Followers

Thursday, November 15, 2012

Hala Tuju Selepas SPM? STPM atau Diploma?



Hai, Entry kali ini tidak berkaitan dengan Major mahupun Minor dalam pengajian saya. Hee… well.. hal ini lebih kepada nasihat. Sebelum aku buat entry ni, mood aku diterbitkan oleh sorang pemandu bas di UPSI. Beliau sudah lama ku kenal mukanya, namanya saja tidak. Hehe. Selepas tu aku google la juga, nak tengok banyak mana maklumat yang dah di berikan oleh blogger-blogger lain. 

          Rasanya hal yang aku nak sampaikan adalah sedikit berbeza daripada apa yang sudah ada di hujung jari anda. Hal ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga beberapa fakta yang mungkin menjadi pertimbangan bagi adik-adik lepasan SPM khususnya. 

          Baiklah, dulu aku mengambil aliran sains tulen dan keputusan spm aku tidaklah terlalu membanggakan. Cukup makan sebab aku akui aku sedikit silap sebab menerima sains tulen sebagai aliran aku. Kemampuan aku lebih kepada aliran kemanusiaan. Maka selepas SPM, keinginan aku untuk menyambung pengajian ke Universiti membuak-buak. Pengaruh dan pendapat orang di persekitaran menyemarakkan lagi keinginan aku. Tapi aku meneruskan pengajian ke peringkat STPM. Aku dan rakan-rakan yang mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian ke STPM mendapat cemuhan teruk daripada beberapa orang guru. Aku masih ingat seorang guru dari Pulau Pinang dan mengajar Biologi sempat mencerca dan merendah-rendahkan kami kerana tidak berganjak dari Sekolah selepas SPM. Cikgu tu membanding-bandingkan kami dengan seorang kawan yang sudah melanjutkan pembelajaran ke peringakt diploma di sebuah universiti tempatan dan yang ke matrix tidak payah cerita la. Kerana kami daripada Sains Tulen maka yang tinggal di sekolah di cop sebagai mereka yang paling teruk a.k.a bod..*.

1.     Kewangan.

Ramai juga cikgu mencadangkan aku menerima surat tawaran  dari mana-mana institusi pengajian tinggi. Kemudian masa tu aku melihat kebelakang, kepada keluarga aku, melihat kemampuan kewangan mereka. Aku bukan datang dari keluarga yang senang. Aku mempertimbangkan semua kemungkinan. Aku tidak mahu berpura-pura mampu, sedangkan ibu bapaku akan payah menanggung aku semasa aku dalam pengajian nanti, so aku teruskan ke peringkat STPM. Kecuali aku mendapat biasiswa, baru aku akan menerima tawaran melanjutkan pelajaran. Mami sempat menyuruh aku mempertimbangkan tawaran dari UNIMAS tapi aku menolak sebab aku tidak berminat untuk Pengajian Perniagaan.

2.     Cita-cita/Pekerjaan

Aku tidak menetapkan apa yang aku akan ‘jadi’ selepas ini. Aku masih dalam proses mempertimbangkan. Jadi, kalau aku masih dalam keadaan seperti itu, aku akan cenderung memilih bidang yang mungkin tidak tepat. pengalaman semasa memilih aliran di tingkatan empat membuatkan aku takut jika tersalah memilih sekali lagi. Sebab itu, aku teruskan ke tingkatan enam.

3.     Tahun Pengajian 

Haa, yang ini sedikit tricky.  Selepas SPM, ada dua cabang iaitu DIPLOMA dan STPM.  Okay perhatikan dengan baik. Baca dengan teliti. DIPLOMA akan mengambil masa selama 3 tahun. STPM akan mengambil masa selama 1.5 tahun. Selepas tamatt STPM, setiap kita akan layak melanjutkan pembelajaran ke peringkat Ijazah, so bayangkan, diploma + ijazah = dalam 6/7tahun sedangkan jika daripada STPM +ijazah = 4.5 / 5.5 tahun sahaja. Jimat masa weii.. ini  kenyataannya. 

4.     Kos Pengajian. 

Jika anda memilih diploma dan memilih PTPTN atau sebarang perkhidmatan pinjaman yang lain, anda mungkin akan berhutang lebih kurang RM20K sedangkan STPM? Aku dapat biasiswa kot masa kau dalam form 6 tu. Dan sekarang ni aku mengaku la juga aku berhutang tapi jumlahnya kurang berbanding kawan yang mengambil diploma. RM26K untuk 4 tahun pengajian.

Aku mendapat ijazah pada umur 24/25 tahun. Sedangkan yang mengambil diploma mungkin akan mendapat ijazah dalam 27/28 tahun. So mana lebih baik bagi anda? Kalau nak pendapat aku, aku cadangkan anda meneruskan ke peringkat STPM dan nikmati kehidupan bersekolah di high school dengan sepuasnya sebab selepas anda keluar daripada high school anda akan merinduinya. Mungkin anda berpakaian seragam selama 1.5 tahun dan perlu belajar lebih daripada mereka yang memilih diploma tapi ‘sedapnya’ STPM di belakang hari. Fikirkan adik-adik.Lihat diri sendiri k.
 
blog ini diedit oleh fiezah91