian tersebut dapat menyimpulkan bahawa keempat-empat teori yang di bincangkan mempunyai saling kaitan dan digarapkan oleh kurikulum Te Whariki untuk membentuk satu kurikulum yang mantap dan mengubah corak pembelajaran prasekolah di New Zealand.  Education to be More: Report of the Early Childhood Care and Education Working Group (1988) menyatakan bahawa kurikulum Te Whariki ini melibatkan proses ini memperkembangkan strategi untuk:
·         memantapkan penyampaian atau perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak.
·         Mengakui hasil kerja yang dilakukan oleh guru yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak
·         Melibatkan kanak-kanak sebagai pusat pembelajaran.
·         Membangunkan khidmat guru
·         Menubuhkan strutur sokongan bagi perkembangan awal kanak-kanak.

Sesebuah kurikulum juga tidak semestinya mengaplikasikan hanya satu teori sahaja. Ia boleh mengambil dan mengaplikasikan pelbagai teori bagi membentuk kurikulum yang mantap. Walau pun demikian menurut Doll (1992), kebanyakan kurikulum yang dibentuk tidak dapat diikuti sepenuhnya oleh setiap sekolah kerana kekangan-kekangan tertentu, namun sekurang-kurangnya, kurikulum ini menjadikan sesebuah sekolah mempunyai arah tuju dan bahan rujukan untuk beroperasi dan mengajar kanak-kanak.
Huraian-huraian tersebut  membuktikan keberkesanan teori yang dikemukakan oleh orang bijak pandai terdahulu sangat berguna dan memberi kesan yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

 8.0       Bibliografi.
C. Stephen White & Mick Coleman (2000). Early Childhood Education:Building aphilosphy for teaching. Upper Sadle River, New Jersey: Colombius, Ohio
Daniel Tanner & Laurel Tanner (2007). Curriculum Development : Theory into practice. Upper Sadle River, New Jersey: Colombius, Ohio
David Scott ( 2008). Critical Essays on Major Curriculum Theorists. Routledge: Great Britain
George J. Posner (2004). Analyzing the Curriculum. Mcgraw-Hill: New York
Susan Fraser & Carol Gestwicki (2002). Authentic Childhood:Exploring Reggio Emiliain the
classroom.


 TE WHÄRIKI- The Curriculum for Early Childhood Education in Aotearoa/New Zealand. Diambil daripada http://reach.uvic.ca/PPT/Pakai_paper.pdf pada 28 oktober 2011.

This Is An assignment by Yip And Wen. hope it will help u all.

1 comments:

damha said...

slm wen pe kbr...saya dah follow blog wen ni...he3333
study kos pendidikan kanak2 ke....
nanti leh jadi cekgu wen le ye..he3333....

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91